...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Tuesday, 31 March 2015

WELCOME APRIL !!!

Image result for 1st april 
It's April...where has the time gone !!!

CERAMAH & PAMERAN KESIHATAN DAERAH SETIU

Ucapan pengerusi majlis dan Tuan Guru Besar SKKFST
Kes demam denggi semakin bertambah di negara kita dari sehari ke sehari. Demam denggi yang berpunca dari gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus flavivirus ke dalam salur darah manusia yang boleh menyebabkan demam denggi berdarah malah turut mengakibatkan kepada kematian.
Menyedari tentang bahayanya penyakit tersebut, pihak sekolah telah dikunjungi oleh Pihak Pejabat Kesihatan daerah Setiu semalam. En.Muhammad Muhaswadi bin Muhammad, Penolong Pegawai Perubatan Daerah Setiu telah memberi ceramah yang telah diadakan pada 30 Mac 2015 bertempat di Makmal Komputer SKKFST. Murid-murid telah didedahkan tentang bahaya nyamuk aedes, tempat-tempat pembiakan nyamuk, cara-cara mengawal denggi, simptom demam denggi dan rawatan demam denggi melalui ceramah dan sesi soal jawab. Murid-murid yang menjawab telah diberi cenderahati. Selain itu ada pameran mengenai bahaya aedes di sudut makmal.
Melalui program ini diharapkan warga SKKFST dapat menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya cara hidup sihat, memupuk sikap keperihatinan dan komitmen yang tinggi tentang pendidikan pencegahan denggi serta dapat mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih, selamat, kondusif dan bebas daripada pembiakan nyamuk aedes.
Antara bahan pameran yang ditunjukkan kepada warga SKKFST
Semasa sesi ceramah diadakan oleh pegawai kesihatan
Murid-murid sedang menjawab soalan kuiz yang telah disediakan
Sesi soal jawab dan hadiah disediakan kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan tepat
 Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu kerana sudi datang berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang bahayanya denggi ini.Semoga dengan pengetahuan tersebut murid-murid sentiasa dapat mengamalkan kebersihan samada di rumah ataupun di sekolah.


Sunday, 29 March 2015

UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 SARINGAN 1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Murid Bakat Pintar Cerdas bagi murid berumur 8-15 tahun melalui ujian saringan UKM 1 telah pun selesai diadakan untuk murid SKKFST yang melibatkan semua murid Tahun 2 hingga Tahun 6. Jutaan Terima Kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama untuk menjayakan program tersebut.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Murid Bakat Pintar Cerdas bagi murid berumur 8-15 tahun melalui ujian saringan UKM 1 t

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Murid Bakat Pintar Cerdas bagi murid berumur 8-15 tahun melalui ujian saringan UKM 1 t

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Murid Bakat Pintar Cerdas bagi murid berumur 8-15 tahun melalui ujian saringan UKM 1 telah bermula pada 1 Februari 2015 dan akan berakhir pada 31 Mei 2015.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
  1. REMAJA BERUSIA 8 TAHUN HINGGA 15 TAHUN SAHAJA
  2. HANYA SAH DILAKSANAKAN DI ATAS TALIAN SAHAJA (ONLINE)
  3. SILA KE http://ukm1.permatapintar.edu.my/ UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI ATAS TALIAN..
  4. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI : http://www.permatapintar.edu.my  
  5. Nota: Keputusan pelajar yang layak untuk mengambil Ujian Dalam Talian UKM2 akan diberitahu kelak. Sila layari laman utama PERMATApintar www.ukm.my/permatapintar pada bulan Julai 2015
Sukacita dimaklumkan bahawa Pencarian Murid Bakat Pintar Cerdas bagi murid berumur 8-15 tahun melalui ujian saringan UKM 1 telah bermula pada 1 Februari 2015 dan akan berakhir pada 31 Mei 2015.

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Saturday, 28 March 2015

HUJAN RAHMAT....

Image result for hujan rahmat membasahi bumi 
ALHAMDULILLAH....Hanya itu ucapan yang mampu digambarkan pada saat hujan mula turun mencurah-curah membasahi bumi sejak pagi tadi.Bumi yang sudah kering akibat sudah berbulan-bulan dilanda kemarau yang teruk. Disaat tumbuh-tumbuhan kering akibat cuaca yang terlalu panas.Hujan yang lama dinantikan. Hujan yang sangat diharapkan. Agar membasahi tumbuhan yang semakin kekuningan.

Bersyukurlah kita dengan apa yang dikurniakan. Sedarlah kita dengan musibah yang satu persatu ditunjukkan. Moga ALLAH permudahkan segalanya. Aminn.

PENYAMPAIAN ANUGERAH KEPADA MURID YANG BERJAYA

TAHNIAH KEPADA SEMUA MURID YANG TELAH BERJAYA DALAM SEMUA BIDANG YANG BERLANGSUNG PADA BULAN MAC.

MURID TAHUN 1 MENGENAL KOMPUTER

komputer
Murid-murid senang mengikuti PdP TMK di makmal komputer.

KANGGAROO MATHS COMPETITION 2015

Year 4-6
Time : 8.30 - 9.45
Computer Lab


Wednesday, 25 March 2015

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) ZON SETIU TIMUR 2015

TARIKH : 26 MAC 2015
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK KAMPUNG JAYA
ACARA :  1. Tilawah Al-Quran
  2. Hafazan
                                       3. Bercerita Kisah-Kisah Al-Quran
 4. Nasyid

Pasukan Nasyid Sekolah - Naib Johan
Hadiah disampaikan oleh wakil MGB merangkap Guru Besar SK Kampung Fikri ( Sg Tong )
Bercerita Kisah Al-Quran - Naib Johan ( Adik Daniel Zameer Shah bin Mohd Sabri )
Tilawah Al-Quran - Tempat Ke-3 ( Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin )
Peserta Hafazan - Adik Irdina Hidayati & Adik Danish Hakeemi
Tahniah walaupun hanya sekadar penyertaan.Cuba lagi dilain masa.
TAHNIAH & SYABAS  diucapkan kepada semua yang berjaya termasuk guru-guru pembimbing yang tidak pernah kenal erti penat lelah melatih semua peserta....kepada yang tidak berjaya usah berputus asa...kita cuba lagi dilain waktu.





Setiu - 17 Mac 2014 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU TIMUR telah diadakan bertempat di SK Kampung Jaya.Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti: * Tilawah Al-Quran * Hafazan * Bercerita Kisah Al-Quran * Nasyid

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt
Setiu - 17 Mac 2014 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU TIMUR telah diadakan bertempat di SK Kampung Jaya.Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti: * Tilawah Al-Quran * Hafazan * Bercerita Kisah Al-Quran * Nasyid

Copy and WIN : http://ow.ly/KfYkt

KANGGAROO MATHS COMPETITION 2015

PreSchool & Year 1-3
KANGAROO MATH COMPETITION DAY   
26.MARCH.2015 
Time : 8.00 - 9.30 am

GST ????

Tranungkite
Panduan Pembeli Senarai Barang Kena Dan Tidak Kena GST 2015 . Seperti yang pengguna Malaysia sedia maklum, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST 2015) dengan kadar enam peratus akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula bulan April 2015. Sebelum ini ada barangan yang dikenakan cukai SST 10 peratus yang dimasukkan dalam harga jualannya. GST dengan kadar enam peratusakan menjadikan beberapa barangan pengguna ini dijangka lebih murah.

Antara barangan yang di jangka akan turun selepas pengenalan GST 2015 adalah:
  • Harga set televisyen
  • Peti sejuk
  • Pendingin hawa
  • Seterika
  • Pengering rambut
  • Lampin
  • Minuman ringan
Berikut pula antara barangan yang mungkin naik harga disebabkan ianya tidak dikenakan cukai sebelum ini
  • Komputer
  • Komputer riba
  • iPad
  • Telefon bimbit
  • Jam tangan
Barangan kosmetik termasuk gincu dan pengilat kuku
Tidak akan ada GST untuk makanan keperluan seperti
  • Ayam
  • Daging lembu
  • Daging kambing
  • Ikan
  • Itik
  • Ikan
  • Telur
  • Ikan bilis
  • Beras
  • Roti
  • Sayur-sayuran segar dan buah-buahan
  • Minyak kelapa
  • Minyak masak kacang tanah
  • Minyak kelapa
  • Susu bayi
  • Petrol RON95 dan diesel
  • Tol
  • Pengangkutan awam
Barangan makanan bukan keperluan walaubagaimanapun dikenakan GSTseperti
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Mi cawan
  • Tempe
  • Keju
  • Marjerin
  • Telur puyuh
  • Minyak jagung
  • Minyak zaitun
  • Biskut
  • Donat
  • Croissant coklat

Tuesday, 24 March 2015

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA SKKFST VS SKKR

SKKFST VS SKKR
Pada 24 March 2015 (Selasa), Perlawanan Persahabatan Bola Tampar kali ke-2 pada tahun ini telah berlangsung Di Arena Bola Tampar SKKFST. Perlawanan itu adalah antara tuan rumah menentang SK Kampung Raja, Besut. Perlawanan ini dijalankan di gelanggang bola tampar SKKFST pada pukul 3.30 petang hingga pukul 5.30 petang.  Perlawanan tersebut berpihak kepada tuan rumah yang mana SKKFST telah menang 2-0 untuk pasukan lelaki manakala seri 1-1 untuk pasukan perempuan.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan yang telah berjaya. Diharapkan para pemain meneruskan usaha untuk terus mencapai kecemerlangan.

Tujuan perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kedua-dua sekolah terutama dikalangan murid-murid supaya mereka tidak takut untuk berdepan dengan pihak lawan walau di mana mereka berjuang.Sekali lagi bagi pihak pengurusan sekolah,  kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi datang ke tempat kami.
"warming-up" sebelum perlawanan bermula
 
Aksi-aksi Perlawanan pasukan lelaki
Aksi-aksi Perlawanan pasukan perempuan
Perlawanan tersebut diakhiri dengan sedikit jamuan makan petang yang disediakan untuk tetamu.

" Candid Camera" 
[ *jgn marah admin...hanya untuk suka2 :) ]
sekian..................................... :))