...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

SEJARAH


Sebelum 


SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Sekolah ini dibuka secara rasminya pada 2 Januari 1983.Namanya diambil sempena nama Menteri Besar Terengganu.Pada asalnya lokasi ini adalah sebuah bukit yang dinamakan Bukit Tupai.Cadangan awalnya adalah untuk dijadikan Sekolah Menengah.Pada awal pembukaannya,hanya ada 60 orang nurid,5 orang guru dan 4 staf sokongan.Setiap kali musim tengkujuh,sekolah ini terpaksa ditutup selama seminggu atau lebih kerana jalan masuk dinaiki air.Jalannya pula jalan tanah merah berbatu.Awalnya,sekolah ini tidak mendapat bekalan air paip dan elektrik yang sempurna.Sekolah ini menggunakan generator pada siang hari dan mengepam air dari sumber semulajadi.Pam air dibekalkan oleh JPNT.Pada tahun 1987 hingga 1990 sekolah pernah menggunakan tenaga solar.

Sejak dibuka hinggalah tahun 1990,pihak TDM menyediakan lori berbumbungkan kanvas sebagai pengangkutan anak-anakpekerja ladang.Sejak kewujudannya hinggalah kini,SKKF (ST) telahpun ditadbir oleh 7 orang guru besar.

Pelbagai kejayaan telahpun dicapai terutama dalam bidang akademik. Kini nama SKKF disegani oleh rakan-rakan lain terutama di daerah setiu.

 Selepas