...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 29 February 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SETIU

29 Feb 2016 ( Isnin ) - PKG Daerah Setiu telah mengadakan majlis pemilihan tokoh nilam kategori Menengah dan Rendah peringkat Daerah 2016.Majlis telah diadakan di PKG Permaisuri bermula jam 9.00 pagi.Seorang calon daripada Tahun 6 telah dipilih untuk menyertai Program tersebut.TAHNIAH adik Alia Shahira binti Surhan.
Peserta bersama Guru Nilam, Ustazah Aini Salmy bt Azam


Sunday 28 February 2016

PROGRAM PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM 2016

Tarikh : 23-02-2016 (Selasa)
Tempat : Kampung Sekitar Sekolah
Penglibatan : Semua unit beruniform SKKFST

Tahniah dan syabas semua warga SKKFST !!!

Satu perarakan telah diadakan yang terdiri daripada Badan Beruniform Sekolah yang melibatkan semua murid tahap 2 serta guru-guru SK Kampung Fikri Sg Tong. Ianya merupakan arahan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu yang diadakan secara serentak di seluruh Negeri Terengganu. 
Sekalung tahniah di ucapakan kepada semua yang terlibat...Syabas..
Jutaan terima kasih dan sekalung budi juga diucapkan kepada beberapa orang anggota RELA kawasan berdekatan kerana telah bertugas dalam memastikan keselamatan murid-murid sepanjang aktiviti berjalan.
Taklimat dan Amanat disampaikan oleh GPK HEM dan GPK KOKO

Saturday 27 February 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR P12 DAERAH SETIU


22 FEBRUARI 2016 ( ISNIN ) , bertempat di SK LEMBAH JAYA,SETIU, pasukan bola tampar perempuan SKKFST telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu yang mana melibatkan 9 pasukan.  Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah telah berjaya merangkul gelaran JOHAN pada pertandingan tersebut mengikut jejak langkah pasukan lelaki.  

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Kejohanan tersebut.
Semoga pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Tahniah!!!! 

KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 DAERAH SETIU

21 FEBRUARI 2016 ( AHAD ) , bertempat di SK LEMBAH JAYA,SETIU, pasukan bola tampar lelaki SKKFST telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu yang mana melibatkan 11 pasukan.
 Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah telah berjaya merangkul gelaran JOHAN pada pertandingan tersebut. 
Taklimat peserta yang disampaikan oleh juruteknik Bola Tampar Daerah Setiu
Semoga pencapaian ini akan menjadi penanda aras untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Tahniah!!!!Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan tersebut.

Saturday 20 February 2016

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR 2016 ( SKKFST VS IMTIAZ SETIU )

Pada 17 Februari 2016 (Rabu), Rombongan dari IMTIAZ SETIU telah datang ke Arena Bola Tampar SKKFST untuk satu Program Perlawanan Persahabatan Bola Tampar 2016, IMTIAZ SETIU juga merupakan tetamu SKKFST  pertama untuk tahun 2016. Perlawanan ini dijalankan di gelanggang bola tampar sekolah pada pukul 3.15 petang  hingga pukul 4.45 petang.  Pasukan bola tampar SKKFST  telah berjaya memonopoli kedua-dua kategori pada petang tersebut.
Syabas dan taniah diucapkan kepada pasukan kerana  berjaya membuktikan bahawa SKKFST disegani dalam Arena Sukan Bola Tampar. Diharapkan para pemain meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.

Rombongan tiba tepat jam 3.15 petang disambut mesra oleh guru-guru dan pasukan Bola Tampar sekolah.
Penyerahan Cenderakenangan sebelum perlawanan dimulakan.
Perlawanan Kategori lelaki
Perlawanan kategori Perempuan.
Terima kasih keranan sudi berkunjung ke SKKFST...
Kalau Ada Sumur Di ladang
Boleh Saya Menumpang mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Boleh Kita Berjumpa lagi

Monday 15 February 2016

Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Setiu 2016



14 Feb 2016 ( Isnin ) ~ 4  orang wakil murid dari SKKFST telah terpilih untuk mewakili pasukan dari Zon Setiu Timur. Latihan pusat diadakan selama 3 hari bertempat di SKKFST manakala perlawanan diadakan pada 14 Feb  bertempat di SK Sungai Lerek.
TAHNIAH....kerana berjaya merangkul JOHAN menewaskan Zon-Zon yang lain.Syabas juga diucapkan kepada para jurulatih dan pengurus pasukan kerana berjaya melatih pasukan sehingga sampai ketahap ini.


Sunday 14 February 2016

Selamat Datang Guru Baru

Belum terlambat rasanya admin ingin mngucapkan selamat datang kepada guru 

baharu PN ROSMANIYAH BINTI ABD RAZAK....Admin baru sahaja berkesempatan

mengambil gambarnya..Selamat Datang Dan Selamat Menjadi sebahagian daripada 

Keluaraga SKKFST...Lebih mesra dengan panggilan Ustazah Mia dikalangan rakan-

rakan guru dan murid-murid SKKFST..Sebelum ini Ustazah Mia mengajar di SK Tayor.

Warga SKKFST mangalu-alukan kedatangan Ustazah, semoga dengan 

kehadiran Ustazah SKKFST terus  gemilang dan cemerlang dalam semua bidang.

Saturday 13 February 2016

KEJOHANAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR 2016


 Tahniah !!!! Emas pertama di bawa pulang ke bumi SKKFST Tahun 2016.

Tarikh: 3 - 4 Februari 2016

Tempat: SK Seri Langkap


JOHAN: SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )
NAIB JOHAN: SK KG BUKIT
KETIGA BERSAMA : SK PAK BA +  SK SUNGAI TONG

Tahniah diucapkan kepada semua pemain bola jaring yang berjaya mencipta kemenangan dan mendapat tempat dalam kejohanan kali ini.
Tahniah juga diucapkan buat jurulatih bola jaring SKKFST Cikgu Nor Azlah bersama team atas kesungguhan melatih pemain-pemain sehingga mencipta kejayaan.
Semoga pasukan sekolah kita akan terus melakar kejayaan di masa akan datang.Tahniah!






Kehadiran GB turut memberi semangant kepada pasukan pada hari itu.