...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 27 November 2016

SELAMAT BERCUTI!!

Sesi persekolahan 2016 telah melabuhkan tirainya pada  24 Nov 2016 lalu... Diharapkan agar semua murid dapat mengisi masa cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat dan membuat persediaan yang secukupnya untuk sesi persekolahan akan datang. Selamat berjumpa semula pada hari pertama persekolahan sesi 2017....jaga diri...SELAMAT BERCUTI!!!

Saturday 26 November 2016

30 ORANG MURID TERIMA SUMBANGAN PAKAIAN SEKOLAH

20 Nov 2016 ( Ahad ) - Islamic Relief Malaysia  ( IRM ) telah berbesar hati  me­nyam­paikan sumbangan pakaian dan kelengkapan sekolah kepada kira-kira 30 orang murid SKKFST.
Dalam ucapan wakil IRM pada majlis itu, beliau berharap sumba­ngan itu akan membantu meringankan perbelanjaan ibu bapa untuk membeli kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.
“Saya berharap sumbangan tahunan ini akan memberikan semangat kepada para pelajar untuk memulakan sesi persekolahan baharu seterusnya mencapai kejayaan cemerlang,”katanya dalam majlis tersebut.
Pihak pengurusan sekolah mengalungkan jutaan terima kasih kepada IRM atas sumbangan tersebut.

JAMUAN AKHIR TAHUN 2016

Pada 24.11.2016,  pihak sekolah telah mengadakan jamuan akhir tahun di Restoran Matahari, Kuala Terengganu pada  jam 2.00-3.30 pm. Jamuan ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua guru dan AKS yang telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang tahun.Jamuan pada hari itu juga adalah untuk meraikan guru yang berpindah iaitu Ustazah Rosmaniyah binti Abdul Razak yang ditukarkan ke SK Maras dan Pn.Norasikin binti Simat yang telah dinaikkan pangkat ke SK Jelapang sebagai GPK Pentadbiran. 
Ucapan daripada Tuan Guru Besar En.Zainuddin bin Dollah.
Ucapan daripada insan yang dirai Pn.Norasikin binti Simat.
Ucapan insan yang dirai Ustazah Rosmaniyah binti Abdul Razak.
Penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah.
Semoga ikatan silatulrahim ini akan terus terjalin walau di mana kita berada.



MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
22 Nov 2016 ( Selasa ) -  SK Kampung Fikri Sungai Tong telah mengadakan hari untuk meraikan kecemerlangan murid-murid sekolah yang telah mencapai keputusan yang cemerlang sama ada dalam bidang pembelajaran kurikulum mahupun ko-kurikulum sepanjang tahun ini.Majlis telah dirasmikan oleh Cik Khairiah binti Abdul Manan selaku Pegawai Perhubungan Sekolah.
Majlis ini juga diadakan untuk meraikan murid-murid tahun 6 yang bakal keluar dan menamatkan pembelajaran mereka di sekolah ini.
 Pendaftaran ibu bapa seawal jam 8.30 pagi.
Ketibaan wakil KPPD Setiu Cik Khairiah binti Abdul Manan merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah.
Ucapan Ketua Murid Adik Nur Alea Syahira binti Surhan.
Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin  Dollah.
Ucapan YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
Ucapan Perasmian oleh Cik Khairiah binti Abdul Manan.
 Majlis Graduasi Prasekolah telah disempurnakan oleh Cik Khairah binti Abdul Manan didiringi Tuan Guru Besar SKKFT.
 
Penyampaian Sijil Lestari Bakti kepada TDM Ladang Fikri, Ladang Tayor dan Kilang Sawit Sungai Tong.Jutaan terima kasih di atas segala sumbangan samada kewangan dan tenaga.

Penyampaian Anugerah kepada murid-murid yang berjaya... 
nota kaki : semua gambar tidak dapat diupload di sini...pengunjung boleh melawat FB rasmi SKKFST untuk melihat keseluruhan gambar sepanjang majlis.harap dalam makluman....terima kasih
Acara kemuncak pada hari itu adalah pengumuman  calon Tokoh-Tokoh yang telah ditapis dan dipilih mengikut kejayaan murid-murid sepanjang tahun.TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN...
TOKOH KO-KURIKULUM LELAKI 2016 - NIK MUHAMMAD SAHRULHISSAM BIN MAT ALI
TOKOH KO-KURIKULUM PEREMPUAN 2016 - NUR ALEA SYAHIRA BINTI SURHAN
TOKOH KURIKULUM  2016 -MUHAMMAD RIZHAN AFIFFUDIN BIN MOHD RAZANI
ANUGERAH KHAS SKKFST 2016 - RABIATUL ADAWIYAH BINTI ROSLAN.
Hari Apresiasi Kecemerlangan & Graduasi prasekolah bagi tahun ini telah berjaya dijalankan dengan penuh gilang gemilang dan warna-warni....Jutaan Terima kasih kepada semua yang terlibat atas  kerjasama yang sangat cemerlang.


Sunday 13 November 2016

KARNIVAL SUKAN & PERMAINAN 2016

Ahad, 13 Nov 2016 - Karnival Sukan dan Permainan SKKFST 2016 telah berlangsung dengan jayanya di arena sukan SKKFST. 
Karnival ini bermula dengan semua murid berkumpul di Dataran perhimpunan mengikut rumah sukan masing-masing dan dimulakan dengan acara memanaskan badan dan aerobik. Di antara acara sukan dan permainan yang telah dipertandingkan ialah bola jaring, bola sepak dan sukaneka untuk tahap 1 DAN pra sekolah.
Kesemua acara telah tamat dipertandingkan pada jam 12.30 tengahari di mana kesemua murid kembali berkumpul di Kantin SKKFST bagi acara penutup dan penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah berjaya menjadi johan dalam acara yang telah dipertandingkan.Semua peserta bermain dengan penuh semangat untuk memperjuangkan rumah masing-masing.  Tahniah untuk semua!!!
Acara memanaskan badan dengan aerobik selama setengah jam
Pertandingan bola jaring antara rumah sukan.
Pertandingan bola sepak antara rumah sukan.
Murid pra turut tidak ketinggalan memeriahkan acara sukaneka pada sebelah pagi.
Pertandingan sukaneka kategori murid tahap 1.
Acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh barisan pentadbir.
Kategori bola sepak Tahap 1 : 
Johan : rumah biru
Naib Johan : rumah kuning
Ketiga : rumah hijau
keempat : rumah merah
Kategori bola sepak Tahap 2 : 
Johan : rumah biru
Naib Johan : rumah hijau
Ketiga : rumah merah
Keempat : rumah kuning
Kategori bola jaring : 
Johan : rumah kuning
Naib Johan : rumah merah
Ketiga : rumah hijau
Keempat : rumah biru
Kategori sukaneka Tahap 1 : 
Johan : rumah merah 
Naib Johan : rumah kuning
Ketiga : rumah biru
Keempat : rumah hijau
JOHAN KESELURUHAN TELAH DISANDANG OLEH RUMAH BIRU...TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG TELAH BERJUANG UNTUK RUMAH SUKAN MASING-MASING...JIKA UMUR PANJANG, IN SHAA ALLAH....TAHUN HADAPAN KITA BERJUMPA LAGI..
." Alhamdulillah....,cuaca menyebelahi kita.........panas terik hingga ke akhir acara......TAHNIAH diucapkan kepada kontinjen BIRU kerana terus mempertahankan gelaran JOHAN pada tahun ini..."