...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

BERITA PSS


JAWATANKUASA INDUK PSS SEKOLAH

  En Mazlan bin Che Ismail
GURU BESAR
En Faizal bin Din
GPK PENTADBIRAN 
  En Sulaiman bin Salleh
KETUA GURU DISIPLIN
 
Pn Siti Fasha binti Abd mubarak
S/U JK PENGAWAS
 
Pn Yuzrida binti Awang
GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA 


VISI PSS
" Bahawa sesungguhnya visi sekolah SK Kampung Fikri ( ST ) adalah berusaha ke arah kesempurnaan pencapaian matlamat falsafah pendidikan Negara "
 MISI PSS
" Bahawa sesungguhnya misi sekolah SK Kampung Fikri ( ST ) adalah beriltizam memberi pandidikan yang menyeluruh kepada semua murid dengan adil dan saksama dalam semua program pendidikan, kurikulum dan kokurikulum bagi melahirkan insan yang berilmu, beriman dan beramal soleh "

AJK PUSAT SUMBER SEKOLAH

PENGERUSI :
  En Faizal bin Din

SETIAUSAHA :
  Pn Yuzrida binti Awang
AJK : 
1. Pn Zurina Azra binti Che Abdul Rashid
2. Pn Siti Khatijah
3. Pn Hjh Aini Salmy binti Azam
4. Pn Hasnu Bariyah binti Ya'acob
5. Pn Siti Fasha binti Abdul Mubarak
6. Pn Azlina binti Shamsudin
7. En Md Hesham bin Ismail
8. En Muhamad Npr Azmi bin Che Anawa
  

 BERITA 2020

RAK BUKU MAYA
Sehari selembar benang. lama-lama menjadi kain.
 BERITA 2019
KAMI MASIH BOLEH MENYERANG..VOLLEYBALL MAKANAN KAMI..

 34 PEMIMPIN MUDA TERIMA WATIKAH

 BERITA 2018
SINGGAH SAYANG TUAN KPPD SETIU

Let's Read Together For 10 Minutes"

PERTANDINGAN TEASER TRAILER PESTA BUKU @PPAT 2018


MESYUARAT AGUNG PIBG 2018






BERITA 2017

Majlis Penyerahan Surat Lantikan pengawas 2018

23 Nov 2017 - Satu Majlis tidak rasmi penyerahan watikah perlantikan telah diadakan untuk semua pengawas sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Tujuan penyerahan diadakan awal adalah untuk memudahkan ibu bapa / penjaga membeli atau menyiapkan seragam lengkap sebelum sesi 2018 bermula. Terima kasih kepada GPK HEM En.Mohd Sabri Mohd kerana sudi meluagkan masa pada majlis tersebut. Majlis rasmi akan diadakan sebaik sahaja sesi persekolahan 2018 bermula. Sekian...Terima Kasih.

Seramai 20 orang pengawas sekolah dan 15 orang pengawas pusat sumber telah dipilih untuk sesi 2018...Tahniah kepada murid yang terpilih..


JOM KE SEKOLAH-Al Fiq channel TV PSS
*
*
*
 * 

Pengunjung boleh melayari url di bawah..Tahniah kepada PSS SKKFST..Teruskan usaha agar murid terus Gemilang DanTerbilang....

https://youtu.be/WvSvmUUvbUo

PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER 2017


Tarikh : 6 April 2017
Hari : khamis
Selamat menjalankan tugas dengan penuh hemah dan dedikasi kepada barisan pemimpin cilik yang telah dilantik bagi sesi 2017.
 Perasmian oleh En.Mohd Razi bin Abu Bakar (Pegawai Teknologi Pendidikan 1 ) dari PKG Langkap.Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin-pemimpin cilik yang terpilih dan berharap mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik dan cemerlang.  Disamping itu beliau juga berharap pelajar yang terpilih dapat menunjukkan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar lain dengan dengan menjaga disiplin masing-masing.
 Barisan Pengawas Sekolah bagi sesi 2017
 Barisan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2017

PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN KM1M
Tarikh : 4 - 6 April 2017
Tempat : Kantin SKKFST
Latar hias pentas yang indah.
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Gerakan Tabiat Membaca.SKKFST turut tidak ketinggalan untuk bersama melancarkan program tersebut serentak diseluruh Negara.
Berita Bergambar  :

Tahniah diucapkan kepada pengurusan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan semua yang terlibat samada secara langsung dan tidak langsung atas kesungguhan dalam menjayakan program ini


BERITA 2016

Barisan Pengawas Perpustakaan Tahun 2016

Barisan Kepimpinan Sekolah Tahun 2016


PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA KM1M 2016
Simbolik gimik pelancaran Program Kem Membaca 1Malaysia KM1M 2016

Aktiviti membaca buku dijalankan selama 33 minit dan 36 saat bermula jam 9.30 pagi secara serentak .

Pertandingan Teka Silang Kata Kategori Tahap 1.

Pertandingan Melukis & Mewarna kategori Tahap 2.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang.TAHNIAH diucapkan kepada semua yang berjaya dalam semua kategori.

" SETINGGI-TINGGI TAHNIAH KEPADA UNIT PSS  DI BAWAH PIMPINAN CIKGU YUZRIDA BINTI AWANG KERANA BERJAYA MENGADAKAN PROGRAM INI DENGAN JAYANYA. TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA WARGA SKKFST DALAM MEMBERI KOMITMEN YANG PADU BAGI MENJAYAKAN PROGRAM KALI INI. "


MAJLIS PENTAULIAHAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2016
TAHNIAH kepada semua yang telah dilantik.Diharapkan supaya anda dapat bertugas dengan penuh komited dan dedikasi.



29 Feb 2016 -  Bertempat di PKG Permaisuri  telah berlangsung satu Majlis Pemilihan Tokoh Nilam Peringkat Daerah.TAHNIAH kepada Adik Aliya Shahira binti Surhan kerana terpilih dalam program pada hari itu.







BARISAN PENGAWAS SEKOLAH BERSAMA PEMIMPIN SEKOLAH SESI 2015

BARISAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN BERSAMA PEMIMPIN SEKOLAH SESI 2015


PROGRAM KHIDMAT BANTU PSS NEGERI TERENGGANU 2015


Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan dari 23 hingga 27 Ogos 2015. Program ini adalah kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan Pejabat Pendidikan Daerah Setiu. Objektif Program Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah adalah untuk mambantu meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya pengurusan bahan , fizikal dan sistem pengurusan. Guru PSS dari SKKFST,Cikgu Yuzrida bt Awang telah menumbangkan tenaganya di SK Sungai Tong selama seminggu.

Cikgu Yuzrida menerima Sijil Penghargaan atas sumbangan khidmat bantu.

Diharapkan agar melalui program yang diadakan ini dapat menaikkan lagi tahap kecekapan PSS beroperasi serta dapat menarik lebih ramai murid untuk mengunjungi PSS. 

salah satu sudut yang dihiaskan dalam program tersebut.





Beberapa keping gambar yang diambil sewaktu majlis penutup program khidmat bantu 2015.
Program ini diharap akan dapat memartabatkan PSS sebagai nadi utama pengajaran dan pembelajaran ke arah kecemerlangan pendidikan. Di samping itu juga diharap agar objektif-objektif berikut dapat dicapai:
  • Meningkatkan pengurusan PSS secara keseluruhan khususnya dalam bidang pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan serta sistem pentadbiran).
  • Meningkatkan penggunaan PSS di kalangan guru dan murid sejajar dengan keperluan pendidikan dan aplikasi ICT.
  • Meningkatkan kadar pembacaan di kalangan murid sekolah selaras dengan pelaksanaan dan hala tuju program NILAM. 


Aktiviti Pusat Sumber DiBulan Ramadhan

Murid-murid akan ke Perpustakaan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Guru Perpustakaan sekaligus memberi peluang kepada  Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam Buku Rekod NILAM.

Disamping aktiviti membaca murid-murid juga berminat menunjukkan bakat masing-masing menerusi permainan dalaman pada waktu rehat dibulan ramadhan ini  seperti sahibba,congkak serta catur.




No comments:

Post a Comment