...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 28 January 2014

AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 2014

Gambar sekadar hiasan

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA AKAN DILAKSANAKAN OLEH ENCIK ANUAR BIN ISHAK
( PENGURUSAN ICT PPD SETIU ) MERANGKAP PEGAWAI PERHUBUNGAN SEKOLAH PADA HARI INI IAITU RABU PADA JAM 12.30 TENGAHARI DI KANTIN SKKFST.

Saturday 25 January 2014

TAZKIRAH PAGI AHAD

 
 
 
Di dalam kitab at-Tibyan fi adabi hamlatil Quran, susunan Imam an-Nawawi, beliau ada menukilkan kata-kata seorang ahli ma’rifat bernama Ibrahim Khawwash. Katanya penawar hati itu ada 5
1) Membaca al-Quran dengan meneliti maksudnya
2) Mengosongkan perut
3) Bangun bersolat malam
4) Bertadharruk (memohon doa) kepada Allah pada waktu sahur
5) Duduk di majlis orang-orang soleh.

Pertama : Ramai juga orang yang baca al-Quran. Tapi biasanya membaca tanpa memerhati maksud ayat yang dibaca. Sebab itulah bagi saya ramai di kalangan umat Islam yang melanggar hukum agama, iaitu kerana tidak memahami apa yang dibaca.

Kedua : Dari sudut kesihatan fizikal, pakar kesihatan bahkan Nabi SAW sendiri mengatakan bahawa perut adalah punca penyakit. Mengosongkan perut dengan erti kata berpuasa atau bersederhana ketika makan.

Saya pernah melihat kawan-kawan ketika kenduri begitu tamak mengambil makanan sampai penuh pinggan, kemudian akhirnya tidak dapat menghabiskan makanannya. Pertamanya ia tamak, keduanya dia membazir. Kedua-duanya perangai syaitan.

Ketiga : Ramai orang boleh bangun malam. Bangun sebab mau kencing, atau kerana anak menangis, atau kerana mau tonton Euro, atau kerana waktu penerbangan, atau juga kerana hendak makan sahur. Tetapi bangun untuk bersolat malam walau 2 rakaat, memang sangat berat.

Keempat : Ramai juga beranggapan, waktu sahur hanyalah untuk makan sebelum berpuasa dalam bulan Ramadhan. Sebenarnya, antara waktu mustajab doa ialah ketika waktu sahur.
Kelima : Duduk menghadiri majlis-majlis ilmu, berada bersama-sama orang baik tentu menenangkan jiwa. Ia jauh lebih mulia berbanding berada di disko, kedai kopi atau di padang bola.

Anda mau menjadikan hati tenang dari resah gelisah, 5 perkara ini adalah penawarnya.
Firman Allah : “…ingatlah, dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang”.
 
rujukan : google.com

Monday 20 January 2014

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA WARGA SK PELONG KE SKKFST.
SEMOGA LAWATAN INI AKAN MERAPATKAN LAGI MUHIBBAH ANTARA KITA DALAM MENCAPAI ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA.

Saturday 18 January 2014

SANTAI AHAD

MAAFKANLAH....TAK RUGI MEMAAFKAN ORANG...

Wednesday 15 January 2014

JEMPUTAN MAJLIS MAULIDUR RASUL 1435H

ANUGERAH SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI PERTAMA TAHUN 2013 SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL KPM TAHUN 1435H.

Guru Besar SKKFST Pn.Zakiah binti Hasshim akan menghadiri majlis tersebut pada 21 Januari 2014 iaitu hari Selasa bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru.

TERSURAT DAN TERSIRAT


 
 
RENUNGAN DI HUJUNG MINGGU :KISAH SEEKOR BELALANG

Seekor belalang telah lama terkurung dalam sebuah kotak. Suatu hari ia berjaya keluar dari kotak yang mengurungnya selama ini. Dengan gembira ia melompat-lompat menikmati kebebasannya.

Di perjalanan dia bertemu dengan seekor belalang lain. Namun dia kehairanan mengapa belalang lain boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh darinya.

Dia pun menghampiri belalang itu, dan bertanya, “Mengapa kau boleh melompat lebih tinggi dan lebih jauh, padahal kita tidak jauh berbeza dari usia ataupun bentuk tubuh ?”. 

Belalang itu pun menjawabnya dengan pertanyaan, “Dimanakah kau selama ini tinggal? Kerana semua belalang yang hidup di alam bebas pasti boleh melakukan seperti yang aku lakukan”.

Saat itu si belalang baru tersedar bahawa selama ini kotak itulah yang membuat lompatannya tidak sejauh dan setinggi belalang lain yang hidup di alam bebas.

Sebagai renungan di hujung minggu ini buat rakan-rakan semua, Kadang-kadang kita sebagai manusia, tanpa sedar, pernah juga mengalami hal yang sama seperti belalang tadi.

Persekitaran yang buruk, hinaan, trauma masa lalu, kegagalan yang silih berganti, kata-kata rakan sekerja dan ahli keluarga atau pendapat jiran tetangga, seolah membuat kita terkurung dalam ‘kotak’ yang membatasi semua keunikan dan kelebihan kita. Kita lebih mempercayai mentah-mentah apapun yang mereka bisikkan kepada kita tanpa pernah berfikir benarkah anda seteruk itu?

Bahkan lebih buruk lagi, kita lebih memilih mempercayai mereka daripada mempercayai diri kita sendiri!

Tidakkah anda pernah mempertanyakan kepada nurani bahawa anda boleh “melompat lebih tinggi dan lebih jauh” kalau anda mahu menyingkirkan “kotak” itu? Tidakkah anda ingin membebaskan diri agar anda boleh mencapai sesuatu yang selama ini anda anggap diluar batas kemampuan anda?

Beruntunglah kita sebagai manusia dibekalkan Tuhan kemampuan untuk berjuang, tidak hanya menyerah begitu saja pada apa yang kita alami. Kerana itu wahai sehabat semua, teruslah berusaha mencapai apapun yang anda ingin capai. Sakit dan lelah serta air mata adalah lumrah, tapi bila anda sudah sampai di puncak, semua pengorbanan itu pasti akan terbayar.

MORAL OF THE STORY: Kehidupan anda akan lebih baik kalau hidup dengan cara hidup pilihan anda. Bukan cara hidup seperti yang mereka pilihkan untuk anda! Renung-renungkan wahai teman…





Sumber : http://jasminshahab205.blogspot.com/2013/05/renungan-di-hujung-minggu-kisah-seekor.html 

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

Salam......Jom share renungan di atas untuk renungan kita bersama. Walau kelihatan santai namun dalam makna yang tersirat. Terima kasih kepada pemberi sumber, moga diberi ganjaran berganda oleh Allah. Dibenarkan share dan mudah-mudahan dapat dimanfaatkan bersama dalam kehidupan kita. Syaitan sememangnya akan sentiasa menghasut kita. Hanya Al-Quran yang akan menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.
   

Wednesday 8 January 2014

PERCUBAAN KELAS MAYA




 


Selaku guru ICT sekolah cikgu Md Hesham bin Ismail telah mencuba peralatan kelas maya yang baru siap dipasang beberapa hari lepas oleh pihak TOP-IT.Sebelum Fasa terakhir oleh pihak TOP-IT dalam masa terdekat ini, Cg Hesham telah menggunakan buku teks secara maya kepada murid tahun 5 SSKFST.Semoga kemudahan yang telah diberikan ini digunakan dengan baik oleh guru-guru dalam meningkatkan prestasi murid SKKFST.

PROJEK AWAL

 
 
 
 
Projek terawal pada Tahun 2014 di SKKFST ialah proses penanaman "rumput karpet" di Taman mini berhadapan dengan Blok Utama ( Pentadbiran ). Kerja-kerja penanaman oleh pekerja-pekerja kebersihan ini dilakukan dengan teliti dan cermat disebabkan faktor cuaca.

Monday 6 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H 2014M

 
 
Tahun 2014 membuka tirai dengan sambutan Hari Kebesaran Nabi junjungan Kita iaitu Nabi Muhammad SAW pada 14 Janurai 2014 ( Selasa ) nanti. Dengan Tema " WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH " pada kali ini  marilah kita sama-sama menghayati kebesarannya dengan penuh tafakur.Kini sambutan Maulidur Rasul telah memasuki tahun 1435 Hijrah 2014 Masehi. Lazimnya pada setiap tahun umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL SAW...
Marilah kita lihat apa kata ulama ulama silam mengenai Sambutan Maulidur Rasul
FAEDAH MAULID
Telah berkata Ibnul Jauzi bahwa satu daripada perkara-perkara yang telah mujarrab (yaitu telah dicoba dan didapati benar) ialah bahwa meraikan atau merayakan Maulid Nabi s.a.w. itu akan mendatangkan keamanan yang penuh pada sepanjang-panjang tahun itu di tempat yang diadakan keramaian Maulid itu.
Sanya seorang raja yang bernama Abu Sa'id AI Mudzaffar telah mempunyai sebuah kota bernama Irbil yang jauhnya dua batu daripada bandar AI Musul, adalah seorang raja yang bijaksana, berani, gagah, pintar, alim dan adil, la telah berlebih-lebihan pada tentang meraikan dan merayakan Maulid Nabi s.a.w. dan telah mengeluarkan belanja tiap-tiap tahun untuk yang demikian itu sebanyak 300,000 dinar. Dan perbuatannya itu telah dipersetujui oleh ulama'-ulama' dan orang-orang saleh keseluruhannya.
Dan di dalam setengah-tengah perayaan Maulid yang diadakan oleh raja itu maka setengah-setengah orang telah menghitung di dalam jamuannya ada 5.000 ekor kambing panggang dan 10.000 ekor ayam dan 100.000 mangkok dan 300.000 pinggan besar yang mengandungi gula-gula dan manisan-manisan yang berbagai rupa dan rasa.
Dan pula ia telah menyediakan percuma satu rumah besar untuk sesiapa saja yang datang daripada mana-mana pihak dan arah yang tidak mempunyai tempat tinggal. Dan raja itu telah membelanjakan wang untuk rumah itu tiap-tiap tahun 100.000 dinar, padahal baju raja itu sendiri hanya daripada kain kapas yang keras dan pula tidak lebih daripada lima helai. Isterinya pernah menegurnya tentang hal pakaiannya itu, tetapi ia pernah menjawab: "Aku memakai pakaian-pakaian yang demikian itu lebih baik daripada aku memakai pakaian-pakaian yang mahal dengan tidak mengambil berat terhadap orang faqir dan miskin." sumber : "Blog Perigi Ilmu"

PERSEDIAAN AWAL TAHUN 2014

Gambar sekadar hiasan

Mesyuarat Pengurusan Sekolah kali pertama tahun 2014 telah diadakan pada 26 Disember 2013 yang lalu manakala mesyuarat pengurusan telah diakdakan bermula Ahad 29 Dis 2013 yang lalu.Mesyuarat panitia-panitia pula akan diadakan pada sebelah petang nya Melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pn.Zakiah binti Hasshim (Guru Besar) ini guru-guru didedahkan dengan program-program dalam kurikulum, HEM serta kokurikulum yang telah dirancang untuk tahun 2014. Pada mesyuarat ini juga guru-guru diberi jadual waktu mengajar mengikut kelas masing-masing.