...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 30 April 2017

UCAPAN SELAMAT MAJU JAYA UNTUK CALON UPSR 2017


AHAD -  hari ini 30 April 2017 para pendidik telah mencoretkan kata-kata semangat 'Syabas dan tahniah, selamat maju jaya' untuk 24 orang calon UPSR 2017. Kata-kata tersebut telah direalisasikan di atas sekeping Banner yang digantung berhadapan pintu masuk bilik guru.
 
Semoga setiap usaha membuah hasil yang membanggakan....
 Usaha – Doa – Tawakkal.

Monday 24 April 2017

KEJOHANAN FUTSAL MAJLIS GURU BESAR NEGERI TERENGGANU 2017

KUALA NERUS : 24 April 2017 - Kejohanan Futsal MGB Negeri Terengganu 2017 telah diadakan di Arena Sports Centre, Gong Badak, Kuala Terengganu.Kesungguhan yang ditunjukkan oleh Team MGB Setiu telah membuahkan hasil apabila mendapat gelaran JOHAN pada kejohanan tersebut.Turut serta dalam Team MGB Setiu adalah Tuan Guru Besar SKKFST Sendiri
 En.Zainuddin bin Dollah. 
SYABAS DAN TAHNIAH !!!!!!.
 Team MGB Setiu bersama piala kemenangan.
 Tuan Guru Besar SKKFST, En Zainuddin bin Dollah.

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah pada hari Ahad 23 April 2017 lalu telah diadakan sambutan Israk Mikraj peringkat sekolah untuk murid dan warga sekolah. Majlis ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid tentang peristiwa besar dalam Islam. Ianya juga untuk meningkatkan kefahaman murid-murid tentang peristiwa Israk Mikraj dan mengambil pengajaran daripadanya.
Aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna untuk murid Pra Sekolah, ceramah untuk murid Tahun 1 hingga Tahun 6, pertandingan kuiz untuk murid Tahap 2 dan memasang puzzle untuk murid Tahap 1. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal yang juga merupakan Guru KAFA SKKFST.

 Ceramah dan pertandingan mewarna kategori murid Pra.
ceramah daripada Ustaz Azman tentang sejarah isra’ mikraj sambil menayangkan slide diselang seli dengan tayangan untuk menarik minat murid-murid. Sekaligus, penggunaan multimedia yang interaktif ini membuatkan ceramah yang disampaikan terasa begitu cepat.
Sesi menjawab soalan kuiz dan hadiah diberikan kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan tepat.
Pertandingan puzzle untuk murid Tahap 1 yang diadakan di kantin sekolah.Majlis hari itu berakhir kira-kira jam 1.30 petang.

 Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah untuk tahun ini.Tahniah kepada Panitia pendidikan Islam Di atas penganjuran program tersebut.

UJIAN MENGHAFAZ AL-QURAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 1438H/2017

Tarikh: 20 April 2017 (Khamis)
Masa: 900 pg - 12.00 Tgh
Tempat : Makmal Komputer SKKFST

Setiu - Berpusat Di SK Kampung Fikri Sungai Tong dengan dihakimi oleh 5 orang juri dari Pejabat Agama Daerah Setiu, seramai 105 murid telah diuji bacaan mereka.SKKFST sendiri telah disertai seramai 45 orang murid daripada Tahap 2, 2 orang daripada peserta adalah murid tahun 2 yang turut serta dalam ujian hafazan tersebut. 
Antara sekolah yang hadir untuk Ujian hafazan kali ini adalah SK Pak Ba ( 16 orang ), SK Tayor ( 14 orang ) dan SK Kampung Bukit (30 orang ).


Saturday 22 April 2017

KARNIVAL DAKWAH PERINGKAT DAERAH SETIU 2017

TARIKH : 20 APRIL 2017

TEMA : AL QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN AKHLAK

TEMPAT : DEWAN PPD SETIU
TAHNIAH KEPADA ADIK AHMAD SHAUQI BIN SAIFUDDIN

YANG TELAH MEWAKILI SEKOLAH KE PERINGKAT DAERAH UNTUK KATEGORI TILAWAH AL-QURAN ( LELAKI ).WALAUPUN HANYA MENDAPAT SAGUHATI WARGA SEKOLAH TETAP BERBANGGA DAN SEKALUNG UCAPAN TAHNIAH DIUCAPKAN.CUBA LAGI DITAHUN HADAPAN.

Tuesday 18 April 2017

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR 2017

Tempat : Padang SK Tayor
Tarikh : 18 April 2017
 
Keputusan :Tempat Ke-3
 
 
 Tahniah diucapkan kepada pasukan bola jaring SKKFST,jurulatih,pengurus dan penyokong-penyokong yang setia menanti hingga wisel penamat.Cuba lagi ditahun hadapan.Pasukan ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Nor Azlah dan Cikgu Zurina Azra.
 

PERARAKAN APRESIASI KO-KURIKULUM SKKFST 2017

Tarikh : 18 April 2017
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Tempat : Bermula di Dataran Perhimpunan SKKFST
              Sasaran : Murid Tahap 2, guru-guru dan pihak pentadbir SKKFST
 Satu program kokurikulum telah di adakan pada hari Selasa iaitu Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2017 dengan jayanya. Ianya merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum. Selain itu juga satu kerjasama dengan pihak komuniti Ladang Fikri di mana satu gotong royong membersihkan rumah warga emas sekitar Ladang Fikri yang melibatkan murid-murid dan semua guru SKKFST.
Perarakan dimulakan dengan Tuan Guru Besar dan barisan pentadbir lain di bahagian hadapan dan juga beberapa orang ahli PENGAKAP yang memegang banner Perarakan Apresiasi Kokurikulum 2017. Diikuti oleh Persatuan Puteri Islam dan kelab / persatuan yang lain.
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT. TIDAK LUPA JUGA DIUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK MASYARAKAT SETEMPAT DAN JUGA KEPADA ANGGOTA KESELAMATAN SKKFST YANG MENJAGA KESELAMATAN KETIKA PERARAKAN TERSEBUT.