...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 31 December 2017

SELAMAT TAHUN BAHARU 2018

BERSUA KITA DITAHUN BAHARU
SEMOGA KUAT DARI TAHUN LALU
APA TERJADI BERDOA SELALU
SEMOGA ALLAH BERKATI HARIMU..
SELAMAT TAHUN BAHARU 2018..

Saturday 30 December 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH


WARGA SK FIRST SUKACITANYA MENGUCAPKAN...
SELAMAT DATANG MURID PRASEKOLAH & MURID TAHUN 1
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH MURID TAHUN 2 - TAHUN 6
BAGI SESI PERSEKOLAHAN 2018
SEMOGA DITAHUN BAHARU ANDA SEMUA LEBIH BERSEMANGAT DAN BERJAYA DALAM SEMUA BIDANG..
IN SHA ALLAH...
" Datang dengan harapan..Pulang dengan kejayaan.. "

TAHNIAH & SELAMAT DATANG

 TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA EN.FAIZAL BIN DIN DI ATAS KENAIKAN PANGKAT SEBAGAI GPK PENTADBIRAN SK FIRST.
TAHNIAH DAN SELAMAT DATANG KEPADA PN.ARINA BT SHAMSUDDIN DI ATAS PELANTIKAN GPK KOKURIKULUM SK FIRST. 

KEDUA-DUA PERLANTIKAN BERKUATKUASA PADA 17 DISEMBER 2017.
*Jadikan ia sebagai perangsang untuk lebih berjaya dan cemerlang sama ada dalam Pengurusan dan Pengajaran & Pembelajaran.

Saturday 16 December 2017

CUTI SEKOLAH...CUTI TERANCANG...

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN MSST 2017 
( SIRKIT ELIT BOLA TAMPAR B11 LELAKI )

Awal Disember yang lalu Majlis Sukan Sekolah Terengganu ( MSST ) telah menganjurkan Sirkit Elit Bola Tampar Bawah 11 Tahun Lelaki pada 7.12.2017 DAN 16.12.2017. Kejohanan telah diadakan di SMK Bukit Nenas, Setiu. Seramai 8 orang pemain Bola Tampar Lelaki B11 dari SKKFST telah dipilih untuk mewakili Daerah Setiu bagi menyertai cabaran tersebut. Pasukan ini di bawah pimpinan coach En.Mohd Sabri bin mohd bersama-sama  Pn.Siti Rokiah binti Sidek sebagai penolong coach. Tahniah kepada semua yang terlibat...

Monday 4 December 2017

TERIMA KASIH...SAYONARA



CIKGU MOHD AMRI BIN HUSSAIN
JULAI 2006 - DISEMBER 2017

Berita yang amat menyedihkan warga sekolah SKKFST yang telah kehilangan seorang guru yang amat berwibawa dan berdedikasi iaitu CIKGU MOHD AMRI BIN HUSSAIN yang telah dinaikkan pangkat sebagai GURU BESAR DI SK LEMBAH BIDONG berkuatkuasa 1 Disember 2017. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Amri meskipun seluruh warga sekolah merasa amat kehilangan seorang guru yang sangat berdedikasi.Pemergian beliau merupakan satu kehilangan aset sekolah ini,namun demi kerjaya beliau,kami terpaksa merelakan beliau pergi.
Semoga Cikgu Mohd Amri terus berkhidmat dengan cemerlang demi membela anak bangsa dan cemerlang di persada pendidikan tanah air.Selamat Maju Jaya selalu kami ucapkan dan jangan lupa kami di sini.Segala jasa dan pengorbanan Cikgu Amri akan kami kenang dan hargai selalu.
 Terima Kasih....


 CIKGU SITI ROKIAH BINTI SIDEK
JULAI 2013 - DISEMBER 2017 


Warga SKKFST turut kehilangan seorang lagi permata sekolah iaitu CIKGU SITI ROKIAH BINTI SIDEK. Apapun ucapan tahniah tetap terucap kerana beliau dapat bertukar ke SK Tengkawang bermula 1 Januari 2018 akan datang. kami warga SKKFST mengucapkan selamat bertugas di sekolah yang baharu kepada Cikgu Siti. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini sejak tahun 2013.
Warga sekolah mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada Cikgu Siti  di atas segala sumbangan dan bakti beliau dalam memartabatkan dunia pendidikan, khususnya mendidik anak-anak yang dahagakan ilmu  terutama murid Tahun 6 di SKKFST. Jasa dan pengorbanan beliau, sama ada berupa material,masa, tenaga atau segala-galanya  amatlah dihargai.
Sebagai rakan, beliau adalah seorang yang senang untuk didampingi dan sahabat yang sedia membantu dikala susah atau senang.
Jasamu cikgu, akan sentiasa diingati oleh anak-anak muridmu dan kami warga SKKFST. Kami doakan semoga cikgu Siti akan beroleh kejayaan dan berkhidmat dengan lebih cemerlang di sekolah baharu. Dan apa yang penting, jangan lupa kami di sini
Terima Kasih....


Wednesday 22 November 2017

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1439H

TARIKH : 22 NOVEMBER 2017
HARI : RABU 
MASA: 9.00 PAGI
TEMA : KESATUAN UMMAH KESEJAHTERAAN NEGARA
Rabu - Majlis Sambutan Maulidur rasul telah berlangsung dengan lancarnya di SKKFST. Bermula jam 8.30 pagi, semua murid mengambil kedudukan di hadapan tapak perhimpunan. Murid murid beratur mengikut kelas masing-masing. Perarakan dan selawat ke atas Nabi Junjungan Nabi Muhammad S.A.W telah diketuai oleh En.Mohd Amri bin Hussain .

PROGRAM PINTAR AL-QURAN KANAK-KANAK TADIKA NEGERI TERENGGANU 2017








MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH 2017


21 November 2017 - ALHAMDULILLAH….Sesi 2017 hampir melabuhkan tirai, Acara tahunan iaitu, MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN &  GRADUASI PRA SEKOLAH telah berlangsung dengan gilang gemilang dan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan di Kantin SKKFST yang  dirasmikan oleh En Muhammad bin Muda ( Pegawai Khas Kanan Agama ADUN Langkap ).
 
Majlis tersebut bermula pada pukul 9.00  pagi dan tamat pada pukul 1.30 tengah hari. Objektif  utama
MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH  diadakan adalah untuk memberi penghargaan oleh pihak sekolah kepada para pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Ketibaan para tetamu jemputan, ibu bapa dan tetamu kehormat bermula seawal jam 8.30 pagi. Alhamdulillah sesi pendaftaran kehadiran para jemputan dapat dilaksanakan dengan lancar.
 Sesi pendaftaran ibu bapa / penjaga
Majlis diserikan dengan persembahan pembukaan daripada murid pra sekolah dengan tarian "baby shark" dan " chicken dance".
 Alunan ayat-ayat suci Al-quran oleh Adik Ahmad Shauqi bin Hj Saifuddin.
 Pimpinan bacaan doa oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal, memohon diberkati majlis supaya berjalan seperti yang dirancang.
 Ucapan alu-aluan oleh Tuan Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.
 Ucapan perasmian oleh En. Muhammad bin Muda ( Pegawai Khas Kanan Agama ADUN Langkap )
 Ucapan oleh En. Wan Yaacob bin Wan Ibrahim ( Pegawai PPDSetiu (SICP+) )
Ucapan dan amanat daripada ketua murid Adik Ammar Haziq Hifzhan bin Mohd Hanif.
Penyampaian Hadiah Graduasi Pra Sekolah telah disempurnakan oleh 
En Muhammad bin Muda ( Pegawai Khas Kanan Agama ADUN Langkap )...Terima kasih daun keladi...
Persembahan gabungan daripada murid tahap 2 dan persembahan khas murid tahun 6 memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.
Sekalung TAHNIAH kepada semua murid yang telah menggondol hadiah dalam pelbagai kategori masing-masing.Yang kurang berjaya..cuba lagi ditahun hadapan..Ucapan Terima kasih kepada En.Wan Yaacob bin Wan Ibrahim di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada murid-murid.
 Ainul Balqi Shafia binti Norddin - ANUGERAH SURI TELADAN
 Muhammad Hafiz Danial bin Mohd Faizol - ANUGERAH KHAS SUKAN ( LELAKI )
 Husna Ain Shuhada binti Khairullizam - ANUGERAH KHAS SUKAN ( PEREMPUAN )
TAHNIAH DAN SYABAS !!!
 Noraiman Shah bin Norazlan Shah O'brien - TOKOH KOKURIKULUM
 Ammar haziq hifzhan bin Mohd Hanif - TOKOH KURIKULUM + TOKOH MURID
 TAHNIAH & SYABAS KEPADA KEDUA-DUA YANG TELAH MERAIH KEJAYAAN
Penyampaian cenderahati kepada Tuan Guru Besar oleh GPKP
 AJK PELAKSANA MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH 2017.
 Secara keseluruhannya, MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN & GRADUASI PRA SEKOLAH  pada tahun ini  telah disempurnakan dengan jayanya, hasil  usaha gigih dan kerjasama semua warga sekolah  SKKFST dari peringat awal hingga akhir dan berjaya mencapai objektifnya. TAHNIAH KEPADA SEMUA..ANDA HEBAT..