...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 16 March 2013

RENUNGAN NURANI AHAD

 

Sunyi sepi menghiasi hari demi hari, berganti sesal
meluluhlantakkan jiwa yang tak mendengar bisikan Ilahi
detik waktu bergulir serasa debu yang tersapu badai,
menyisakan qalbu yang menangisi amal yang tak diperbuat
ruang hidup terbias tak bermakna
menelurkan bibit-bibit yang menggerogoti setiap gelora yang mulai berkibar

beruntung nurani tak pernah mati digumul jutaan nafsu sekalipun
kerana hakikatnya memang hanya Engkau yang menduduki singgahsana nuraniku
bagai cahaya lilin yang mulai menerangi setiap suduk gelap
hangat, indah juga menentramkan setiap sel penyangga tubuh ini

duhai Sang Pemilik Hati,
ampuni diri ini yang tak setia mentaatiMu,
maafkan diri ini yang tak sempurna mencintaiMu
duhai Sang Pemilik Semesta,
genggam hatiku yang mudah rapuh dengan limpahan HidayahMu
rengkuh tubuhku yang mudah lelah ini dengan jutaan RahmatMu

ku berharap
penghambaanku sentiasa berkesinambungan
hingga berakhir dalam khusnul khotimah
 

Wednesday 13 March 2013

KEJOHANAN CATUR MSST TERENGGANU 2013

 ADIK SYAHIRA BINTI SHAMSUDDIN
ADIK NUR AFIQA SAKINAH BINTI HJ.HASSAN

Marang- Kejohanan Catur MSST Terengganu  telah diadakan pada 7-9 Mac 2013 bertempat di Dewan SMK Tengku Lela Segara.Kategori yang dipertandingkan dikejohanan tersebut ialah Lelaki Bawah 12 Tahun (L12) dan  Perempuan Bawah 12 Tahun (P12). Seperti biasa, SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) turut menghantar wakil disetiap pertandingan.

Tahniah kepada Adik Syahira binti Shamsuddin & Adik Nur Afiqa Sakinah binti Hj.Hassan telah menduduki  tempat ke-3 sekaligus membantu team P12 Setiu dalam kategori  berkumpulan Perempuan Bawah 12....warga SKKFST amat berbangga dengan kejayaan kalian.
Aksi SiCilik mempamerkan bakat bermain catur.Semoga boleh menjadi pelapis pada generasi hari ini.InsyaAllah...
Sebahagian daripada guru yang hadir memberi sokongan kepada peserta.

Wednesday 6 March 2013

PERTANDINGAN KO AKADEMIK BAHASA MELAYU ZON SETIU TIMUR 2013

Pertandingan Ko-Akademik Bahasa Melayu Peringkat Zon Setiu Timur telah diadakan pada 06 Mac 2013 
( Rabu ) bertempat di Dewan SK Kampung Jaya Setiu.
Adik Nur Fasihah Izyan binti Norudin dengan cerita bertajuk Burung Punai Dan Sang Semut telah memenangi tempat ke-2
Adik Nur Afiqa Sakinah binti Hj.Hassan dengan cerita bertajuk SiTanggang telah memenangi tempat ke-3
Adik Nur Najihah binti Hj.saifuddin dengan pidato bertajuk Kokurikulum Pemangkin Generasi Gemilang
Peserta bersama guru-guru pengiring

Tahniah kepada semua wakil SKKFST...walaupun sesi latihan kurang dari seminggu sahaja,tetapi anda telah membuktikan bahawa anda mampu menyahut cabaran......kesungguhan kalian membuatkan kami Warga SKKFST  sangat bangga....Kita cuba lagi tahun depan....
 


Saturday 2 March 2013

RENUNGAN AHAD

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

SELAMAT MENYAMBUT HARI PERTABALAN D.Y.M.M SULTAN TERENGGANU 2013

4 MAC 2013,seluruh rakyat Terengganu akan bercuti sempena hari Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.Daulat Tuanku..rakyat sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah.