...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 26 June 2013

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN CALON UPSR 2013

26 Jun 2013 ( selasa ) - Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin Calon UPSR telah diadakan dengan harapan dapat memberi doa dan restu serta keredaan kepada para calon peperiksaan yang bakal menduduki peperiksaan UPSR. Usaha ini merupakan ikhtiar terakhir para pelajar setelah sekian lama berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik. Program ini juga bertujuan melatih pelajar menjadi insan seimbang bukan sahaja dari segi intelek dan jasmani malahan aspek rohani.
Antara objektif yang ingin dicapai melalui program sebegini adalah
a) mendapat doa dan keredaan daripada Allah S.W.T
b) para calon dapat membuat persediaan yang mantap dari segi emosi dan rohani untuk menghadapi peperiksaan.
c) para calon dapat memperolehi motivasi dan suntikan semangat supaya lebih berkeyakinan diri untuk berjaya pada saat-saat akhir sebelum menduduki peperiksaan.
 Solat hajat telah diimamkan oleh ustaz Ab Rahman iaitu Imam Ladang Fikri
 Sedikit jamuan ringan disediakan pada jemaah yang hadir
Wajah-wajah harapan UPSR 2013.Semoga segala usaha dan perbuatan mendapat berkat dari Nya..

Monday 24 June 2013

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM BANTU LULUS

Setiu - 24 Jun 2013, Mesyuarat Penyelarasan Program Bantu Lulus Matapelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris Sekolah Zon Setiu Timur 2013, telah diadakan di Makmal Komputer SKKFST yang dipengerusikan oleh Puan Guru Besar SKKFST sendiri iaitu Puan Zakiah binti Hasshim.

KEM KECEMERLANGAN UPSR & PRA UPSR 2013

Pada 20 hingga 22 Jun SKKFST telah mengadakan Kem Kecemerlangan UPSR & PRA UPSR 2013 di Seri Indah Resort,Batu Burok dengan jayanya.Program tersebut telah dianjurkan oleh Unit Kurikulum SKKFST.Penganjuran Kem seperti ini diharapkan dapat membantu para peserta menambahkan lagi pengetahuan dalam persediaan bagi menghadapi UPSR 2013.Pelbagai aktiviti dijalankan seperti teknik menjawab soalan Sains,Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris serta motivasi diri.Semoga segala usaha yang dilakukan oleh para peserta Kem dan guru-guru dimakbulkan.Amin...

Kami kongsikan bersama gambar-gambar yang sempat dirakamkan oleh jurulensa SKKFST.

Ketibaan para peserta kem di Seri Indah Resort tepat jam 1.00 petang
Taklimat Kem disampaikan oleh Cikgu Md Hesham bin ismail  merangkap Ketua Urusetia Kem
Sesi motivasi diri diadakan pada jam 3.00 petang yang telah disampaikan oleh YM Tuan haji Syed Othman bin Syed Hassan.Pendekatan A-F yang diberi oleh beliau diharap dapat digunapakai dan difahami oleh peserta kem.Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi meluangkan masa bersama kami.
Tukar angin - suasana pembelajarann di luar kelas dalam suasana aman lagi damai,diharap para peserta dapat menimba ilmu sebaik mungkin daripada fasilitator-fasilitator hebat SKKFST.
Riadah - sesi riadah, peserta dibenarkan mandi kolam untuk menghilangkan kepenatan 
belajar masing-masing
Akhir kata,Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.
JUMPA LAGI TAHUN DEPAN!!!!


 

Monday 17 June 2013

PROJEK SEKOLAH

Satu lagi projek yang sedang dibangunkan di SKKFST adalah membina koridor dari bangunan utama menghubungkan surau.Tujuan pembinaan supaya murid boleh menggunakan koridor tersebut pada hari hujan.
Oleh kerana pihak sekolah mempunyai  kekangan daripada segi kewangan,maka dengan hanya mengambil upah dikalangan bapa murid yang mempunyai kemahiran pertukangan pihak sekolah dengan ini berharap projek dapat diselesaikan dengan sempurna untuk kemudahan murid-murid SKKFST. 
Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat dalam projek tersebut dan demi melihat keselesaan murid-murid, pihak sekolah sedaya upaya berusaha mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Pengurus Projek ( Tukang yang diupah ), Projek ini dijangka siap sebelum bulan puasa menjelang.InsyaAllah...


PERJUMPAAN IBU BAPA & GURU TAHUN 6 2013

ISNIN, 17 Jun 2013 - Satu perjumpaan telah diadakan diantara ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Tujuan perjumpaan ini adalah untuk berbincang mengenai aktiviti Tahun 6 untuk tahun 2013 serta masalah-masalah yang dihadapai oleh ibu bapa serta murid.
Selain itu, pihak sekolah melalui program ini menerangkan matlamat serta target untuk murid-murid tahun 6 dalam menghadapi peperiksaan UPSR yang akan datang. Kesemua ibu bapa serta murid tahun 6 hadir ke perjumpaan ini. Di pihak sekolah semua guru tahun 6 serta guru besar hadir untuk sesi perbincangan.

Sesi pendaftaran ibu bapa murid.Alhamdulillah kehadiran adalah 100%
Terima kasih di atas komitmen yang diberi
Mengambil berkat.Bacaan doa dipimpin oleh Sir Wan Izimi.
Ucapan perasmian dan alu-aluan oleh Puan Guru Besar SKKFST
Sesi pelaporan pencapaian keputusan UPSR sehingga Jun 2013 oleh 
Guru-guru matapelajaran subjek UPSR.
Penyerahan kad pemantauan prestasi murid UPSR kepada ibu bapa.
Menjadi kelaziman tuan rumah menyediakan sedikit jamuan kepada para tetamu.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan di kantin SKKFST.

**TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG 
DAN TIDAK LANGSUNG**


Tuesday 11 June 2013

HAFAZAN AL-QURAN TAHUN 1434H DAERAH SETIU 2013


Majlis Hafazan Al-Quran, Sekolah-sekolah Negeri Terengganu Peringkat Daerah Setiu Tahun 2013M/1434H telah diadakan di Makmal Komputer SKKFST pada  11 Jun 2013 ( Selasa )sekaligus SKKFST  telah diberi mandat oleh PPD untuk menguruskan majlis tersebut dengan jayanya.
Majlis yang bermula pada jam 12.00 tenghari dan berakhir hampir jam 2.00 petang telah melibatkan seramai 100 lebih peserta dari semua sekolah Daerah Setiu.SKKFST telah memilih 40 orang pelajar menyertai program tersebut.

Monday 10 June 2013

SYAA'BAN & SYAFAAT'NYA

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalah malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yang dengki.”
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Saturday 8 June 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah buat semua warga pendidik dan murid khasnya warga SKKFST sekalian.