...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 26 March 2014

PROGRAM CUTI SEKOLAH

Alhamdulillah...cuti sekolah penggal pertama kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada murid Tahun 6. Kelas interaktif yang mana murid diberi keutamaan untuk menjawab soalan secara atas talian iaitu Zomm-A dan Tutor TV.Com. Kelas tersebut bermula pada jam 9.15 - 10.15 pagi setiap hari. Selepas kelas interaktif murid akan berada di dalam kelas untuk menyambung kelas bersama guru mengikut jadual.

Wednesday 19 March 2014

SELAMAT BERCUTI

Hari ini merupakan hari terakhir bagi sesi pertama persekolahan tahun 2014.Esok bermulalah cuti pertengahan penggal 1 bagi sekolah-sekolah pantai timur Malaysia.Cuti bermula 21-29 Mac 2014.Selamat bercuti untuk semua dan jaga diri.

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR 2014

19 Mac 2014 - Unit Kokurikulum SKKFST telah mengadakan satu perlawanan persahabatan Bola Tampar peringkat sekolah antara sekolah menegah dan sekolah rendah.Pasukan sekolah menengah itu juga merupakan bekas murid SKKFST dan buat pertama kalinya semalam satu perlawanan diadakan setelah gelanggang bola tampar siap dibina.Perlawanan semalam menyaksikan pihak lawan telah menguasai semua permainan, walaubagaimanapun pasukan SKKFST menunjukkan prestasi yang membanggakan juga apabila mata antara kedua-dua pasukan tidaklah begitu jauh bezanya.
Admin mengucapkan sekalung tahniah kepada Unit Ko SKKFST atas kejayaan mengadakan perlawanan sebegitu.Semoga kita dapat mengelola satu lagi perlawanan yang berprestij selaras dengan SKK Kebitaraan Bola Tampar yang dipegang sekarang.
Barisan Belakang : Sekolah Menengah
Barisan Hadapan :  Sekolah Rendah
'panaskan badan' terlebih dahulu
Antara aksi-aksi yang dirakam lensa
Tahniah diucapkan kepada pasukan jemputan


MESYUARAT KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS ZON SETIU TIMUR


Monday 17 March 2014

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN (MTQ) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU TIMUR 2014

Setiu - 17 Mac 2014 MAJLIS TILAWAH AL-QURAN ( MTQ ) DAN FESTIVAL NASYID SEKOLAH-SEKOLAH ZON SETIU TIMUR telah diadakan bertempat di SK Kampung Jaya.Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti:
* Tilawah Al-Quran
* Hafazan
* Bercerita Kisah Al-Quran
* Nasyid
Majlis penutup telah  dirasmikan oleh En.Zaidin bin Ab Latif ( Penyelia Pendidikan Islam PPD Setiu ).

Barisan Peserta
Adik Nur Fasihah Izyan dengan tajuk cerita 7 orang pemuda yang beriman.
Adik Ahmad Muhaimin dengan tajuk cerita Nabi Shuaib.
Peserta tilawah ( P ) - Adik Nur Izzati
Peserta tilawah ( L ) - Adik Ahmad Khairuddin
Peserta hafazan ( P ) - Adik Ainaa Nabihah
Peserta hafazan ( L ) - Adik Nur Hafiz Azim
Pasukan Nasyid SKKFST
Tetamu VIP yang hadir
 
Walaupun tidak memenangi sebarang acara pada hari ini kami warga SKKFST tetap berbangga dengan persembahan daripada kalian semua.Kita cuba lagi tahun hadapan.





PERTANDINGAN BOLA BALING ZON SETIU TIMUR 2014

Pada 11 dan 12 Mac 2014 satu Pertandingan Bola Baling Bawah 12 Peringkat Zon Setiu Timur telah diadakan di Padang SK Sungai Tong. Dihari tersebut pasukan SKKFST telah berjaya menduduki tempat diperingkat Zon.Berikut adalah keputusan yang diperolehi :
Pasukan Lelaki : Naib Johan Zon Setiu Timur
Pasukan Perempuan : Ketiga Zon Setiu Timur
TAHNIAH diucapkan kepada semua yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung.
Aksi semasa perlawanan oleh kedua-dua pasukan.




Wednesday 12 March 2014

SESI UJIAN PERMATA PINTAR UKM1 2014

Selesai sesi menjawab soalan Ujian Permata Pintar UKM 1 untuk Kelas Tahun 5 & 6 di Makmal Komputer.

Tuesday 11 March 2014

PONDOK LINUS

~ PONDOK LINUS YANG TELAH SEDIA UNTUK BEROPERASI ~

UJIAN SEGAK 2014


MAJLIS JASAMU DIKENANG

10 Mac 2014 - Satu majlis "Jasamu Dikenang" telah diadakan dikantin SKKFST yang turut dihadiri oleh AJK-AJK PIBG. Majlis pada hari itu ialah untuk meraikan seorang guru baru iaitu Cikgu Zurina Azra binti Che Abdul Rashid, beliau mula bertugas di SKKFST bermula 01.01.2014 yang lalu.Majlis pada hari itu juga adalah sebagai tanda kenangan terakhir buat seorang guru yang telah bertukar ke SK Mengabang Telipot iaitu Cikgu Nor Mastura binti Setapa dan seorang guru KAFA iaitu Ustazah Zaharah binti Mat Daud yang telah bertukar ke SK Sungai Lerek.
Segala jasa yang telah dicurahkan kepada murid-murid SKKFST khasnya akan dihargai dan dikenang selamanya.Semoga kalian memberi komitmen yang sama apabila berada di sekolah baharu.

Sunday 9 March 2014

KEJOHANAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI 2014

ADIK WAN NUR ANISAH BINTI WAN ZAKARIA - Johan Peringkat Negeri Acara Memanah
Berbaloi!!! hanya setinggi kesyukuran dapat diluahkan apabila atlet memanah SKKFST telah berjaya merangkul tempat pertama dalam kejohanan memanah peringkat negeri yang telah diadakan pada 27 Feb-1 Mac 2014 yang lalu. Adik Wan Nur Anisah adalah di bawah bimbingan Cikgu Zurina Azra bt Che Abdul Rashid dan SKKFST buat pertama kalinya menyertai acara dalam sukan Memanah tersebut. Kejohanan telah berlangsung di SMK Jenagor, Hulu Terengganu.

Di bawah adalah senarai pingat yang telah dirangkul oleh atlet SKKFST :
**4 Emas
** 1 Perak
** 1 Gangsa
TAHNIAH!!!

Saturday 8 March 2014

RENUNGAN AHAD

Renungan Ahad

Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Seorang ulama Yahudi datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata:

Hai Muhammad atau hai Abul Qasim! Pada hari kiamat, Allah menggenggam langit dengan satu jari tangan, bumi dengan satu jari, gunung dan pepohonan dengan satu jari, air dan tanah dengan satu jari, begitu pula semua makhluk yang lain dengan satu jari. Kemudian Dia menggoyangkan mereka semua sambil berfirman: Akulah Raja, Akulah Raja! Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa kagum mendengar perkataan orang alim itu. Beliau membenarkan keterangan orang itu, kemudian membacakan ayat: Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.Hadits marfu'

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Allah Taala menggenggam bumi pada hari kiamat dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman: Akulah raja! Manakah raja-raja bumi? Hadits qudsi

Hadis riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Hadits qudsi
 
Rujukan : Google.com

Wednesday 5 March 2014

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAERAH SETIU 2014

Peserta nyanyian solo SKKFST
Adik Ahmad Shafi dengan lagu "Hijau" nyanyian Zainal Abidin
Adik Nik Nazreen Nabila dengan lagu "Cindai" nyanyian Siti Nurhaliza
Aksi pemenang tempat kedua.Adik Puteri Delia Tihani dengan lagu "Oooo Lalala Tropika" nyanyian Fransisca Peter

Setiu - 2 Mac 2014 telah berlangsung pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Daerah Setiu bertempat di Dewan PPD Setiu.Tahniah dan Syabas kepada seorang wakil daripada SKKFST yang telah berjaya memenangi tempat kedua pada hari tersebut.Yang kurang berjaya jangan putus asa...cuba lagi dilain hari..



TAKLIMAT PENGGUNAAN & PENJAGAAN eBOOK