...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 April 2016

SELAMAT HARI PEKERJA 1 MEI 2016


Sunday 24 April 2016

SELAMAT BERCUTI..


Selamat bercuti buat semua warga SKKFST sempena hari Ulangtahun Keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Terengganu.


PENYERAHAN MODUL KECEMERLANGAN UPSR KEPADA CALON UPSR 2016

AHAD - 24 April 2016 - Satu majlis penyerahan Modul Kecemerlangan UPSR telah diadakan. Apa yang diharapkan adalah 21 Calon UPSR SKKFST tahun 2016 ini dapat manfaatkan modul-modul itu dengan baik dan bijak.Semoga kejayaan milik kalian semua....In Sha Allah...

Monday 18 April 2016

PERTANDINGAN SMART ENGLISH YDSM PERINGKAT ZON SETIU TIMUR

18 April 2016 ( isnin ) - Bertempat di SK Seri Langkap sebagai tuan rumah, Program Pengukuhan Bahasa Inggeris YDSM  Pertandingan Smart English Zon Setiu Timur telah diadakan. Sebanyak 11 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini .

Keputusan rasmi :

JOHAN - SK LUBOK TERAS
NAIB JOHAN - SK SUNGAI TONG
KETIGA - SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG

Pendaftaran peserta di luar dewan terbuka SK Seri Langkap
Peserta berada di station masing-masing untuk memulakan program pengukuhan
Pertandingan kategori action songs dijalankan selepas program pengukuhan tamat.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh wakil PPD SETIU iaitu CIK KHAIRIAH BT ABD MANAN   

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG...YANG KURANG BERJAYA BOLEH CUBA LAGI DILAIN WAKTU.ANDA SEMUA HEBAT!!!!

Sunday 17 April 2016

TERIMA KASIH YB


Wednesday 13 April 2016

Program Berjalan Serentak 10,000 Langkah

Pejabat Kesihatan Kawasan Sungai Tong dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Setiu telah menganjurkan Program Berjalan Serentak 10,000 Langkah hari ini 14 April 2016 (khamis). Program ini telah diadakan di Klinik Kesihatan Sungai Tong bermula seawal 8.30 pagi. Program ini  turut disertai oleh anggota kesihatan, pelajar sekolah dan orang awam.
 Tujuan utama program ini ialah untuk mempromosikan Kempen Berjalan 10,000 langkah yang telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu bentuk intervensi yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat menjadi lebih aktif dan seterusnya menjadikan amalan berjalan kaki sebagai satu rutin harian. Usaha untuk melahirkan program sebegini merupakan satu usaha yang murni kerana ianya secara langsung dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa menjaga kesihatan itu sebenarnya adalah hak dan tanggungjawab bersama.


Acara Senamrobik dilakukan sebelum berjalan 10,000 langkah dimulakan.
2 orang Guru Pengiring turut serta dalam program ini.


 TAHNIAH kepada penganjur dan semua yang terlibat.


MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA TAHUN 6 BERSAMA GURU-GURU


SK Kampung Fikri Sungai Tong, 13 April 2016 - Jawatankuasa UPSR SKKFST  telah mengadakan Majlis Temu Murni Tahun 6 yang melibatkan guru-guru, Murid Tahun 6 serta para ibu bapa. Program ini adalah bagi mencambahkan lagi usaha dan komitmen para ibu bapa serta murid tahun 6 sendiri dalam mencipta kejayaan anak masing-masing. Pertemuan dua hala ini diadakan di Makmal Komputer SKKFST dengan membentangkan prestasi TOV murid tahun 6 serta merangka gerak kerja serta kerjasama dua hala pihak sekolah dan ibu bapa.
Pendaftaran di luar Makmal Komputer.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Wan Izimi bin Wan Md Zin

Ucapan alu-aluan daripada Tuan GB En Zainuddin bin Dollah
Penolong Kanan Pentadbiran memberikan taklimat berkenaan rangka kerja dan keputusan terkini calon UPSR.
Para Ibubapa tekun mendengar taklimat dan perancangan kerja demi melihat kejayaan 
anak-anak.

Ibu bapa bertemu mata dengan guru mata pelajaran untuk bertanya atau meluahkan segala permasalahan anak-anak mereka.

Semoga perkongsian ini memberikan pendedahan yang cukup positif kepada semua ibubapa demi kebaikan murid-murid SKKFST. Kejayaan murid-murid kejayaan kita bersama. 

Semoga terus cemerlang .


CERAMAH KESIHATAN DAN KESELAMATAN

12 April 2016 ( Selasa ) - Satu sesi Ceramah Kesihatan & Keselamatan telah diadakan bertempat di Makmal Komputer SKKFST dari jam 9.30 hingga 1.00 ptg. Semua Murid terlibat dalam sesi ini iaitu seramai 124 orang murid. Ceramah di sampaikan oleh En Khairuddin bin Mohd iaitu Pegawai Kesihatan Daerah Setiu. Ceramah pada hari itu diadakan 2 sesi yang bertajuk " Bahaya Merokok " Dan " Cegah Aedes Sebelum Terlambat " . Tujuan Ceramah diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan keselamatan di kalangan murid sekolah rendah.

Terima kasih diucapkan kepada skuad Jabatan Kesihatan Daerah Setiu kerana sudi hadir menyampaikan ceramah pada hari itu.Semoga murid-murid mendapat kesedaran dan pengetahuan serta dapat digunakan dalam kehidupan seharian mereka.

Saturday 9 April 2016

MAJLIS TEMU MURNI IBU BAPA MURID TAHUN 6 BERSAMA GURU-GURU

13 April 2016 ( Rabu ) -  akan  diadakan Temu Murni ibu bapa murid tahun 6 dan 

guru-guru buat  kali pertama untuk 2016. Majlis ini diadakan bertujuan 

membentangkan pencapaian

murid-murid tahun 6 setakat ini. Dengan adanya majlis ini, ibu bapa dapat 

mengetahui dengan lebih lanjut mengenai anak-anak mereka sekaligus membuat 

persiapan awal untuk pencapaian cemerlang anak-anak mereka dalam UPSR kelak. 

Wednesday 6 April 2016

MAJLIS PENUTUP KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M ) 2016

Pada 6 April 2016, SK Kampung Fikri Sungai Tong  telah mengadakan Majlis Penutup bagi Program Kem Membaca 1 Malaysia 2016. Majlis ini telah diadakan di Kantin SKKFST. Majlis ini diadakan bagi menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang sepanjang berlangsungnya Kem Membaca 1 Malaysia. 
Persembahan Khas daripada Adik Nadirah bt Sulaiman & Adik Khalish Irfan bin Khairul Azman.

Pertandingan Melukis & Mewarna bagi Tahap 2 Dan Mewarna bagi Tahap 1.

Pertandingan Teka Silang Kata kategori Tahap 1.

Penyampaian hadiah kepada semua pemenang untuk kategori-kategori yang telah dipertandingkan sepanjang kem membaca diadakan.Tahniah kepada semua yang berjaya.Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada warga SKKFST yang telah memberi sepenuh komitmen sepanjang program berjalan.