...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Wednesday, 23 July 2014

...SALAM AIDILFITRI...


Monday, 21 July 2014

Sunday, 20 July 2014

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2014

Salam 25 Ramadhan dan salam 1Malaysia,
Selamat menduduki  peperiksaan percubaan UPSR yang bermula hari ini 21 Julai hingga 23 Julai kepada semua calon UPSR dan diharap anda dapat melakukan yang terbaik.

Wednesday, 16 July 2014

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .
Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-
Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )
Sebuah lagi hadis menyebut :- 
انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها
Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره
Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, 15 July 2014

SALAM NUZUL AL-QURAN

Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam sudah tiada lagi didunia ini. Namun baginda tidak membiarkan umat selepas kewafatannya dalam keadaan terbiar tanpa sebarang petunjuk dan panduan. Baginda meninggalkan kita semua satu mukjizat terbesar yang tidak akan berubah, hilang dan musnah hingga ke hari kiamat.
Ianya menjadi rujukan dan panduan yang lengkap lagi relevan bagi setiap bangsa, keadaan dan zaman. Itulah Al-Quran, kitab untuk umat Islam.
Al-Quran merupakan kitab yang lengkap sebagai panduan dan rujukan bagi umat Islam. Tidak ada satu perkara pun yang terlepas atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan, segalanya terkandung di dalam al-Quran. 
 
Firman Allah SWT: “Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Al-An’am:38) 

Saturday, 12 July 2014

SALAM 15 RAMADHAN


Wednesday, 9 July 2014

ADAB-ADAB BERBUKA PUASA MENURUT SUNNAH NABI SAW.

Adab-adab berhubung dengan ibadah mestilah mengikut kehendak ALLAH swt iaitu berpandukan al-Quran dan Sunnah Nabi saw. Jadi sempena Bulan Ramadhan yag mulia ini marilah sama-sama kita berusaha mengikut dan mengamalkan adab-adab berpuasa menurut sumber  yang diredhai ALLAH swt iaitu al-Quran dan Sunnah.

Sehubungan itu antara adab-adab berbuka puasa mengikut Sunnah Nabi saw adalah seperti berikut:
1.Segera berbuka puasa apabila masuk waktu atau disebut sebagai ta’jil al-iftar.

2.Berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air.

3.Menyegerakan Solat Maghrib selepas berbuka puasa dengan rutab atau tamar atau air sekiranya makanan belum dihidangkan.

4.Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka puasa.

5.Berdoa ketika berbuka puasa.

6.Berdoa kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa.

-SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA-


Sunday, 6 July 2014

.....SEKADAR RENUNGAN .....


Tuesday, 1 July 2014

PROGRAM TADARUS AL-QURAN DIBULAN PUASA

Sempena kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, waktu rehat murid dan guru telah diganti dengan program Tadarus Al-Quran yang dilakukan di kantin SKKFST.Dalam program tersebut, kumpulan murid dan guru duduk bersama pasangan masing-masing yang telah ditetapkan untuk memperdengarkan bacaan sekurang-kurangnya  sebanyak 1 mukasurat sehari.Semoga usaha murni Unit Surau Dan Kerohanian ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan daripada ALLAH TAALA.