...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 July 2016

MAJLIS SOLAT HAJAT & BACAAN YASSIN UPSR 2016

27 Julai 2016 ( Rabu ) - Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam telah mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini. Solat hajat ini diadakan bertempat di Masjid TDM Ladang Fikri.

          Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.Turut hadir ialah Tuan Guru Besar,En.Zainuddin bin Dollah, guru-guru, kakitangan, PIBG dan ibu bapa murid tahun 6. Majlis solat hajat telah diimamkan oleh Ustaz Abdul Rahman,Imam Masjid TDM Ladang Fikri. Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah pada jam 7.30 malam diikuti dengan solat hajat,bacaan Yassin dan ucapan Guru Besar serta penyampaian cenderamata kepada Imam.Semoga calon-calon UPSR 2016 tenang menghadapi peperiksaan UPSR dan akan mendapat keputusan yang cemerlang.Amiinn.....
 Ramai ibubapa  telah hadir dalam Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini.
Kehadiran ibubapa pada hari ini amat menggalakkan walaupun diadakan pada hari bekerja sekaligus membuktikan bahawa mereka benar-benar prihatin terhadap anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi.
Majlis diakhiri dengan jamuan ringan di perkarangan Masjid.Jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan majlis solat hajat.Semoga segala usaha yang telah kita buat akan membuahkan hasilnya.selebihnya berserahlah hanya pada yang Satu.
 

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH

Tarikh : 29 April 2015 Hari : Rabu Tempat : SK Putera Jaya,Setiu Announce Of Result : Story Telling - Johan Public Speaking - Naib Johan Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Tarikh : 29 April 2015 Hari : Rabu Tempat : SK Putera Jaya,Setiu Announce Of Result : Story Telling - Johan Public Speaking - Naib Johan Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ
Tarikh : 27 Julai 2016
Hari : Rabu
Tempat : SK Rhu 10

Announce Of Result :
Public Speaking : Johan
Poem Recitation : Saguhati
Sir Wan Izimi bin Wan Md Zin menerima sijil penghargaan daripada PPDS


27 Julai 2016, SK Rhu 10  telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Setiu bagi Tahun 2016.  Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti Pertandingan Action Song, Poem Recitation, Story Telling, Scrablle dan Public Speaking. Tahniah kepada semua murid yang berjaya.

 
Johan Public Speaking Daerah - Adik Khalish Irfan bin Khairul Azman.Peserta akan mewakili Daerah ke Peringkat Negeri pada 2 Ogos ini.TAHNIAH....
Adik Puteri Delia Tihani bt Mohd Sabri & Adik Nurlissa Alia bt Marzuki menerima hadiah saguhati bagi kategori Poem Recitation.



Tarikh : 29 April 2015 Hari : Rabu Tempat : SK Putera Jaya,Setiu Announce Of Result : Story Telling - Johan Public Speaking - Naib Johan Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Saturday 23 July 2016

MAJLIS BACAAN YASIIN DAN SOLAT HAJAT UPSR 2016

ASSALAMUALAIKUM...Jika tiada aral melintang in shaa Allah pada 27 Julai 2016 iaitu pada hari Rabu ini,Unit Kurikulum bersama Panitia Agama Islam akan mengadakan Solat Hajat fasa 1 untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.
Majlis Solat Hajat Sempena UPSR 2016 akan diadakan seperti maklumat berikut :
Tarikh/Hari : 27 Julai 2016/ Rabu
Masa : 6.00 petang
Tempat :Surau An-Nur SKKFST
Semua ibubapa/penjaga murid tahun 6 dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan majlis ini.
Harap maklum.

Tuesday 19 July 2016

WARNA-WARNI AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 14 Julai 2016, Unit Hal Ehwal Murid (HEM) telah menganjurkan Sambutan hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah dengan sangat meriah. Semua guru dibahagikan mengikut kumpulan untuk memilih menu sendiri bagi membangkitkan mood raya mengikut citarasa masing-masing. Pada Hari tersebut, murid-murid juga  dibenarkan untuk memakai baju raya masing-masing. Alunan lagu raya dipasang melalui pembesar suara dan didengari semua warga SKKFST menambahkan lagi seri sambutan raya kali ini.
Pelbagai menu telah dihidangkan pada hari itu dan sudah tentu menunya bertemakan hari raya seperti lemang,ketupat,rendang dan banyak lagi termasuk kuih muih yang dibawa oleh murid.
Antara persembahan yang sporting pada sambutan hari raya tahun ini...persembahan adalah daripada murid, guru, kakitangan dan sebahagian daripada jemputan yang hadir juga turut menyumbangkan suara.
Berita warna-warni... 
Pelbagai ragam dapat dilihat pada hari itu...pelbagai gaya dan juga fesyen yang digayakan..guru-guru termasuk murid-murid tidak mahu kalah dengan fesyen masing-masing....cantik dan tampan ...
 "Sekian untuk tahun ini...semoga kita akan berjumpa lagi syawal ditahun hadapan...
in shaa Allah... "


Sunday 17 July 2016

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI 2016

Adik Wan Insyirah Sakina binti Wan Izimi
SEKALUNG TAHNIAH DAN SYABAS
 
TARIKH : 17 JULAI 2016
HARI : AHAD
TEMPAT : SK RUSILA,MARANG


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR

Hari ini, semua murid tahun 6 telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR. seramai 21 orang calon SKKFST akan berjuang demi masa hadapan masing-masing. di kesempatan ini, admin ingin mengucapkan selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang. disini, admin kongsikan sedikit tips-tips bagi menghadapi peperiksaan. 
1.Datanglah dengan bersedia dan lebih awal 
 2.Tenang dan percayakan diri sendiri. jangan ulangkaji dengan masa yang suntuk dan kelam kabut. 3.Bersantailah tapi berhati-hati.
 4.lihat soalan-soalan terlebih dahulu. ambil masa untuk membaca kertas soalan dan fahami kehendak jawapan. gariskan isi penting. 
5.Jawab soalan secara strategik. mulakan dengan menjawab soalan yang mudah. pastikan anda mempunyai kata kunci atau peta minda.
 6.Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih 
 7.Semasa menjawab soalan karangan, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan secara ringkas untuk karangan tersebut. 
 8.Semasa menjawab soalan karangan, jawab pada persoalannya 
9. Bahagikan waktu anda untuk memeriksan jawapan 
 10. Analisa jawapan anda 
 11. berdoa dan bertawakal kepada allah.

PERTANDINGAN CATUR MSSD SETIU 2016

TARIKH : 17 JULAI 2016
HARI : AHAD
TEMPAT : SMK LEMBAH BIDONG