...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 29 October 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2017

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa...Minggu ini merupakan minggu peperiksaan kepada semua murid Negeri Terengganu tidak terkecuali kepada semua murid Sk kampung Shukor. Pihak sekolah berharap semua murid dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah cemerlang..InsyaAllah...

Saturday 28 October 2017

PASCA UPSR - PROJEK RBT

 Hasil yang akan dituai bila bila masa sahaja
 Memastikan air sentiasa bersih untuk mengelakkan pembiakan nyamuk aedes
 Membasuh bekas supaya sentiasa bersih dan terjaga
Memastikan air sentiasa bersih

Wednesday 25 October 2017

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG 2017

Perarakan masuk dan tabik hormat kontigen daripada rumah sukan masing-masing.
 Bacaan doa oleh Ustaz Azman dan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SK First.
 Ucapan perasmian kejohanan B&P oleh Pengurus Ladang TDM Fikri. Terima kasih Tuan..
 
Bacaan Ikrar kejohanan oleh Adik Ammar Haziq Hifzhan.

warna warni acara yang telah berjaya diadakan dengan penuh gemilang.
Ucapan Jutaan terima kasih kepada tetamu-tetamu VIP yang sudi meluangkan masa hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan B&P.
Acara paling meriah - acara pegawai dan ibu bapa..terus bersemangat menamatkan larian ke garisan penamat walaupun dalam hujan.
Kita hanya mampu merancang...majlis penutup terpaksa dilakukan sederhana di kantin sekolah kerana cuaca tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun ianya sangat meriah dan berjalan dengan lancar. 
 Pengurus Kejohanan B&P 2017 - Encik Faizal bin Din ( GPK KoKu ).
Insan-insan dibelakang tabir disebalik perjalanan Kejohanan B&P 2017.
 TAHNIAH....ribuan terima kasih di atas segala komitmen yang telah diberikan sebelum dan semasa Kejohanan.Segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan hanyalah Dia sahaja yang dapat membalasnya. Apapun... team SK FIRST ARE AWESOME!!!!!!!!!!!!!!! #bangkitbersama
Jumpa lagi di tahun Hadapan.................

KARNIVAL PEMBANGUNAN BALAPAN DAN PADANG MSSD SETIU 2017

 TARIKH - 23 Oktober 2017
HARI - Isnin
TEMPAT - SMK Bukit Nenas ( SSTBN )
 NAIB JOHAN LOMPAT JAUH L11 - MUHAMMAD SOLAHUDDIN BIN SAMANUDDIN
KETIGA  LOMPAT TINGGI L11 - MOHAMED DANIEL FIRDAUS BIN ABDULLAH