...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 25 June 2012

Pasukan Pergigian Bergerak

Tarikh : 26 Jun 2012
Hari    : Selasa
Tempat : Kelas Tahun 5

Unit Pasukan Pergigian Bergerak dari Klinik Pergigian Seri Langkap,Setiu telah hadir ke sekolah untuk program pendidikan kesihatan,pemeriksaan dan rawatan pergigian yang dibuat  kepada semua murid tahun 1 hingga tahun 6.
persediaan tempat dan peralatan dibuat dengan teliti dan rapi.
murid mendaftar untuk pemeriksaan gigi
sepanjang rawatan gigi dibuat

Sunday 24 June 2012

ASET 2012

Calon UPSR tahun 2012...Selamat Maju Jaya untuk anak-anak SKKFST

Saturday 23 June 2012

TEMU MURNI UPSR 2012

Tarikh : 21 Jun 2012
Masa  : 10.30 Pg
Tempat : Makmal Komputer SKKF

guru-guru bersama ibu bapa mengikut kumpulan murid yang telah dibahagikan mengikut kemampuan sepanjang tahun ini.Bertujuan membincangkan masalah murid di sekolah dan bertanya masalah murid di rumah kepada ibu bapa.
Penerangan tentang pencapaian terkini tahun 2012 dan aktiviti kecemerlangan yang akan diadakan bagi meningkatkan prestasi pelajar oleh PK1
 Diteruskan dengan ucapan Puan Guru Besar
Semoga dengan usaha yang telah diberikan oleh guru dan kesunguhan murid sendiri akan mengekalkan kecemerlangan UPSR tahun ini.
InsyaAllah.....

Wednesday 20 June 2012

"Masterchef Cilik"

"Sajian Sandwich"-sedia maklum setiap hari selasa ialah hari untuk kelab dan persatuan di sekolah rendah.19 Jun 2012 (Selasa) Persatuan Pandu Puteri SKKFST telah mengadakan pertandingan membuat sandwich untuk diadili oleh juri-juri yang tidak kurang hebatnya.
roti,sardin,timun,salad,tomato dan ramuan lain-lain dibawa sendiri oleh murid
 manakala peralatan disediakan oleh guru penasihat persatuan.
"Kecoh di dapur" mengalahkan chef restoran menyediakan tempahan pelanggan 
walaupun menu nya hanyalah 3 hidangan sandwich.
 Inilah hasilnya....bakal diadili oleh juri sebelum ditabalkan sebagai "masterchef"
pelbagai nama sajian telah diletakkan seperti sandwich 1Malaysia,sandwich Cinta.
 para juri sedang menilai dan merasa menu peserta masterchef cilik kita.




Monday 11 June 2012

SMART ENGLISH ZON SETIU TIMUR

TAHNIAH....Naib Johan Zon Setiu Timur.
Kamu telah buktikan kesungguhan dan kebolehan masing2 walaupun kita hanya berlatih
 sehari sebelum hari pertandingan.Terima kasih kepada jurulatih Cikgu Wan Izimi dan Teacher Siti Fasha.

Saturday 9 June 2012

CATUR KEBANGSAAN 2012

Tarikh : 4 - 8 Jun 2012
Tempat : Stadium Negeri,Kuala Terengganu

Kejohanan Catur  Sukan Sekolah Malaysia 2012 telah diadakan di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.salah seorang peserta adalah murid daripada Sk Kampung Fikri ( Sg Tong ) Setiu iaitu Nur Asyiqin binti Ilias.Tahniah dari pihak sekolah....

 TAHNIAH....Adik Nur Asyiqin binti Ilias
Sokongan dari Guru Besar menambahkan semangat Syiqin untuk berjaya
Sepanjang kejohanan berlangsung.

Keputusan: Tempat Ke-17 Kebangsaan Kategori Perempuan Bawah 12

Wednesday 6 June 2012

WELCOME BACK

Sesi persekolahan akan bermula lagi pada minggu depan 10 Jun 2012.
Semoga kembalinya kalian ke sekolah bersama dengan azam baru untuk mencipta kejayaan.

Monday 4 June 2012

MESYUARAT PIBG 2012

Tarikh : 30 Mei 2012
Hari    : Rabu
Tempat : Makmal Komputer SKKFST

Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-14 telah diadakan dengan sempurna yang telah dirasmikan oleh Tn.Haji Mustafa ( Timbalan YB DUN Langkap ) kerana YB Tn.Hj. Asha'ari sendiri tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Majlis bermula pada jam 2.30 petang apabila semua jemputan dan ibu bapa siap mendaftar.Mesyuarat PIBG kali ini diadakan bersama penyampaian cenderamata kecemerlangan UPSR 2011 kepada murid yang telah berjaya.
Majlis diserikan juga dengan cabutan bertuah bagi mengeratkan hubungan ibu bapa dengan
 AJK serta para guru SKKFST.
Ibu bapa mendaftar untuk mendapatkan nombor cabutan bertuah.