...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 29 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-19

SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG – Pada 29 Mac 2017 (Rabu), Mesyuarat Agung PIBG Ke19 telah berjaya diadakan dengan jayanya di Kantin SKKFST tepat pada pukul 11.30 pagi.
Seawal jam 11.00 pagi, ibu bapa / penjaga hadir membuat pendaftaran sebelum mengambil tempat masing-masing.
 Pendaftaran ibu bapa/penjaga 
Ketibaan En.Mohammad bin Ali ( Pegawai Khas Agama ADUN Langkap ) yang mewakili YB Dato'Haji Sabri bin Haji Mohd Noor diiringi Tuan Guru Besar SKKFST dan barisan GPK serta YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali sekitar jam 11.00 pagi.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal. Seterusnya persembahan pembukaan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin.
Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh En.Zainuddin bin Dollah (GB SKKFST) dan Pengerusi PIBG, Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
 Seterusnya ucapan perasmian oleh En.Mohammad bin Muda ( Pegawai Khas Agama ADUN Langkap ).Banyak amanat yang disampaikan.Beliau juga berharap wujudnya hubungan padu dan erat antara sekolah dan masyarakat.Selain itu beliau juga tekankan bahawa didikan agama adalah sangat penting dalam kehidupan seharian untuk mencapai pelbagai kejayaan.
Untuk memeriahkan lagi majlis, pihak penganjur turut menyediakan cabutan bertuah untuk para jemputan yang hadir.Cabutan telah disempurnakan oleh En.Mohammad bin Muda didiringi Tuan Guru Besar.
Tahniah kepada yang bertuah pada hari itu.
 
Penyampaian Sijil Penghargaan dan cenderahati kepada En Mohammad bin Muda kerana sudi datang merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 19 SKKFST.
 Persembahan selingan kepada para hadirin.
Pada sesi mesyuarat semalam juga,penyerahan bantuan awal persekolahan turut diagihkan kepada murid-murid yang layak Para penerima telah menerima duit bantuan malalui guru kelas anak-anak mereka.
Insan kuat disebalik perjalanan majlis yang teratur dan mengikut tentatif yang disusun

Ucapan jutaan terima kasih kepada semua ibu baba / penjaga yang telah meluangkan masa dan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agung PIBG ke 19.Sama-sama kita berusaha meningkatkan prestasi demi melihat kejayaan anak-anak kita bersama.




TAHNIAH DI ATAS KENAIKAN PANGKAT GPK KOKURIKULUM SEBAGAI GPK HEM

TAHNIAH!
Tahniah diucapkan pada Cikgu Mohd Sabri bin Mohd di atas kenaikan pangkat menjadi GPK HEM berkuatkuasa pada 16 Mac 2017 yang lalu.Semoga dengan kenaikan pangkat ini Cikgu akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas. Jadikan ia sebagai perangsang untuk lebih berjaya dan cemerlang sama ada dalam Pengurusan atau Pengajaran dan Pembelajaran.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2017

Seremban - 19-24 Mac 2017 telah berlangsung Kejohanan Bola Tampar MSSM 2017 bertempat di Gelanggang Terbuka, SMK Bukit Mewah. Pasukan Terengganu yang turut bertanding adalah gabungan antara SK Kampung Fikri Sungai Tong,SK Seri Paka, SK Dusun,SK Tapu,SK Kampung Raja,SK Paka 2,SK Seri Budiman dan SK Sultan Sulaiman 1. SKKFST diwakili oleh 3 pemain lelaki dan seorang pemain perempuan.
Pasukan L12 berada di kumpulan C bersama-sama pasukan Pulau Pinang,Kuala Lumpur dan Perlis. Pasukan Terengganu muncul Johan Kumpulan apabila berjaya menewaskan pasukan lain dalam kumpulan C. Dengan itu pasukan Terengganu berjaya ke peringkat suku akhir.
Diperingkat suku akhir pasukan Terengganu menang 3-1 dengan pasukan Melaka lalu melayakkan diri keperingkat separuh akhir, namun pasukan Terengganu tewas ditangan Selangor 3-1, lalu melayakkan pasukan Terengganu mendapat tempat ke-empat CUP Kebangsaan 2017.
Manakala pasukan perempuan Terengganu dimana seorang wakil dari SKKFST adik Husna Ain Shuhada bt Khairullizam berjaya menjulang Naib Johan 'Plate' dan tempat Ke-6 Kebangsaan 2017.
Ucapan Tahniah kepada pasukan  Bola Tampar L12 dan P12.Sekalung tahniah juga kepada jurulatih-jurulatih yang terlibat.
Adik Noraiman Shah bin Norazlan Shah O'brien menerima Anugerah Khas MSSM 2017
Pada majlis penutup Kejohanan Bola Tampar MSSM 2017 tersebut, sekali lagi menyaksikan anak didik SKKFST menjulang Anugerah Khas Kejohanan.TAHNIAH dan SYABAS kepada Adik Noraiman Shah bin Norazlan Shah O'brien di atas penganugerahan SERVER TERBAIK MSSM 2017.Anda sememangnya hebat.


Sunday 26 March 2017

UCAPAN TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT TUAN GURU BESAR

Warga SKKFST amat berbesar hati mengucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada Tuan Guru Besar SK Kampung Fikri Sungai Tong, Encik Zainuddin bin Dollah atas kejayaan kenaikan pangkat ke gred DG44 yang diterima semalam. Semoga dengan kejayaan ini beliau akan terus memberi perkhidmatan dengan cemerlang dan seterusnya dapat menyumbangkan bakti kepada sekolah ini.
Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Pendidikan Malaysia YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid dalam satu majlis sempena Program Jelajah Pendidikan Dan Penerangan Dasar KPM di Negeri Terengganu 2017.Majlis tersebut diadakan semalam iaitu 26 Mac 2017 bertempat di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
Kenaikan pangkat DG44 secara time-based berasaskan kecemerlangan (TBBK) itu turut diterima oleh 56 orang lain bersama Tuan GB SKKFST.
SYABAS DAN TAHNIAH SEKALI LAGI...

Wednesday 15 March 2017

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA MURID DAN WARGA PENDIDIK



Begitu pantas masa berlalu…cuti sekolah penggal pertama 2017 akan bermula esok…Selamat bercuti kepada semua guru dan murid mulai 17 Mac - 25 Mac 2017. Semoga percutian dapat memberikan manfaat kepada guru terutamanya, yang melepaskan rindu untuk pulang ke kampung masing - masing bagi mengisi masa lapang dan rehat setelah penat mengajar. Kepada murid -  murid pula, jangan lupa mengulangkaji pelajaran di rumah terutamanya yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2017. Ingat tu, walau bercuti menyeronokkan, akan tetapi keselamatan semasa pulang ke kampung juga perlu juga dititikberatkan agar keselamatan pergi dan balik juga selamat. Semoga semua murid dan guru sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.
Selamat bercuti....


PERHATIAN!!!
SEKOLAH AKAN DIBUKA SEMULA PADA 26 MAC 2017 (AHAD)…HARAP MAKLUM!!!