...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 25 November 2018

SALAM PERPISAHAN USTAZAH ANIZAH

22 November 2018 (Khamis) - " Bertemu dan berpisah adat manusia biasa " Setelah 6 Tahun berkhidmat akhirnya kita terpisah di sini....
Majlis Perpisahan dan Pertukaran Ustazah Anizah telah diadakan pada jam 12.30 tengahari bertempat di Kantin SKKFST. Majlis berlangsung dengan penuh rasa hormat dan keadaan sayu dibelenggu warga sekolah mahupun murid-muridnya. Pertukaran Ustazah Anizah Ke Pulau Pinang memang sangat memberi kesan kepada semua warga SKKFST terutamanya murid-murid tahun 5 merangkap guru kelas mereka. 
 
Ustazah anizah merupakan seorang guru Bahasa Arab yang sangat berdedikasi, kreatif, rajin, dan berkarisma tinggi. Beliau telah banyak membangunkan sekolah dari segi keceriaan dan kebudayaan.

Pertukaran beliau sangat memberi kesan kepada semua warga SKKFST. Semoga beliau akan terus berjaya dengan kerjaya beliau sebagai guru di sekolah baharu nanti. 

- SELAMAT BERTUGAS DI SEKOLAH BARU -
_ JANGAN LUPA KAMI DI SINI - 
 BUDIMU DISANJUNG..USTAZAH ANIZAH DALAM KENANGAN KAMI..SELAMAT BERBAHAGIA DITEMPAT BAHARU..JANGAN LUPA KAMI DI SINI..

JAMUAN AKHIR TAHUN GURU DAN KAKITANGAN SKKFST

TARIKH : 19 NOV 2018
HARI : KHAMIS
TEMPAT : TABUNG HAJI HOTEL & CONVENTION CENTER

 Jamuan makan malam anjuran Kelab Guru & Kakitangan SKKFST telah diadakan. Tujuan jamuan adalah bagi menghargai semua kerja buat dan penat lelah selama setahun bekerja seluruh waga sekolah.

MAJLIS SULAMAN KASIH JUNJUNGAN KASIH CIKGU HAJAH ROKIAH BT MOHAMAD

Alhamdulillah..
Pada 19 November  yang lepas  warga SKKFST telah berjaya mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan guru, Cikgu Hajah Rokiah bt Mohamad. Majlis diadakan di Kantin SKKFST. Kehadiran beberapa jemputan VIP bersama murid dan warga sekolah turut hadir untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan mengikut perancangan yang telah disusun dan disediakan oleh ahli jawatankuasa majlis. Antaranya ialah, menyambut ketibaan cikgu Rokiah dengan paluan kompang sambil diarak ke Kantin, disambut oleh pasukan silat, ucapan, persembahan murid, pemberian hadiah perpisahan daripada murid dan warga sekolah.
Akhir kata…kami semua mengucapkan selamat bersara untuk Cikgu Hjh Rokiah dan mendoakan semoga beliau beroleh ketenangan, sihat walafiat, murah rezeki dan di panjangkan umur untuk terus beribadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti....Amin….


 BUDIMU  DISANJUNG..

KENANGAN  BERSAMA  TERPAHAT DIHATI..


KEJOHANAN MEMANAH KEBANGSAAN 2018

Tarikh : 16-18 Nov 2018
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Lapang Sasar UNISZA
 TAHNIAH  coach Cikgu Zurina Azra bt Che Abdul Rashid dan team

MAJLIS APRESIASI & KECEMERLANGAN

14 NOV 2018 - Majlis Apresiasi Kecemerlangan merupakan hari  Pengiktirafan yang diberikan kepada murid  yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebagai tanda penghargaan daripada pihak sekolah. SKKFST berazam untuk terus menghasilkan peningkatan prestasi dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah murid, menangani semua cabaran yang dihadapi secara sistematik dan strategik.
Majlis meraikan murid ini telah dirasmikan oleh Encik Sharuddin bin A.Razak merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah pada sesi 2018.
 Persembahan pembukaan daripada murid pra sekolah
 Bacaan doa yang disampaikan oleh ustaz Rasidi
 Bacaan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh Adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin
 Ucapan oleh ketua murid Adik C.W Nurina Aimi bt C.W. Ralisyardy
 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah
 Ucapan oleh YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali
 Majlis Graduasi murid pra sekolah telah disempurnakan oleh En.Sharuddin bin A.Razak.
Tahniah kepada murid-murid yang telah menerima anugerah.
 TOKOH SAHSIAH DIRI : MUHAMMAD IQBAL BIN NORDIN
 TOKOH SUKAN : MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN SAMANUDDIN
 TOKOH KOKURIKULUM : MUHAMMAD DANIEL FIRDAUS BIN ABDULLAH
 TOKOH KURIKULUM : KHALISH IRFAN BIN KHAIRUL AZMAN
TOKOH MURID : CHE WAN NURINA AIMI BT CHE WAN RALISYARDY
Insan-insan disebalik tabir dalam menjayakan majlis Apresiasi Kecemerlangan 2018
TERIMA KASIH DAN SYABAS