Wednesday 27 September 2017
Tuesday 26 September 2017
PROJEK 1 PASCA UPSR 2017
at
17:40
Alhamdulillah...selesai sudah UPSR untuk tahun ini. Sekolah-sekolah kini
pastinya membuat persiapan untuk aktiviti-aktiviti Pasca UPSR untuk
murid-muridnya.
Tidak ketinggalan kami warga SKKFST membuat program-program yang pastinya bermanfaat kepada murid. Untuk projek pertama, murid-murid didedahkan dengan acara masak memasak. Pelbagai karenah perangai yang dapat dilihat samada lelaki atau perempuan.Daripada program itulah kita sebagai penilai dapat melihat kebolehan dan kelebihan setiap murid.Hasilnya juga tidak mengecewakan.
Untuk projek kedua Pasca UPSR, pihak sekolah telah merancang lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur kepada murid tahun 6, lawatan akan diadakan pada 28-30 September 2017.
Inilah hasilnya..agak kreatif dan nampak sedap...:)
Tuesday 12 September 2017
SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
at
19:44
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk
memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada
tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara,
Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963
namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia
disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa
isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan
Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang
sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di
Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Sunday 10 September 2017
Wednesday 6 September 2017
ALHAMDULILLAH...SOLAT HAJAT PERDANA UPSR
at
00:06
6 Sept 2017 - Alhamdulillah...usai solat Zuhur berjemaah di Masjid Bukit Nenas sebentar tadi, Majlis Solat Hajat sempena peperiksaan UPSR yang akan
berlangsung pada 11 hingga 14 September 2017 telah berjaya dilaksanakan. Majlis yang dianjurkan oleh Unit UPSR
dengan kerjasama Panitia Agama ini telah melibatkan Semua murid tahun 6, semua guru dan ibu bapa calon UPSR pada tahun ini.
Objektif
- Melahirkan kesedaran murid
agar sentiasa berserah dan memohon kepada Allah setelah melakukan pelbagai
usaha dan ikhtiar
- Menyedarkan ibu bapa
mengenai peranan ibu bapa dalam kejayaan anak.
- Berkongsi mengenai ilmu
keibubapaan khususnya dalam amalan-amalan yang dapat membantu
pembelajaran anak.
- Merapatkan hubungan silaturrahim antara ibu
bapa dengan guru
Secara keseluruhannya, majlis ini telah berjalan lancar seperti yang
dirancang. Majlis ini selesai pada pukul 2.00 petang
Jutaan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua pihak.
Murid
juga turut memberi respon yang baik sepanjang majlis. Ramai para ibu bapa yang hadir dan turut sama
membantu menjayakan majlis ini.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pihak yang telah menyumbangkan jamuan makan dan aiskrim kepada tetamu pada majlis solat hajat UPSR.Segala jasa baik tuan puan hanyalah Allah sahaja yang membalasnya.
INIILAH CALON-CALON UPSR PADA TAHUN 2017.SEMOGA KEJAYAAN MENGIRINGI KAMU SEMUA. AMIINN.......
Tuesday 5 September 2017
KITA SAMA JUARA....WELL DONE
at
00:08
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN: KARNIVAL BOLA TAMPAR B11 & 16 TAHUN MSST 2017
TEMPAT : SMK BUKIT NENAS ( Sekolah Sukan Negeri Terengganu ), Setiu
TARIKH : 24 - 25 OGOS 2017
HARI : KHAMIS - JUMAAT
RESULT : NAIB JOHAN MSST ( L11 )
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan Bola Tampar SKKFST yang sudah mewakili Daerah Setiu kePeringkat Negeri dalam Karnival Bola Tampar B11 MSST pada hujung minggu yang lepas.Setelah berhempas pulas, akhirnya pasukan telah menang dalam kategori kumpulan. Kemenangan terus berpihak kepada pasukan Setiu pada pusingan separuh akhir bertemu pasukan Besut dengan mata 30-25.
Akhirnya Pasukan Setiu terus mara keperingkat Akhir. Ternyata rezeki masih bukan milik kita apabila tewas ditangan Pasukan Hulu Terengganu dengan mata 30-11. Dengan itu Pasukan Setiu hanya mendapat Naib Johan MSST B11 bagi pasukan lelaki pada kali ini. Walau bagaimanapun Warga SKKFST tetap berbangga kerana mereka telah mencapai kejayaan ketahap ini, mereka langsung tidak patah semangat untuk menghadapi pihak lawan tetapi hanya rezeki tidak menyebelahi mereka.Syabas dan Tahniah kepada semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
Monday 4 September 2017
KURANG LEBIH SEMINGGU....BERSEDIAKAH ANDA WAHAI CALON UPSR ???
at
18:06
Moga dipermudahkan oleh ALLAH. Bittaufiq wannajah biiznillah..
Be The Best !! Do The Best !! All The Best !!
Sebelas tip untuk membantu anda dalam peperiksaan :
1. |
Datanglah dengan bersedia dan lebih awal |
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pensel, pen, kalkulator, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan. |
|
2. |
Tenang dan percayakan diri sendiri |
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik. |
|
3. |
Bersantailah tapi berhati-hati |
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak. |
|
4. |
Preview soalan-soalan terlebih dahulu |
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan-soalan secara mendalam, tandakan kata-kata kunci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dahulu, baru soalan yang sukar.. Ketika anda membaca soalan, catatkan juga idea-idea yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan. |
|
5. |
Jawab soalan secara strategik |
Mulakan dengan menjawab soalan mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan-soalan yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang harus anda jawab adalah:
|
|
6. |
Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih |
Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang anda lakukan. |
|
7. |
Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis |
Buat rangka karangan secara ringkas untuk esei dengan mencatat dahulu beberapa idea yang akan ditulis. Kemudian susun idea-idea tersebut mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu. |
|
8. |
Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya |
Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu. |
|
9. |
Bahagikan 10% waktu anda untuk memeriksan jawapan |
Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas. |
|
10. |
Analisa jawapan anda |
11. |
Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.Berdoa dan bertawakkal kepada ALLAH S.W.T |
Subscribe to:
Posts (Atom)