...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 24 September 2016

LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI

Seramai 29 orang murid SKKFST  yang terdiri daripada murid tahun 6 dan 5 telah menyertai rombongan LAWATAN BERMAKLUMAT KE LANGKAWI  pada 22 September hingga 24 September 2016. Rombongan tersebut diiringi oleh 7 orang guru pengiring, iaitu 3 guru lelaki dan 4 guru perempuan. Turut menyertai rombongan ialah mantan GPK Pentadbiran SKKFST cikgu Rosliwati Sidik Ahmad.Peserta rombongan telah bertolak lebih kurang pada jam 8.15 malam dengan menaiki bas T-Holidays Setiu.
Pagi ahad jam 4.30 pagi .. Alhamdulillah....rombongan selamat tiba di Bumi Setiu.Semoga semua murid dapat pengalaman yang berharga hasil daripada lawatan tersebut.

Saturday 17 September 2016

5th ASEAN SCOUT JAMBOREE

Tarikh : 15-20 September 2016
Kem Pengakap Tengku Muhammad lsmail, 
Telaga Batin 
Kuala Terengganu, Terengganu 21300 Malaysia 



Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
1. Aktiviti Kebudayaan
2. Permainan Tradisional
3. Persembahan Tradisional
4. Pakaian Tradisional
5.Demonstrasi Makanan Tradisional
6.Kraf tangan
7.Youth Forum
9 orang peserta dari SKKFST yang mewakili Setiu.

Antara tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan. Kekayaan seni dan budaya pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.

Objektif:

Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
  • Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.

 Tahniah & Syabas diucapkan kerana telah terpilih mewakili Setiu untuk menghadiri perkhemahan terbesar ASEAN ini.
Diharapkan aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap ini di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.

Wednesday 7 September 2016

SELAMAT BERCUTI DAN SALAM AIDILADHA

Cuti Pertengahan penggal 2 Tahun 2016 akan bermula pada hari esok  9 Sept 2016 hingga 17 Sept 2016 . Sekolah akan dibuka semula pada 18 Sept 2016  (Ahad).
Diharapkan para pelajar dapat memanfaatkan masa cuti  ini dengan membuat ulangkaji pelajaran dan menyiapkan latihan cuti yang diberi oleh guru. Ibubapa dan penjaga pula diharapkan dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Semoga murid sentiasa sihat dan selamat sepanjang cuti sekolah ini.
Dikesempatan ini juga admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aiodiladha kepada semua yang beragama islam khususnya warga SKKFST.
"Ada ketikanya… MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.... Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidiladha :)"

Saturday 3 September 2016

MASANYA SUDAH TIBA!!!

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA CALON UPSR 2016 SKKFST YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN BERMULA ESOK 5 - 8 SEPTEMBER 2016.