...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Tuesday, 30 September 2014

ACARA JEMPUTAN RELAY 4 X 100 BAWAH 11 TAHUN

Peserta Balapan SKKFST bersama Cg Mohd Amri ( PK HEM ) 
DARI KIRI : Ahmad Muhaimin, Ikramuddin, Alif Asraf, Shahrul Aizam
DARI KIRI : Irdina, Alia Syamira, Ainaa Nadiah, Alia Shahira
TAHNIAH daripada warga sekolah....Anda memang HEBAT..!!!!

Tarikh : 01 Oktober 2014
Hari : Rabu
Tempat : Sekolah Sukan Bukit Nenas Kuala Terengganu
Pencapaian : Tempat Ketiga

KARNIVAL BOLA TAMPAR JEMPUTAN SEKOLAH-SEKOLAH KLUSTER PERINGKAT KEBANGSAAN BAWAH 11 TAHUN 2014

26-27 Sept 2014 ~ Buat kali pertama SKKFST  telah menjadi tuan rumah kepada Karnival Bola Tampar Peringkat Kebangsaan  2014 yang julung kalinya diadakan pada tahun ini anjuran Unit Kokurikulum di bawah pimpinan Cg Mohd Sabri bin Mohd.
Karnival ini disertai oleh 11 buah pasukan dari seluruh Malaysia.Antara Sekolah Luar daripada Negeri Terenggau yang turut menyertai adalah :-

  1. SK Pulapah, Negeri Sembilan
  2. SK Parit Haji Adnan, Johor Bahru
  3. SK Jalan 3, Selangor
Tahniah dan Syabas kepada Pasukan "Giants Volleyball" SKKFST yang berjaya merangkul Naib Juara bagi kategori Lelaki dan Ketiga bagi kategori Perempuan.
Pihak Pengurusan serta jawatankuasa kebitaraan bola tampar mengucapkan sekalung tahniah dan terima kasih kepada warga sekolah kerana berjaya mengendalikan satu kejohanan yang dianggap besar ini dengan sempurna dan berjaya. Diharap Kejohanan ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi merapatkan lagi hubungan siratulrahim dikalangan warga sekolah tanpa mengira pangkat sama sekali.Semoga bertemu lagi pada edisi yang akan datang.

Berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :-

Kategori Lelaki B11:  
 Johan : SK Dusun, Hulu Terengganu
 Naib Johan : SK Kampung Fikri ( Sg Tong ), Setiu 
 Ketiga Bersama : SK Bukit Guntong, Kuala Nerus,Terengganu
                             SK Paka II, Dungun

Kategori Perempuan B11:   
Johan : SK Dusun, Hulu Terengganu
Naib Johan : SK Paka II, Dungun
Ketiga Bersama : SK Kampung Fikri ( Sg Tong ), Setiu
                            SK Parit Haji Adnan, Johor Bahru

 
 Berita Bergambar sepanjang karnival : 
 
 Pendaftaran peserta seawal jam 7.30 pagi
Sarapan pagi beserta taklimat pengadil oleh PKKO
Gerai jualan yang mendapat sambutan hangat di bawah kelolaan Cg Yuzrida's Club
Sukarelawan yang banyak membantu melicinkan perjalanan kejohanan
Kelab penyokong yang sangat sporting
"Candid" dan majlis perasmian kejohanan
Aksi-aksi pasukan lelaki sepanjang kejohanan
Aksi-aksi pasukan perempuan sepanjang kejohanan
Kehadiran Tuan Pengarah Pendidikan Daerah Setiu turut memeriahkan majlis
Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST dengan cukup harmoni dan meriah

PASUKAN-PASUKAN YANG BERTANDING


SK DUSUN, HULU TERENGGANU
SK PULAPAH, NEGERI SEMBILAN
SK JALAN 3, SELANGOR
SK PARIT HAJI ADNAN, JOHOR BAHRU
SK WAKAF MEMPELAM, KUALA TERENGGANU
SK LEMBAH JAYA, SETIU
SK BUKIT GUNTONG

SK BUKIT TUNGGAL

Akhir kata daripada pihak penganjur, Sekalung TAHNIAH kepada yang berjaya dan TERIMA KASIH kerana sudi menyahut cabaran kami.Kepada yang kurang berjaya usah berdukacita...kita cuba lagi dilain masa....In Sya Allah....


Saturday, 20 September 2014

KEMBALI KE SEKOLAH


Saturday, 13 September 2014

WAJAH BARU GELANGGANG " GIANTS VOLLEYBALL"

 

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI..!!!

Setiap hari bangun pagi,
Bersiap-siap ke rumah Tok Di,
Cuti sekolah datang lagi,
Berhati-hati dan jaga diri.
 

Monday, 8 September 2014

WAJAH-WAJAH CALON UPSR HARI INI...GOOD LUCK..!!!


PERJUMPAAN TITIPAN MESRA GURU BESAR BERSAMA IBU BAPA CALON UPSR 2014

Sehari sebelum....8 Sept 2014 ( Isnin )...Perjumpaan mata ke mata antara Guru Besar SKKFST bersama ibu bapa / penjaga calon UPSR .Antara pesanan yang telah diberikan oleh beliau adalah berkenaan penjagaan pemakanan anak-anak sebelum masuk ke dewan Peperiksaan.Semoga pejumpaan sekejap ini dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa / penjaga dengan warga sekolah.
Sama-sama lah kita berdoa semoga segala usaha yang telah dilakukan sepanjang tahun menjelang nya UPSR hari ini akan membuahkan hasil yang lumayan dan berbaloi.