...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 29 April 2015

CUTI HARI WESAK


KARNIVAL KO AKADEMIK BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH 2015

Tarikh : 29 April 2015
Hari : Rabu
Tempat : SK Putera Jaya,Setiu

Announce Of Result :

Story Telling - Johan
Public Speaking - Naib Johan
Action Songs - Tempat Ketiga
Persediaan sebelum pertandingan bermula.
JOHAN Daerah "Story Telling" - Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin
NAIB JOHAN Daerah "Public Speaking" - Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri
Tempat KETIGA Daerah "Action Songs" - The Beautiful Malaysia
A huge Congratulation & Good Job to everyone directly or indirectly involved.
GOOD JOB !!




SELAMAT HARI PEKERJA 2015

" PEKERJA SIHAT PRODUKTIVITI MENINGKAT "

Tuesday 28 April 2015

KEJOHANAN MEMANAH PERSAHABATAN 2015

Peserta berada di padang sasar SK IPG
Adik Muhammad Hanif Darwisy bin Rosman
Adik Muhammad Amirruddin bin Ilias

Tarikh : 28 April 2015
Hari : Selasa
Tempat : Padang Sasar SK IPG

LAWATAN PENANDA ARAS MGB DAERAH SETIU KE SK BUKIT DAMANSARA


Monday 27 April 2015

TAHNIAH


SELAMAT JALAN MGB SETIU


Sunday 26 April 2015

ENGLISH CARNIVAL ZON SETIU TIMUR 2015

Setiu - 23 April 2015 : Satu Karnival Ko Akademik Bahasa Inggeris Zon Setiu Timur telah berlangsung di SK Seri Langkap dengan jayanya.Sebanyak 11 buah sekolah Zon Setiu Timur telah menyertai program pada hari itu.Terdapat 3 kategori yang telah dipertandingkan iaitu Story Telling, Public Speaking dan Action songs.
Sukacita dimaklumkan bahawa ketiga-tiga kategori diatas telah dimenangi oleh peserta SKKFST.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada guru-guru pembimbing seterusnya peserta-peserta  yang terlibat dan semua warga SKKFST.
JOHAN Story Telling dengan tajuk "Aladdin" - Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin.
JOHAN Public Speaking " Wonders one of the reading books"-
Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri.
JOHAN Action Songs "The Beautiful Malaysia"
Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta lain yang turut merangkul kejayaan dan membanggakan sekolah.
Semoga kejayaan demi kejayaan terus mengiringi kalian.Bak kata Tuan Guru Besar " Kerja yang luar biasa pastinya hasil pun adalah yang luar biasa "
CONGRATULATION KIDS !!!!
cak..cak..muka teruja bergelar JOHAN. :)



KEJOHANAN BOLA TAMPAR P12 MSSD 2015

Pada 21 April (selasa) yang lalu,Kejohanan Bola Tampar P12 MSSD telah diadakan di Gelanggang Bola Tampar,SMK Bukit Nenas. 
Sukacita dimaklumkan bahawa pasukan bola tampar P12 SKKFST telah muncul sebagai JOHAN pada hari tersebut sekaligus memegang gelaran "Giants Volleyball" pada tahun ini.
Berita Bergambar :  
Ucapan TAHNIAH DAN SYABAS kepada pasukan P12 SKKFST atas kejayaan tersebut. Semoga kejayaan tersebut akan memberi rangsangan, motivasi dan semangat kepada generasi pelapis yang lain untuk mencipta kejayaan. 
Hujan EMAS tahun 2015 diharap berterusan untuk tahun-tahun akan datang.amin....

KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 MSSD 2015

20 April 2015 (isnin) - Kejohanan Bola Tampar MSSD L12 telah berlangsung di SMK Bukit Nenas,Setiu

Berita bergambar : 
Pasukan Bola Tampar SKKFST telah menjadi Johan bagi Kejohanan Bola Tampar MSSD L12 pada tahun ini.
Hadiah telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar SKKFST sendiri kepada pemenang.
 
Tahniah dan Syabas
 

LAWATAN PENANDA ARAS DARI SK CONVENT 2 BUKIT NANAS, KUALA LUMPAR

Pada 19 April lalu satu rombongan dari SK Convent (2) Bukit nanas,Kuala Lumpur telah datang ke SKKFST dalam satu siri Lawatan penanda Aras.Peserta lawatan terdiri daripada para pentadbir, barisan guru, Ibu bapa dan murid-murid.Siri lawatan ini bertujuan dalam usaha mempertingkatkan aspek pengurusan sekolah samada dalam bidang pentadbiran, akademik, pengurusan murid mahupun kokurikulum. Antara lain juga ia bermatlamat membina hubungan dan jalinan yang berkesan dengan pelbagai pihak.
 Ucapan daripada Kedua-dua Pentadbir tertinggi sekolah.
Tarian "selamat datang" membuka tirai siri lawatan pada hari tersebut.
Persembahan "choral speaking" yang mengasyikkan.
Tarian dari suku kaum Sarawak yang bersemangat dipersembahkan oleh murid SK Convent (2).
Persembahan "action songs" dari SKKFST
Bengkel "Smart English" daripada Sir Wan Izimi kepada guru-guru CBN2.
Akhir kata jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke "rumah kecil" kami.Segala kelemahan dan kekurangan sepanjang siri lawatan harap dimaafkan.Semoga segala perkongsian ilmu antara kedua-dua pihak dapat dimanfaatkan demi melihat anak-anak bangsa berjaya setaraf pendidikan dunia.