...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 28 March 2018

TAKLIMAT FROG VLE VERSI 2.0

TARIKH : 28 MAC 2018
HARI : RABU
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
MASA : 11.00 PAGI HINGGA 12.30 TGH
PESERTA : MURID TAHAP 2
FASILITATOR : YM TENGKU AMIR MUDZAFFAR BIN TENGKU MOHD OMAR
 ( EXCUTIVE UNICLIQ SDN BHD )
 
 Sesi bergambar bersama penceramah selepas taklimat




" Semoga murid-murid mendapat banyak manfaat daripada penerangan pada hari ini "

Terima Kasih daun Keladi :



Tuesday 27 March 2018

MTQ & FESTIVAL NASYID ZON SETIU TIMUR

MAJLIS TILAWAH  AL-QURAN

TARIKH : 25 Mac 2018 ( Ahad )

TEMPAT: SK Kampung Bari 

 Tilawah : Naib Johan Lelaki 
Bercerita : Penyertaan Lelaki & Perempuan
FESTIVAL NASYID
TARIKH : 26 Mac 2018 ( Isnin )

TEMPAT: SK Kampung Jaya

 Nasyid : Naib Johan Zon Setiu Timur
Hafazan : Penyertaan Lelaki & Perempuan
 


Pihak  Sekolah merakamkan jutaan TAHNIAH kepada semua peserta, jurulatih, guru  dan TERIMA KASIH kepada semua yang sama terlibat. Jasa semua amat dihargai. Wassalam.

Monday 26 March 2018

EPISOD 5: AL FIQ CHANNEL SKKFST: GERAKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH CIKGU

EPISOD 5: AL FIQ CHANNEL SKKFST:

 GERAKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH CIKGU

GERAKAN PENGHARGAAN "TERIMA KASIH CIKGU" SEMPENA PERAYAAN HARI GURU KPM 2018. IA SEBAGAI MENGHARGAI JASA DAN PENGORBANAN SEORANG GURU YANG BANYAK BERBAKTI DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA KEARAH KEMENJADIAN MURID.

Boleh klik link di bawah untuk paparan lebih  jelas:

https://www.youtube.com/watch?v=itMQDmNw7-k&feature=youtu.be 

Wednesday 14 March 2018

PERTANDINGAN TEASER TRAILER PESTA BUKU @PPAT 2018

#pestabukuppat2018

jommmmmm....pakat like ramai-ramai link di bawah ...sama-sama kita bagi sokongan kepada
 anak-anak SK FIRST..bereh boh......

p/s : klik link dulu baru like ok...terima kasih..

 

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR 2018

SETIU , 13 hb MAC 2018
Tahun ini SK Bukit Mundok menjadi tuan rumah bagi kejohanan bola jaring Zon Setiu Timur yang telah diadakan selama dua hari daripada hari selasa 13hb Mac dan berakhir pada hari Rabu
 14hb Mac.
Sepanjang dua hari kejohahan bola jaring ini, sebanyak 11 buah sekolah Zon Setiu Timur  telah bersaing untuk mendapatkan juara dan naib juara untuk mara ke separuh akhir. Alhamdulillah...SKKFST telah mara ke separuh akhir setelah menewaskan SK Bari dengan mata 12 - 0 sekaligus menjadi naib johan kumpulan.







SETIU , 14 hb MAC 2018
Dari keputusan perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir kejohanan ini, tempat ketiga bersama disandang oleh SK Kampung Fikri Sungai Tong  dan SK Sungai Tong. Manakala Naib Johan ZST  berjaya disandang oleh SK Tayor. Tahniah kepada pasukan SK Pak Ba muncul juara pada tahun ini.
Turut hadir tetamu kehormat kejohanan tersebut ialah EN.MOHD KHALIL BIN ABDUL RAHMAN ( Penyelia Sukan PPD Setiu ) dan Guru Besar sekolah-sekolah  Zon Setiu Timur. Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh En. Mohd khalil bin Abdul Rahman. Akhir sekali tahniah kepada semua yang terlibat.





" Sukan menyatukan semua "

Monday 12 March 2018

KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) BAGI SEKOLAH MODEL KBAT NEGERI TERENGGANU 2018

Tarikh : 12 Mac 2018
Hari : Isnin
Tempat : Makmal Komputer SKKFST
Peserta : guru-guru SKKFST
Fasilitator : 1. En. Mohammad bin Abdul Kadir
       2.  En.Mohd Nazidi bin Othman
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan
 ( IPG Kampus Sultan Mizan )
  Diharapkan kursus ini dapat membantu guru-guru dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

NESTLE EDAR MINUMAN MILO PERCUMA

12 MAC - Disaat cuaca panas yang agak melampau semalam tiba-tiba SKKFST telah didatangi oleh van hijau yang seakan-akan mengerti..van hijau itu adalah wakil Syarikat Nestle (Malaysia) Berhad. Kehadiran ini adalah untuk mengedarkan minuman Milo percuma kepada murid dan semua warga sekolah. Inilah rutin setiap tahun, terima kasih diucapkan kepada Syarkat Nestle (Malaysia) Berhad diatas sumbangan minuman percuma ini. Teruskan usaha ini untuk membantu murid-murid dikawasan luar bandar menikmati secawan Milo yang sangat lazat lagi berkhasiat.
 Cabaran sebelum dapat secawan milo sedap
 haaaaa....suka semua yer...
murid pra pun x terkecuali
Terima kasih kepada Nestle Malaysia kerana menyediakan minuman yang sedap dan berkhasiat ini kepada kami secara percuma.

Saturday 10 March 2018

PELAKSANAAN SARINGAN 1/ 2018 LINUS 2.0

Pelaksanaan Saringan 1 Linus 2.0 2018
 
Makluman Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 1, 2, dan 3
Pelaksanaan Saringan 1 Linus 2.0 2018 adalah seperti ketetapan di bawah :
Membaca / Lisan : 1 Mac - 6 April 2018
Bertulis : 8 April - 20 April 2018
Analisis Data : 22 April - 4 Mei 2018

Murid Terlibat :
Tahun 1 & 2 - Literasi Bahasa Inggeris
Tahun 3 - Literasi Bahasa melayu, Literasi Bahasa Inggeris & Numerasi


** Mohon kerjasama pihak tuan/puan memastikan kehadiran anak tuan/puan ke sekolah supaya saringan ini berjalan dengan lancar.

Harap maklum.

RELAY FOR FUN MERIAH !!!

10 MAC 2018 ( Sabtu )  - Meriah!!! Program Relay For Fun Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Persatuan Olahraga Setiu bertempat di SMK Bukit Nenas berjalan dengan sungguh meriah. Tidak ketinggalan,Tuan Guru Besar bersama AJK PIBG SKKFST turut menyertai program tersebut. Sukacitanya juga diumumkan mereka telah merangkul pingat emas bersama pasukan. TAHNIAH UNTUK PASUKAN GURU BESAR....
 Peserta bersama YB Dato' Hj Sabri bin Hj Mohd Noor ( ADUN Langkap )
 Tuan GB menerima hadiah kemenangan
Team SK First