...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 26 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2013

"Ketibaan YB Tuan Haji Asha'ari bin Idris,ADUN Langkap ke Dewan SMK Bukit Nenas"
"Ucapan perasmian oleh YB"
"Pengagihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 di luar dewan bersama guru kelas masing-masing"


Sunday 20 January 2013

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2013

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah 2013 telah diadakan pada 20.01.2013, Penyampaian Watikah tersebut disempurnakan oleh PK1 Pn.Rosliwati binti Sidik Ahmad. Dengan Penerimaan Watikah tersebut maka dengan rasminya Pengawas-Pengawas Sekolah SKKFST dilantik.
 
Dalam majlis tersebut seramai 21 orang pengawas terdiri daripada 10 orang pengawas lelaki dan 11 orang pengawas perempuan yang telah menerima watikah pelantikan pengawas bagi sesi persekolahan 2013.Diharap Pengawas-pengawas Sekolah akan berkhidmat dan berbakti dengan penuh setia.
 
 

~WANG BANTUAN KHAS SEKOLAH RM100 TAHUN 2013~


TARIKH     :  22 JANUARI 2013 (SELASA)
MASA        :  2.30 PETANG
TEMPAT    :  DEWAN SMK BUKIT NENAS
DISEMPURNAKAN OLEH : YB TUAN HJ ASHA'ARI BIN IDRIS, ADUN LANGKAP

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100 seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara pada tahun 2013 dan belum termasuk peruntukan untuk pelajar sekolah swasta dan agama. Ini adalah pembayaran kali kedua buat semua pelajar tanpa mengira jumlah pendapatan keluarga.
Jadi,gunakanlah wang tersebut dengan sebaik-baiknya untuk pembelajaran adik-adik dekat sekolah nanti.Sebagai pelajar yang hidup dizaman yang serba membangun ini kita patut memanfaatkan setiap peluang yang ada di depan mata ini dengan penuh kesyukuran.Terima kasih diucapkan kepada kerajaan yang sangat prihatin kepada pelajar sekaligus meringankan beban ibu bapa.

Saturday 19 January 2013

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1434H / 2013M

"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH" Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013(hari Khamis) akan disambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan oleh semua umat Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah.

Saturday 12 January 2013

LAWATAN BIMBINGAN TAWARAN BARU (New Deal) GURU BESAR DARI SK LADANG JAYA

13 Jan 2013 ( Ahad ),beberapa orang guru dari SK Ladang Jaya telah mengunjungi SKKFST untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sedikit panduan sempena Tawaran Baru Guru Besar (New Deal) tahun ini.Rombongan diketuai oleh GPK Pentadbiran sendiri iaitu Pn.Nor Aini binti Ismail diiringi GPK Hem,GPK Ko serta seorang guru lain.

Semoga tunjuk ajar yang telah diberi dapat dimanfaatkan dan digunakan dengan baik.Selamat Maju Jaya diucapkan kepada SK Ladang Jaya.

Saturday 5 January 2013

Program Rintis i-Think

Pendedahan kepada "Thinking Maps" kepada murid-murid tahap 2 telah diadakan dengan jayanya pada 1 Januari 2013,Taklimat telah disampaikan oleh Cg.Amri serta beberapa orang cikgu lain.
Murid membentangkan hasil mereka setelah perbincangan dibuat bersama hampir setengah jam.
Guru besar turut menyertai program i-Think yang dijalankan