...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 February 2013

BANJIR 3.0

SETIU 26 FEB 2013 - Hujan yang berterusan menyebabkan air naik di beberapa buah jalan termasuk di laluan masuk ke SKKFST. Warga SKKFST pulang seawal jam 10.00 pagi berikutan kenaikan paras air yang cepat.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Dungun iaitu seramai 317 orang daripada 80 keluarga diikuti Setiu iaitu 269 orang daripada 71 keluarga dan 171 penduduk daripada 41 keluarga di Marang.
Di Setiu pula, 35 orang daripada lapan keluarga dipindahkan di Surau Kampung Sungai Pinang, 36 orang daripada 10 keluarga di Dewan Sivik Langkap, 23 orang daripada tujuh keluarga di Balai Raya Desa Jaya dan 15 orang melibatkan lima keluarga di Masjid Pangkalan Merbau.

Sunday 24 February 2013

KEJOHANAN CATUR MSSD SETIU 2013

KEJOHANAN CATUR MSSD SETIU 2013
Kejohanan Catur MSSD SETIU 2013 telah berlangsung pada 20  Februari yang lepas di Dewan SMK Lembah Bidong.
SKKFST  telah menghantar 12 wakil iaitu 6 lelaki dan 6 perempuan.
Seorang wakil perempuan telah berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri yang akan diadakan.
Berikut ialah senarai nama pelajar yang telah memenangi kejohanan catur MSSD Setiu baru-baru ini.
Tahniah diucapkan!
Sama-sama kita doakan SKKFST Menjuarai di peringkat negeri.
1. SYAHIRA BINTI SHAMSUDDIN - TEMPAT KE-2
2. NUR AFIQA SAKINAH BINTI HJ HASSAN - TEMPAT KE-5
3. NUR ALISYA IZWANI BINTI YUSOF - TEMPAT KE-6

Wajah-wajah ceria pemenang pada akhir kejohanan
Fokus : masing-masing serius memasang strategi
Majlis penyampaian hadiah.


Tuesday 19 February 2013

TONGGAK INSPIRASI SKKF

Hasil cetusan idea Guru Besar dalam usaha menceriakan kawasan sekolah maka terbinalah TONGGAK INSPIRASI SKKF ini.Sesuai dengan lokasinya yang berada di hadapan kantin akan lebih memudahkan sesiapa untuk melihat terutama murid murid SKKFST,dalam masa yang sama akan menguatkan semangat mereka dalam kehidupan seharian.

Sekadar Peringatan Diri Sendiri dan Renungan Bersama

- Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda,
.
Tapi bersedihlah kerana anda tidak mahu memahami orang lain.

- Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda.
.
Tapi bersedihlah kerana anda tidak percaya diri sendiri.

- Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
 Tapi bersedihlah kerana anda belum buat persiapan.
- Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi bersedihlah kerana anda tidak bisa menghargai orang lain.

- Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
 Tapi bersedihlah kerana anda membuat hina diri sendiri.

- Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi bersedihlah kerana anda bermulut jahat pada orang lain.

- Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
 Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah mahu perbaiki diri.

- Jangan sedih kerana anda selalu jatuh..
Tapi bersedihlah kerana anda tak mahu bangkit kembali.

- Jangan sedih kerana perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi bersedihlah kerana anda tak pernah belajar dari pengalaman.

 INGATLAH..Kunci masalah selalu ada dalam diri sendiri, bukan dari luar,atau orang lain..
                        Sekadar MemPeringati Diri Sendiri & Renungan Bersama..

Sunday 17 February 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM 2013

Ahad, 17 Februari 2013. Bertempat di Kantin Sekolah SKKFST, Majlis Pelancaran Program Nilam Peringkat Sekolah 2013 yang dirasmikan oleh Guru Besar, Pn.Zakiah binti Hasshim telah diljalankan. Tema Program Nilam bagi tahun ini adalah "Membaca Gaya Hidup Kita". Program NILAM adalah singkatan bagi " Nadi Ilmu Amalan Membaca " merupakan program galakan membaca yang dijalankan di semua sekolah seluruh Malaysia. Setiap pelajar DIWAJIBKAN mengambil bahagian dalam program ini bagi melahirkan individu yang gemar membaca dan seterusnya wujud budaya membaca dalam masyarakat.
 Majlis diteruskan dengan penyerahan Bahan Bacaan kepada kelas Tahun 1 hingga Tahun 6 dan majlis diakhiri dengan nyanyian lagu "Negaraku".
 
- "MEMBACA GAYA HIDUP KITA"





KEJOHANAN MERENTAS DESA 2013

Telah diadakan pada hari Khamis, 14 Februari 2013. PK HEM mewakili Puan Guru Besar telah melepaskan peserta untuk memulakan larian sejauh 5 km. Rumah Hijau masih mengekalkan kejuaraan keseluruhan diikuti oleh Rumah Merah, Rumah Kuning dan Rumah Biru.

Taklimat kejohanan disampaikan oleh Cikgu Md Hesham sebelum memulakan larian.Taklimat berkenaan  menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui
Sebelum memulakan pertandingan, para peserta telah melakukan acara memanaskan badan terlebih dahulu. Acara memanaskan badan diketuai oleh Cikgu Mohd Sabri
Peserta bersiap sedia untuk dilepaskan.
Larian bermula dari luar pagar sekolah, melalui jalan ladang fikri, dan akhirnye ke SK Kg Fikri semula dengan jarak lebih kurang 5 kilometer jauhnya.
Johan keseluruhan acara merentas desa bagi tahun ini telah diungguli oleh rumah Hijau mengalahkan tiga rumah sukan yang lain. Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah dan berakhir jam 1.00 tengahari.
 



 

Monday 4 February 2013

SEKOLAH RINTIS i-THINK



Apakah yang diharapkan daripada Program i-Think?
*Dengan menggunakan Alat Berfikir (Thinking tools); murid lebih fokus, berkeyakinan
dan aktif di dalam kelas.
*Aktiviti banyak berpusatkan murid.
*Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran.
*Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 2013

PADA 03 FEBRUARI 2013, PUSAT SUMBER SEKOLAH TELAH MENGADAKAN MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN SEKOLAH YANG TERDIRI DARIPADA 10 ORANG PELAJAR LELAKI DAN 9 ORANG PELAJAR PEREMPUAN. KESEMUA MEREKA TELAH MENJALANKAN TUGAS MULAI BULAN JANUARI 2013. MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN TELAH DISEMPURNAKAN OLEH GURU BESAR SKKFST, PN. ZAKIAH BINTI HASSHIM. MUHAMMAD SYAFIQ BIN MAT KHALIL, SELAKU KETUA PENGAWAS PERPUSTAKAAN TELAH MENGETUAI BACAAN IKRAR. SEMOGA PELANTIKAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN INI AKAN DAPAT MEMBANTU MENINGKATKAN LAGI KECEMERLANGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

31 Jan. - Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1434H/2013 Khamis ini  dimeriahkan dengan acara perarakan melibatkan 143orang murid sekolah dan yang menariknya tahun ini,perarakan telah meibatkan  ibubapa dan orang kampung.
Perarakan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' ini  bermula di Tapak Perhimpunan Sekolah menuju ke Masjid Ladang Fikri,Sg Tong.

Perarakan telah diketuai oleh cikgu Wan Izimi bersama Ustaz Azman bagi laungan selawat ke atas junjungan Nya.

Ceramah Maulidur Rasul dibimbing oleh Tuan Hj.Hamzah bin Awang,Bekas Guru Besar SKKFST (2003-2005).

Perarakan balik dari Masjid Ladang Fikri Ke Sekolah.