...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Monday, 31 August 2015

SOLAT HAJAT UPSR 2015


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Begitu pantas sekali masa berlalu..tidak lebih daripada seminggu sahaja lagi peperiksaan UPSR akan tiba. Sama2lah kita doakan moga anak kita semua di berikan kesihatan yg baik sepanjang menduduki peperiksaan ini, di berikan ketenangan, dipermudahkan menjawab soalan peperiksaan dan semoga jawapan yg di berikan bertepatan dengan kehendak soalan serta berjaya dngn cemerlang.
Pada anak2 juga adik2 di luar sana, sentiasalah tenangkan diri dan sentiasalah yakin dengan jawapan yg di berikan. Selama ini dah bersusah payah dan sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan, jadi tiada sebab utk melakukan kesilapan yg tak sepatutnya. Selain usaha dan doa, bertawakkallah kepada Allah SWT, moga ilmu yg di pelajari selama ini mendapat keberkatan dari Nya. Aamiin..

Selamat Maju Jaya.

Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin...

"  Mutiara kata:- Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh. Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan. Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha. Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. "

WELCOME SEPTEMBER !!!




" Welcome September...admin suka september....hihihih "

Wednesday, 26 August 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-58



" Salam Sehati Sejiwa daripada Warga SKKFST.Setiu Terengganu "

Tuesday, 25 August 2015

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO SEKOLAH RENDAH DAERAH SETIU 2015

Setiu -  25 Ogos 2015 ( Selasa )  telah berlangsung pertandingan Nyanyian Solo  Peringkat Daerah Setiu bertempat di Dewan PPD Setiu.SKKFST menghantar 2orang wakil untuk pertandingan tersebut, namun nasib tidak menyebelahi kita tahun ini...Tahniah diucapkan kerana berani manyahut cabaran bersama peserta lain....cuba lagi dilain hari.. 


Puteri Delia Tihani bt Mohd Sabri dengan lagu Empat Dara nyanyian Noraniza Idris.

Nadhirah bt Sulaiman  dengan lagu "Oooo Lalala Tropika" nyanyian Fransisca Peter .

Peserta menunggu giliran mempamerkan bakat masing-masing



TAHNIAH kepada semua peserta...

Keputusan rasmi : 
JOHAN - SK Putera Jaya
NAIB JOHAN - SK Kampung Rahmat
KETIGA - SK Putera Jaya





" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-58 PERINGKAT SEKOLAH 2015

MALAYSIA #SehatiSejiwa...Itulah Tema Hari Kemerdekaan Negara Kita yang ke-58 yang akan disambut pada 31 Ogos 2015 nanti.#sehatisejiwa dipilih sebagai tema bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun 2015 ini. Perkara ini diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika berucap pada Majlis Prapelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2015.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber: mysumber.com
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber: mysumber.com
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber: mysumber.com
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber: mysumber.com
 Sambutan diadakan secara sederhana tetapi meriah.
Ucapan Guru Besar sempena Pelancaran Sambutan
Bulan Kemerdekaan ke-58.
 
Gimik Pelancaran yang disempurnakan oleh Guru Besar diiringi PK-Koku.
Nyanyian Lagu Negaraku, Sehati Sejiwa, Jalur Gemilang, Tanggal 31 Ogos 
dan Terengganu Transformasi Baharu (TTB).
MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!Semoga semangat kemerdekaan terus bersemarak dijiwa anak-anak yang bakal memimpin Negara akan datang.

#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Pautan Sumber: mysumber.com
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pautan Sumber: mysumber.com
Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan pada tahun 2015 lebih menekankan kepada semangat kejiwaan dan bersatu hati rakyat Malaysia apabila Sehati Sejiwa dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun 2015

Pautan Sumber: mysumber.com


" Tema #sehatisejiwa dipilih kerana ia mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. "
Pemilihan tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Pautan Sumber: mysumber.com "

Wednesday, 19 August 2015

HUJUNG MINGGU DATANG LAGI...






" Selamat Berhujung Minggu  Yer Kawan-kawan....take good care okay!!! peace!!!"

PENILAIAN PERTANDINGAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2015

19 Ogos 2015 ( Rabu ) - Beberapa Kakitangan daripada JPN Terengganu telah melawat surau An-Nur SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) kira-kira jam 2.00 petang  bagi  tujuan verifikasi  pertandingan surau peringkat negeri Terengganu 2015.





Ambil dari dunia sesuatu yang bisa jadi bekal untuk akhirat nanti dan jangan mengambil dari dunia sesuatu yang bisa menghalangi anda di akhirat nanti.  "

Saturday, 15 August 2015

TRANSFORMASI TERENGGANU BAHARU



" TERENGGANU TRANSFORMASI BAHARU "

UJIAN SARINGAN 2, PROGRAM PERMATA PINTAR (UKM)


TAHNIAH admin ucapkan kepada satu-satunya wakil SKKFST yang layak dan akan menghadiri  saringan 2 Ujian Permata Pintar UKM pada hari ini.Selamat maju jaya diucapkan.

Wednesday, 12 August 2015

PROGRAM BERJALAN KAKI 10,000 LANGKAH

1.   PENGENALAN
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia khususnya golongan yang kurang aktif dalam melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah pada tahun 2009. Kempen ini pada mulanya disasarkan kepada golongan wanita berumur 18 tahun ke atas memandangkan golongan ini merupakan kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS III) pada tahun 2006 yang lalu (47.3 % tidak aktif). Rakyat Malaysia terutamanya golongan dewasa berdepan dengan pelbagai masalah kesihatan antaranya masalah obesiti, diabetes dan pelbagai lagi. Namun begitu Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2011 (NHMSIV) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan 64.3% rakyat Malaysia yang berumur 16 tahun ke atas aktif. Ini secara tidak langsung menunjukkan kejayaan kempen Berjalan 10,000 Langkah sebagai antara penyumbang dalam usaha menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif.
13 Ogos 2015 ( Khamis ) - Pejabat Kesihatan Bukit Nenas dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah menganjurkan Program Berjalan Serentak 10,000 Langkah yang bermula seawal 7.45 pagi. Program ini yang turut disertai oleh anggota kesihatan, pelajar sekolah dan orang awam.10 orang murid SKKFST bersama 2 orang guru pengiring telah menyahut cabaran berjalan kaki 10,000 langkah pada hari ini.TAHNIAH diucapkan kerana berani menyahut cabaran tersebut.
Tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan Kempen Berjalan 10,000 langkah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu bentuk intervensi yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif dan seterusnya menjadikan amalan berjalan kaki sebagai satu rutin harian. Usaha untuk melahirkan program sebegini merupakan satu usaha yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.

Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat."

Tuesday, 11 August 2015

SOLAT HAJAT MOHON KEJAYAAN UPSR SKKFST 2015

Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin Sempena UPSR 2015
11 Ogos 2015 ( Selasa ), SKKFST telah mengadakan majlis sembahyang hajat dan bacaan yassin bagi memohon  keberkatan dari Allah S.W.T dan memberikan kecemerlangan kepada calon-calon UPSR 2015 seramai 19 orang. Majlis disertai oleh Ibubapa pelajar dan AJK-AJK PIBG serta guru-guru dan para pelajar sendiri.

Tentatif : - Solat Maghrib berjemaah
              - Solat Sunat Hajat
              - Bacaan Yassin
              - Tahlil Pendek
              - Solat Isyak Berjemaah
              - Jamuan / bersurai
Jamuan pulut kuning yang dibawa oleh ibu bapa.
Persiapan bilik jamuan kepada yang tetamu yang hadir
 
Sementara menunggu jemaah dan azan maghrib
 Sama-sama mengalunkan bacaan yasin memohon keberkatan dari yang satu
Sedikit jamuan makan kepada yang sudi hadir

Semoga pelajar-pelajar SKKFST akan menghadapi peperiksaan UPSR 2015 dengan tenang dan akan memperolehi kejayaan yang cemerlang nanti. In shaa Allah...
 Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)





" Angkatkanlah segala rintangan dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dalam golongan yang menggunakan ilmu untuk merosakkan agama. "

Sunday, 9 August 2015

LAGU TEMA HARI KEMERDEKAAN KE-58

" #SehatiSejiwa"

Saturday, 8 August 2015

SOLAT HAJAT UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2015

SOLAT HAJAT UPSR PERINGKAT SEKOLAH 2015
Tarikh : 11 Ogos 2015
Hari : Selasa
Tempat : Surau An-Nur SKKFST
" Kepada Engkau Kami Menyembah...Kepada Engkaulah Kami Memohon Perlindungan "

PENGHARGAAN CALON UPSR 2015



" semoga akan lebih berjaya dalam peperiksaan UPSR nanti...sebulan dari sekarang "

Wednesday, 5 August 2015

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Dah sedia untuk hujung minggu yang santai? Selamat berehat ye...


" Selamat bercuti dan semoga menikmati hujung minggu yang indah dan ceria disamping keluarga dan insan-insan tersayang... =)

Saturday, 1 August 2015

KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS 2015


 KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS SKKFST 2015
ANJURAN KEBITARAAN BAHASA INGGERIS    
TARIKH :  30,31 JULAI HINGGA 01 OGOS 2015
HARI : KHAMIS - SABTU
MASA : 3 HARI 2 MALAM
TEMPAT : TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU
Pendaftaran peserta dan taklimat kursus oleh Pn Rosliwati bt Sidik Ahmad,GPK Pentadbiran merangkap pengurus program.

Peserta mendaftar masuk bilik masing-masing.
 Peserta menikmati minum petang sebelum sesi pertama program dijalankan.
Daftar peserta pra UPSR 


Penyampaian Cenderahati sebagai tanda kenangan daripada pihak sekolah kepada Dr.Hjh Fauziah bt Wan Jaafar .Jutaan Terima Kasih kepada beliau kerana sudi hadir berjumpa anak-anak SKKFST walaupun kekangan masa yang dihadapi beliau.
Tuan KIPAYATU ALLAH BIN DATO' MOHD SAID (Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu) turut meluangkan masa bersama-sama anak-anak SKKFST selama lebih kurang setengah jam pada hari kedua program.Jutaan terima kasih diucapkan.
santai-saitai jugak....belajar tetap belajar....guru-guru tahun 6 turut mengambil kesempatan bersama murid-murid mengulangkaji pelajaran tetapi situasi yang agak santai.
 Sesi bersama Unisza

Sesi bersama Cik Nurhanis bt Mohd ( SISC+BI Rendah)
Akhir kata..pihak penganjur merakamkan jutaan terima kasih kepada warga SKKFST yang memberikan komitmen serta kerjasama dalam menjayakan program " KURSUS PEMENTAPAN BAHASA INGGERIS 2015 " ini. Bak kata pepatah " BERSATU KITA TEGUH...BERCERAI KITA ROBOH..." Begitulah yang boleh diumpamakan kepada setiap usaha dan komitmen yang telah diberikan.Diharapkan semua peserta dapat mengambil peluang dan berani berubah selepas menghadiri kursus selama 3hari 2malam ini.
Dikesempatan ini juga Pihak Pengurusan SKKFST juga ingin mengucapkan Setinggi-tinggi perhargaan kepada pihak TH HOTEL & CONVENTION CENTRE, KUALA TERENGGANU di atas layanan yang baik kepada kami sepanjang program diadakan.Lain masa lain ketika jika diberikan kesempatan mudah-mudahan kita bersua lagi.



" Ringan Sama Dijinjing....Berat Sama Dipikul...."