...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Saturday, 31 January 2015

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2015

1 Feb 2015 ( Ahad ) - Unit HEM telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Pra Sekolah hingga Tahun 6. Program telah dijalankan di Dataran Perhimpunan.Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor. Ucapan perasmian telah dilakukan oleh En Zainuddin bin Dollah ( Guru Besar ) seterusnya penyerahan fail kepada Mentor-Mentor yang dilantik.

Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.

Mentor ( Pn Nik Mazlina bt Nik Abd Rahman & Pn Noremy bt Endut )
 Mentee Murid Pra Sekolah Adwan
Mentor ( Pn Hjh Aini Salmy bt Azam & Cik Nor Azlah bt Azizan )
 Mentee Murid Tahun 1 Kenanga
Mentor ( Pn Hjh Rokiah bt Mohamad & Pn Yuzrida bt Awang )
Mentee Murid Tahun 2 Mawar
Mentor ( Pn Siti Nooranizah bt Saloji & En Sulaiman bin Salleh )
 Mentee Murid Tahun 3 Cendana
Mentor ( Pn Siti Fasha bt Abdul Mubarak & Cik Noraidah bt Yusof )
Mentee Murid Tahun 4 Seroja
Mentor ( Pn Maheran bt Muda & En Md Hesham bin Ismail )
Mentee Murid Tahun 5 Orkid
Mentor ( Pn Zurina Azra bt Che Abdul Rashid &
 En W.Izimi bin W.Md Zin )
 Mentee Murid Tahun 6 Melati


##Pihak Pengurusan sekolah amatlah mengharapkan agar usaha ini akan mendatangkan kebaikan kepada semua yang terlibat dan ucapan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan...

TAHNIAH!!!


ADIK MUHAMAD FAKRUL HISHAM BIN MOHD YUNUS
MERAIH TEMPAT KE-9 DALAM KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH YANG TELAH DIADAKAN PADA 29 JAN 2015 YANG LALU.

WELCOME FEBRUARY!!!



Wednesday, 28 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

"Semoga berjaya buat wira-wira SKKFST " itulah antara kata-kata semangat daripada Tuan Guru Besar SKKFST hari ini..
29 Jan 2015 ( Khamis ), sedang berlangsungnya Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah yang diadakan di SMK Bukit Nenas,Setiu.SKKFST telah menghantar 8 orang murid untuk bertanding dalam kejohanan ini yang mana 4 orang peserta lelaki dan 4 orang peserta perempuan.Kesemua mereka adalah yang mendapat tempat 1-4 dalam kejohanan merentas desa peringkat sekolah yang diadakan pada miggu lepas. . Ada beberapa peserta sekolah mendapat tempat terawal dalam kejohanan dan ini amat membanggakan sekolah.Tahniah diucapkan.

~~~ SALAM KHAMIS ~~~


Monday, 26 January 2015

VERIFIKASI TAWARAN BARU GURU BESAR SEKOLAH BAI'AH 2014

Seramai 3 orang Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti telah hadir ke SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) hari ini yang tiba di sekolah seawal jam 7.45 pagi dan berakhir tepat jam 2.00 petang.Jika berjaya mencapai tahap yang ditetapkan, SKKFST sekali lagi akan menerima manfaat daripada Tawaran Baru Guru Besar ( TBGB ) tahun ketiga ini, sejak ia diperkenalkan kepada pengetua dan guru besar di bawah sub Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan pada 2010. 
Penganugerahan TBGB adalah kemuncak kepada keupayaan warga pendidik SKKFST dalam mencapai sasaran yang ditetapkan melalui tawaran Bai'ah. TAHNIAH diucapkan..
Kata alu-aluan daripada Tuan Guru Besar En Zainuddin bin Dollah
Pencerapan PdP Puan Rosliwati binti Sidik Ahmad ( Matematik )
Pencerapan PdP En Wan Izimi bin Wan Md Zin
( Kemahiran Hidup )
Pencerapan PdP Puan Maheran binti Muda ( Agama Islam )
Bersama En.Mohd Sabri bin Mohd ( GPK Ko-Ku  )
Bersama Pegawai Perhubungan Sekolah ( GPK Pentadbiran ) di dalam bilik 'Kuarantin'
PENGHARGAAN
Barisan Pentadbir SKKFST mengucapkan terima kasih di atas komitmen guru-guru serta warga SKKFST sepanjang Verifikasi dijalankan.Tahniah dan Syabas diucapkan.....




Saturday, 24 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2015

Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah SKKFST bagi tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 22 hb Januari 2015 [Khamis]. Seperti biasa seperti tahun sebelumnya acara dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan Taklimat Ringkas Merentas Desa oleh Cikgu Md Hesham. Kemudian murid dilepaskan oleh Tuan Guru Besar mengikut kategori masing-masing dan merentas desa mengikut laluan yang telah ditetapkan. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah di Kantin sekolah.
*Tahniah diucapkan kepada para pemenang.
Aktiviti senamrobik selama setengah jam
Murid-murid dilepaskan mengikut kategori di garisan mula oleh Tuan Guru Besar
Gelagat murid dan guru sepanjang trek
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Tuan Guru Besar





LATIHAN KEBAKARAN " FIRE DRILL "

"Fire Drill " atau Latihan Kebakaran adalah antara langkah persediaan yang penting untuk mempersiapkan murid, guru dan kakitangan sekolah apabila menghadapi keadaan sebenar semasa kebakaran. 

Jawatankuasa Keselamatan, Kecerian, Kebersihan dan Kesihatan  (JK3K) SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) di bawah pengurusan HEM telah berjaya mengadakan satu latihan kebakaran pada 21 Januari 2015 yang lalu. 
JK3K SKKFST dibawah penyelarasnya, En Mohd Amri bin Hussain ( GPK HEM ) telah menggariskan beberapa objektif untuk latihan seumpama ini seperti:

1.   murid/Guru/Kakitangan dapat menyelamatkan diri jika sekiranya berlaku kebakaran
2.   murid/Guru/Kakitangan dapat berwaspada sentiasa dan berhati-hati dengan kebakaran.
3.   murid/Guru/Kakitangan dapat mengikuti laluan yang betul untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran 

Latihan Kebakaran yang dirancang 11.30 pagi dikuti dengan semua murid keluar dari kelas dan beratur di tepi kelas dan terus berjalan menuju ke tempat berhimpun di padang ketika berlaku kebakaran. Semua guru, murid SKKFST, murid Pra Sekolah, pekerja Kantin  bergegas menuju ke tempat perhimpunan semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H / 2015M SEDERHANA

19 Jan 2015 ( Isnin ) - Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini disambut secara sederhana sahaja oleh kerana kekangan masa dan masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan.Warga sekolah hanya berkumpul dengan berselawat ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.Biarpun sambutan hanya sederhana namun ianya begitu meriah dan sayu dengan puji-pujian ke atas Nya.

“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”

MAULIDUR RASUL; KEPERIBADIAN TERPUJI PERJUANGAN DIHAYATI
Pengenalan
Tanggal  12 Rabiulawal  merupakan satu tarikh keramat dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan Nabi Muhammad merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal  pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian. Sehubungan ini Allah mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya Ilahi.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 

Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 

Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Ketokohan 
Baginda Rasulullah S.A.W. mempunyai pandangan yang jauh, akal fikiran yang tajam , semangat juang yang tinggi, kekuatan mental dan rohani serta tabah dan berani dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan yang seharusnya dicontohi, sama ada di waktu penghijrahannya dari kota Mekah ke kota Madinah atau selepasnya. Oleh yang demikian, umat Islam  hendaklah bangun membina kekuatan rohani seimbang dengan kekuatan mental dan jasmani seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dalam menyebar luas syiar Islam. Oleh itu setiap umat Islam  adalah bertanggungjawab mempertahankan agama Allah.

Ketokohan nabi Muhammad sebagai manusia teragung yang pernah dilahirkan di muka bumi ini memang tidak dapat disangkal lagi walaupun oleh orientalis-orientalis dari barat. Jika hendak dibandingkan dengan ajaran lain seperti Kristian, Buddha, mahupun Yahudi, Rasulullah (S.A.W) merupakan satu-satunya pengasas agama yang secara jelas sejarahnya diceritakan sejak baginda dilahirkan sehingga baginda wafat. Ketokohan Nabi Muhammad (S.A.W) dalam memimpin sebuah negara, menjadi seorang jeneral perang, menunjukkan contoh yang terbaik kepada umatnya bagaimana untuk menjadi seorang sahabat, ayah, suami, anak dan lain-lain menjadikan baginda sebagai manusia yang teragung yang pernah dilahirkan hingga ke hari ini.

Keadaan Kucar kacir
Keadaan dunia pada masa itu amat tenat dan kucar kacir. Manusia pada ketika itu telah berperangai  kebinatangan. Terlalu banyak kelakuan buruk yang melingkari masyarakat ketika itu. Bukan sahaja di semenanjung tanah Arab, bahkan di negara Parsi dan juga Rom. Kehidupan mereka sungguh teruk, meminum arak menjadi satu kebanggaan. Persundalan dianggap satu keseronokan, amalan riba' berleluasa dalam perniagaan, hidup berpoya-poya menjadi tanpa haluan.

Kekejaman yang dilakukan dianggap satu keperkasaan. Kekuatan digunakan untuk menindas. Kekuasaan digunakan untuk mengaut kekayaan. Para penguasa selalu dimuliakan bahkan kadangkala dianggap sebagai tuhan. Orang awam yang lemah selalunya di perhambakan. Kepandaian sering digunakan untuk menipu. Setiap saat akal sentiasa digunakan untuk berbuat jahat dan untuk memenuhi tuntutan nafsu. Demikianlah gambaran masyarakat ketika baginda diutuskan. Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam pada masa kini adalah menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh teladan yang paling sekali.

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-ahzab 21).

Kesimpulan
Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia sejagat.  Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah s.a.w. dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.

Monday, 19 January 2015

Saturday, 17 January 2015

HAVE A GREAT SUNDAY!!!




Tuesday, 13 January 2015

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2015



Bantuan persekolahan bernilai RM100 seorang yang diumumkan menerusi Bajet 2015 dijangka akan diagihkan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai 14 atau 15 Januari 2015 secara berperingkat-peringkat
Objektif bantuan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.


KRITERIA LAYAK TERIMA BANTUAN SEKOLAH RM100
Berikut adalah kriteria bagi pelajar atau murid untuk menerima bantuan persekolahan bernilai RM100 awal tahun hadapan.Syarat Kelayakan Terima Bantuan Persekolahan RM100
Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia,
Bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2015.
#Pautan sumber : http://www.mysumber.com/bantuan-sekolah-rm100











Saturday, 10 January 2015

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2015

Gambar hiasan
Ahad - 11 Januari 2015 -Sudah menjadi kelaziman setiap kali sesi persekolahan bermula, tumpuan kepada gelagat murid tahun satu dan Pra Sekolah yang mula menempuh alam baharu menjadi perhatian.Pelbagai gelagat mencuit hati dapat dilihat apabila mereka memulakan hari pertama sesi persekolahan penggal 2015 hari ini.
Tinjauan admin di sini, mendapati rata-rata murid kelihatan ceria kerana berpeluang berkenalan dengan rakan-rakan baru serta berjumpa kawan-kawan lama setelah bercuti selama hampir 2 bulan.
Tidak kurang pula yang begitu ceria memasuki alam persekolahan malah ada pula yang tanpa segan silu menyapa antara satu sama lain.Kelihatan Semua murid mempamerkan baju dan peralatan sekolah yang baharu sesama sendiri.Alhamdulillah...murid-murid SKKFST tiada yang menangis hingga terpaksa dipujuk atau ditemani ibu bapa.
WELCOME BACK KIDS !!!!