...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 28 October 2013

PEMANTAUAN PELAKSANAAN i-THINK

 

 
 
 



PEMANTAUAN SEKOLAH DAERAH SETIU SEMPENA MESYUARAT PENGURUSAN JPNT BIL 5/2013



TARIKH : 21 OKTOBER 2013
MASA : 8.00 - 10.00 PAGI
SKOP PEMANTAUAN : PENGURUSAN KURIKULUM
 
PEGAWAI TERLIBAT :
1. EN.GHANI BIN AWANG ( KETUA SEKTOR,SEKTOR PSIKOLOGI & KAUNSELING )
2. TUAN HAJI AB HALIM BIN HJ HASSAN ( PPD BESUT )
3. EN.ROSLI BIN CHIK ( KETUA PENOLONG PENGARAH SPS )


 

CERAMAH MOTIVASI " KEMENJADIAN MURID "

Setiu - Satu ceramah motivasi Kemenjadian Murid untuk murid lepasan UPSR  telah diadakan pada 21 Mac 2013 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Ceramah yang bertajuk “Cabaran Alam Remaja Masa Kini” ini bertujuan memberi pendedahan dalam persediaan mental dan fizikal murid sebelum melangkah ke alam sekolah menengah yang mana pelbagai cabaran akan dilalui mereka nanti.Ceramah telah disampaikan oleh ahli panel iaitu Cikgu Yusri bin Abdullah, seorang guru dari SMK Sungai Tong. Pihak pengurusan SKKFST mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana sudi hadir bersama dengan murid SKKFST lebih kurang 2jam itu.

 



 

Sunday 13 October 2013

SALAM AIDILADHA 1434H 2013M

Salam Aidiladha daripada warga SKKFST

LAWATAN BERMAKLUMAT KE MELAKA DAN KUALA LUMPUR

Khamis,10 Okt 2013 - Lawatan Bermaklumat 2013 telah diadakan dengan jayanya. Destinasi pada tahun ini adalah Bandar Melaka dan Kuala Lumpur.Rombongan Lawatan Bermaklumat seramai 35 orang murid dengan diiringi 5 orang guru yang diketuai oleh Cikgu  Md Hesham, Cikgu Mohd Sabri, Cikgu Wan Izimi,Cikgu Rosliwati dan Cikgu Nor Azlah telah melawat Zoo Melaka dan beberapa tempat menarik di sekitar Melaka pada 11 Okt yang lalu.Pada 12 Okt rombongan ke Kuala Lumpur pula untuk melawat beberapa tempat menarik dan bermaklumat di sana. Murid-murid yang menyertai rombongan tersebut terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan 6.









Semua peserta seronok dan ingin menyertai lagi lawatan pada tahun akan datang. Kami bertolak pulang ke Terengganu lebih kurang jam 8.30 malam dan selamat tiba di hadapan Kilang Sawit Sungai Tong  jam 4.30 pagi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Lawatan Bermaklumat 2013 ini. Ketua Rombongan turut menyatakan ucapan Terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program tersebut.

Wednesday 9 October 2013

KEM KEMANISAN IMAN MURID TAHUN 6 SEKOLAH ZON SETIU TIMUR 2013

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayang-NYA, Kem Kemanisan Iman Murid Tahun 6 Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur 2013 Peringkat Daerah Setiu telah berlangsung dengan jayanya pada 08 – 09 Oktober 2013 bertempat di SK Kampung Fikri ( Sg Tong ),Setiu. Program ini merupakan anjuran pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Setiu dibawah kelolaan Unit Pendidikan Islam dengan kerjasama Ketua-Ketua Panitia Agama Islam Sekolah-Sekolah Zon Setiu Timur yang telah diberi mandat untuk mengurus perjalanan program. Matlamat program ini adalah untuk mendedahkan murid-murid tentang hala tuju kehidupan " Pra-Remaja "yang sebenar dengan berpegang kepada prinsip akidah yang kukuh.
 Taklimat Program oleh Ustaz Mohammad bin Said ( Unit Pendidikan Islam PPDS )

Program selama 2 hari ini mensasarkan beberapa objektif utama iaitu membina jati diri dan sahsiah melalui pemahaman akidah yang mantap, Amali solat sunat dhuha, Amali wuduk dan solat, Amali mandi wajib dan Amali cara bertayammum serta Tazkirah untuk melahirkan murid yang iltizam serta istiqomah dalam melaksanakan tuntutan agama dalam kalangan murid. Seramai 105 orang murid tahun 6 dari 11 buah sekolah Zon Setiu Timur telah berpeluang menyertai Kem Kemanisan Iman ini. Para peserta telah dibahagikan mengikut kumpulan dan diketuai oleh seorang Fasilitator dikalangan guru pendidikan Islam sekolah masing-masing. Alhamdulillah, dengan kerjasama daripada seramai 11 orang Fasolitator, program ini telah berjaya di jalankan dengan jayanya.
Antara aktiviti Latihan Dalam Kumpulan ( LDK ) yang dijalankan sepanjang Kem diadakan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, dengan izin-NYA, maklumbalas yang diterima daripada para peserta amat memberangsangkan dan diharapkan semoga ukhuwwah yang terbina ini terus menjadi rantai untuk meneruskan perjuangan kita dalam mengangkat islam di mata dunia. InsyaALLAH. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada pihak PPD Setiu kerana telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) selaku tuan rumah untuk program "Kem Kemanisan Iman Murid Tahun 6 Sekolah Zon Setiu Timur 2013" untuk menjayakannya buat julung-julung kalinya.

Monday 7 October 2013

TINJAUAN WAKIL KPM KE SURAU AL-NUR

Sunday 6 October 2013

KARNIVAL i-THINK 2013

Kuala Terengganu - Semalam telah berlangsung satu Karnival i-THINK bertempat di SK Pusat Bukit Besar. Sebagai sekolah Rintis i-THINK SKKFST telah menghantar 5 orang murid kekarnival tersebut bersama guru pengiring,cikgu Nor Azlah binti Azizan.




Saturday 5 October 2013

UJIAN KOMPENTENSI ICT BAGI GURU DAN PENTADBIR

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah ujian ICT yang merupakan komponen di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Semua GURU dan PENTADBIR WAJIB menjawab semua soalan mengikut tempoh tarikh dan masa yang ditetapkan.

Sistem Analisa Kompetensi Kementerian Pendidikan Malaysia


Sila ikut tarikh seperti berikut untuk menggelakkan kesesakkan sistem:
26 Sep - 02 Oct 2013 - Perlis, Perak dan Melaka
03 Oct - 08 Oct 2013 - Kelantan, Terengganu dan Pahang
09 Oct - 16 Oct 2013 - P.Pinang, Kedah dan Kuala Lumpur
17 Oct - 22 Oct 2013 - Negeri Sembilan dan Johor
23 Oct - 31 Oct 2013 - Sabah, Sarawak, Labuan dan Selangor




Klik link di bawah untuk mulakan Ujian ICT anda!


Arahan Penting:
1) JANGAN GUNAKAN BUTANG 'BACK' di browser untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
2) SEKIRANYA BERLAKU KELEWATAN SISTEM ATAU INTERNET PERLAHAN, JANGAN TEKAN BUTANG 'SETERUSNYA' BERULANG KALI untuk menggelakkan masalah ketika mengambil ujian.
3) SEKIRANYA SISTEM TIDAK ADA RESPON, ANDA BOLEH LOG KELUAR DAN TUTUP SEMUA BROWSER DAN BUKA BROWSER YANG BARU UNTUK SAMBUNG MENGAMBIL UJIAN.
4) Nombor kad pengenalan adalah sulit dan peribadi. Jangan berkongsi untuk ujian ini.
5) Log keluar selepas selesai sesi ujian.
6) Pastikan guna skrin browser yang baharu (dimana tutup dan buka skrin browser)
7) Tutup browser selepas menggunakan sistem ini.



Makluman:
* Sekiranya mempunyai masalah semasa "Log Masuk" sila hubungi HELPDESK di talian 03-77310327 atau di email helpdesk@opulens-sa.com
* Pihak HELPDESK tidak mengeluarkan sebarang keputusan ujian. Keputusan hanya dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG).

PROJEK MEGA PONDOK BACAAN





Tuesday 1 October 2013

PERKHEMAHAN PUTERI ISLAM PERINGKAT DAEARAH SETIU 2013

Alhamdulillah...Perkhemahan Puteri Islam Peringkat Daerah telah berakhir dengan jayanya bermula 29 September  hingga 1 Oktober 2013. Seramai sebelas orang ahli Puteri Islam SKKFST  telah menyertai perkhemahan Puteri Islam peringkat Daerah Setiu. Perkhemahan ini telah diadakan di Kem Merbau Menyusut,Setiu. Ahli Puteri Islam SKKFST diiringi oleh beberapa orang guru pengiring bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.


 Khemah didirikan pada 29 September 2013

Kerjasama membina gajet

Pertandingan memasak dadih dan Roti Gulung - walaupun tak menang sekurang-kurangnya kami mencuba.

Makan dulu sebelum berangkat pulang.

Terima kasih daun keladi kepada 4orang pengakap yang turut serta turun membantu puteri-puteri di tapak perkhemahan.Jasa anda dikenang.