...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 30 September 2012

BAJET 2013

KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam sekali lagi menikmati bonus satu setengah bulan gaji tahun ini yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2013 pada 28 September baru-baru ini.Pastinya masing-masing tersenyum lebar mendengar berita baik daripada PM tersebut.

Wednesday 26 September 2012

KERJA AMAL TAHUN 6


Tuesday 25 September 2012

PERKHEMAHAN LEPASAN UPSR PERINGKAT DAERAH 2012

TARIKH : 24-26 SEPTEMBER 2012
HARI : ISNIN - RABU
TEMPAT : PUSAT KOKO MERBAU MENYUSUT

JOHAN KATEGORI PINTU GERBANG DAN KAWASAN TERBERSIH
JOHAN KATEGORI
1. PINTU GERBANG TERBAIK
2. KAWASAN TERBERSIH

TAHNIAH diucapkan kepada semua peserta kerana telah berjaya walaupun dalam keadaan hujan dan cuaca yang tidak begitu mengizinkan.kepada semua guru-guru yang terlibat juga diucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan tenaga,juga pengorbanan masa untuk bersama peserta di Kem Merbau Menyusut.


Monday 24 September 2012

MELENTUR BULUH BIAR DARIPADA REBUNG

Persiapan sebelum ke tapak perkhemahan di Pusat Ko Merbau Menyusut pada 24-26 September 2012


KARNIVAL PEMBANGUNAN SUKAN DAERAH 2012

JOHAN DAERAH - PASUKAN PEREMPUAN B11

PASUKAN LELAKI B11
Permainan : Bola Tampar
Kategori   : Bawah 11
Tarikh      : 24 Sept 2012
Tempat    : SMK Bukit Nenas

Tahniah kepada pasukan perempuan SKKFST.Kepada pasukan lelaki walaupun sekadar penyertaan anda dianggap juga berjaya kerana telah berani ketahap ini.Sekali lagi Syabas!!!

Wednesday 19 September 2012

LEPAS EXAM

"Ke arah Melestarikan Kebitaraan Bola Tampar"

Wednesday 12 September 2012

SALAM 1 MALAYSIA


"SELAMAT MENYAMBUT HARI 1 MALAYSIA"

Tuesday 11 September 2012

AMANAT TERAKHIR

Pesanan dan amanat terakhir oleh Guru Besar,guru & ibu-bapa sebelum melangkah ke dewan periksa
"Permudahkanlah segalanya Ya Allah"Amin....

Monday 10 September 2012

GOOD LUCK!!!

Ya Tuhan..."Permudahkanlah anak-anak kami menjawab soalan hari ini,lapangkanlah dada mereka,tenangkanlah hati mereka supaya mereka dapat buat yang terbaik supaya berbaloilah apa yang mereka usahakan selama ini"...sesungguhnya yang buruk itu daripada kami dan yang baik itu daripada Allah jua.Amin..YaRabbalalamin......

Sunday 9 September 2012

TAHNIAH...

TAHNIAH untuk Pembantu Tadbir SKKFST yang telah selamat diijabkabul dengan pasangan Wan Asmizul di kediaman nya Di Kampung Kesom,Manir pada 22 Ogos 2012 (rabu) bersamaan Hari Raya Ke-4.Semoga Bahagia sampai syurga.

Sunday 2 September 2012

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2012.
KHASNYA BUAT SEMUA CALON SKKFST.

.....SELAMAT MAJU JAYA.....

RAYA @SKKFST 2012

Gambar kenangan selepas majlis hari raya 2012
Pada 29 Ogos 2012 (Rabu) telah berlangsung majlis sambutan  Hari Raya Aidilfitri serta sambutan Merdeka Ke-55 di SK Kampung Fikri (Sg Tong) dengan begitu meriah.Ramai jemputan hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis hari tersebut,antara jemputan yang hadir adalah Tuan Timbalan PPD Setiu,YDP PIBG,Guru-guru Sek Ren Setiu Timur dan ramai lagi. Acara bermula pada jam 9.30pagi dengan bacaan doa serta ucapan alu-aluan Guru Besar.Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid dan guru serta kakitangan SKKFST.