...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 31 August 2014

WELCOME SEPTEMBER...


Wednesday 27 August 2014

PEMANTAUAN PRA SEKOLAH

27 Ogos 2014 ( Rabu )
Kedatangan pegawai-pegawai dari JPNT agak mengejutkan pihak pengurusan SKKFST serta Cikgu Nik Mazlina selaku Guru Pra Sekolah, Pihak Pengurusan SKKFST difahamkan Pra Sekolah SKKFST telah terpilih sebagai wakil daerah ke peringkat Negeri dalam pertandingan kecemerlangan Pra Sekolah Tahun 2014.Namun,dalam keadaan terkejut itu segala instrumen yang dikehendaki berjaya disediakan oleh Cikgu Nik Mazlina..SELAMAT MAJU JAYA PRA SEKOLAH ADWAN...!!!!

Pegawai JPNT sedang menemubual Guru Pra
pegawai-pegawai JPNT sempat beramah mesra bersama murid-murid Pra
Sedikit cenderamata tanda ingatan daripada pihak Pra Sekolah Adwan


Tuesday 26 August 2014

KARNIVAL SMART KICK & FUN BALL PRA SEKOLAH PERINGKAT DAERAH SETIU

Pada 26 Ogos 2014, SKKFST turut menghantar wakil ke Karnival Program Kecemerlangan Pendidikan Pra Sekolah yang mewakili Zon Setiu Timur bersama pasukan Pra SK Seri Langkap.Karnival telah diadakan di Dewan Sungai Tarom.
Pertandingan ini bermula hampir jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.30 petang yang majlis penutupannya disempurnakan oleh En.Sharuddin bin A.Razak ( Penyelia Sekolah Rendah )dari PPD Setiu.
Tahniah kepada pasukan Zon Setiu Timur yang mendapat Naib Johan dalam pertandingan Futsal semalam.
Setinggi-tinggi Tahniah juga admin ucapkan kepada seorang wakil dari SKKFST iaitu adik Ahmad Shauqi bin Hj Saifuddin kerana telah berjaya dipilih ke peringkat Negeri mewakili Daerah Setiu.
 
Berita Bergambar : 
Gambar sebelum ke gelanggang perjuangan.
Team futsal Zon Setiu Timur bersama jurulatih dan guru pengiring

Taklimat pengadil

Aksi-aksi sicilik di gelanggang....
 
Salah satu aksi "mengelecek" bola yang mendapat tepukan gemuruh

Majlis penutup dan penyampaian hadiah...



PEMERIKSAAN KESIHATAN CALON UPSR 2014


Sunday 24 August 2014

SEMARAKKAN KECINTAAN KEPADA NEGARA....

 

Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi

Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya

Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu

Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang

Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita

Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Saturday 23 August 2014

TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2014

TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS DENGAN LEBIH CEMERLANG..

Ucapan tahniah dan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan kepada kecemerlangan sekolah kepada semua penerima anugerah .

KIRI : CIKGU MOHD SABRI BIN MOHD ( PK KO )
KANAN : EN.MOHD SAFIE BIN MOHAMED NOOR ( PA H11 )

Penerima- penerima  anugerah ini juga didoakan agar sentiasa mengekal dan meningkatkan perkhidmatan terhadap sekolah secara berterusan. penerimaan anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab besar terhadap penerimanya. 

RENUNGAN PAGI AHAD

Salam Pagi Ahad untuk semua pengunjung Blog saya. Selamat bekerja semua dan jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Moga-moga kita semua sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t.

Wednesday 20 August 2014

WARNA-WARNI SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI DAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2014

Rabu, 20  Ogos 2014 - Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan bermula 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari. Semua warga SKKFST bersama-sama meraikannya dalam suasana yang sangat meriah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal, ucapan ringkas daripada Tuan Guru Besar,Puan Zakiah binti Hasshim dan diikuti jamuan raya di kantin sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan daripada guru-guru dan murid-murid SKKFST yang cukup sporting.


Berita Bergambar :


Persiapan jamuan oleh guru-guru
Bacaan doa dan ucapan Tuan Guru Besar
Perasmian Bulan Kemerdekaan oleh Tuan Guru Besar dengan melekatkan bendera pada kereta-kereta guru serta kakitangan SKKFST.
Sesi bergambar mengikut kelas sebelum acara dimulakan 
  
Persembahan daripada murid dan guru yang menghiburkan...
Terima kasih Tuan Guru Besar...anda sangat sporting...

Aktiviti pengagihan duit raya kepada murid-murid...
Antara gambar-gambar menarik yang sempat admin snap...
Persembahan istimewa daripada murid pra Adwan SKKFST

Terima kasih diucapkan kepada semua Guru dan kakitangan yang sama-sama menjayakan dan memeriahkan Majlis sambutan hari raya pada tahun ini.



Saturday 16 August 2014

SALAM AHAD...


Wednesday 13 August 2014

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..