...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 21 June 2017

QURAN HOUR & SAMBUTAN MAJLIS PRA RAYA

     Sekitar jam 9.00 pagi tadi telah berlangsungnya Quran Hour dan sambutan Pra Raya di kantin SKKFST.Majlis ini melibatkan semua guru dan murid-murid serta warga SKKFST.
Majlis dimulakan dengan Khatam Al-Quran selama setengah jam beserta tazkirah ambang aidilfitri oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal.Tujuan majlis ini adalah untuk memberikan ruang kepada murid-murid dan guru-guru bermaaf-maafan kerana selepas ini mereka akan menyambut kehadiran syawal dan cuti sekolah yang akan bermula esok.Tidak lupa juga saya mewakili warga SKKFST ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN" kepada pembaca-pembaca blog ini.Kemuncak majlis adalah pengagihan duit raya kepada semua murid.Suasana bertambah meriah apabila lagu-lagu hari raya turut mengiringi majlis .
Majlis Khatam Al-Quran ( Quran Hour ) dan Tazkirah Ambang Aidilfitri.
 Ucapan dan amanat daripada Tuan Guru Besar.
Acara bersalam-salaman dan pengagihan duit raya kepada murid.

" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "



Tuesday 20 June 2017

SALAM AIDILFITRI



secebis kasih membuatkan kita sayang
seucap janji membuatkan kita percaya
sedikit luka membuatkan kita kecewa
tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Monday 19 June 2017

IFTAR & JASAMU DIKENANG

19 Jun 2017 / 24 Ramadhan 1438H - Alhamdulillah...sempurna sudah acara tahunan setiap kali tibanya bulan Ramadhan Qareem...pada majlis iftar itu juga turut diadakan majlis perpisahan bekas GPK HEM En.Zutalmizi bin Ahmad @ Zahid yang telah bertukar ke JPNT. Tuan Guru Besar telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.
Seribu penghargaan di ucapkan kepada tetamu jemputan dan warga SKKFST serta keluarga. Dengan kehadiran tuan/puan telah memeriahkan lagi Majlis ini. Alhamdulillah, majlis yang dirancang dalam masa yang singkat ini telah berjaya mendapat sambutan dan berakhir dengan keadaan yang cukup meriah. Syukur kepada Allah di atas segala nikmat yang telah diberi.


Persiapan sebelum majlis berbuka puasa dilakukan oleh warga sekolah.

 Majlis Tahlil yang diketuai oleh Imam Masjid Ladang Fikri.



Tahniah kepada semua warga kerja yang telah bertungkus lumus bagi menjayakan Majlis tersebut. Penghargaan juga kami berikan kepada AJK-AJK PIBG  kerana setiap masa memberikan sokongan kepada kami.

nota kaki : gambar masa berbuka tidak dapat disiarkan kerana admin pun nak berbuka jugak...:)

Sunday 18 June 2017

MILO PERCUMA DIBULAN RAMADHAN..

Pada 18 Jun 2017, jam 9.30 pagi Ahad, Van MILO telah hadir ke SKKFST untuk membuat pengagihan minuman MILO percuma kepada 149 orang murid.Kehadiran van MILO ini telah disambut oleh GPK Pentadbiran En.Mohd Amri bin Hussain dan melalui perbincangan,murid diagihkan MILO mengikut kelas bermula Pra Sekolah,Tahun 1 hingga Tahun 6.jadi boleh lah minum waktu berbuka puasa yer....Terima kasih MILO...
 Terima kasih diucapkan kepada Syarikat Nestle (Malaysia) Berhad diatas sumbangan minuman percuma ini. Teruskan usaha ini untuk membantu murid-murid dikawasan luar bandar menikmati secawan Milo yang sangat lazat lagi berkhasiat terutama dibulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Saturday 10 June 2017

CUTI DAH HABIS...SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid dan kembali bertugas kepada warga pendidik.Ingat...puasa bukan alasan untuk kita menjalani rutin harian sebagai pelajar dan pengajar...Semoga bertambah semangat selepas bercuti selama 2 minggu.