...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 27 November 2013

BERITA SEKOLAH

Pihak sekolah ingin memaklumkan kepada tuan/puan maklumat berikut terutamanya kepada
 ibubapa / penjaga murid SKKFST begi sesi persekolahan tahun 2014 :

1. 15 November 2013 ( Jumaat )
  - Cuti akhir tahun bermula

2. 29 Disember 2013 ( Ahad )
- i) 8.30pagi = Taklimat kepada semua ibubapa / penjaga
                        PBS,LINUS,KSSR,RMT,KWAPM,PPPM,
                       VLE FROG,I-THINK 
   ii) 10.30pagi = Rehat, Jamuan ringan

 iii) 11.00pagi = Pendaftaran sesi 2014, membeli dan membayar                                                                                        keperluan sekolah.
                          Menerima laporan dan mengambil buku adab belajar.

3. 30 Disember 2013 ( Isnin )
 - Taklimat Prasekolah

4. 1 Januari 2014 ( Rabu )
 - Sesi persekolahan 2014 bermula. Semua murid diwajibkan hadir.


Sekian,terima kasih
Admin mengucapkan selamat bercuti.Jaga Diri.

RENUNGAN PENYEJUK HATI


Seorang ulama mendapat ujian hebat dalam hidupnya. Saat itu beberapa saudara mengunjungi beliau untuk menghibur. Dalam kesempatan tersebut, dengan tenang beliau berkata: “Aku telah membuat obat dengan 6 resep”. Yang lain lalu bertanya, “apa itu?”. beliau menjawab:

1. Percaya pada ALLAH

2. Aku tahu segala sesuatu yang ditakdirkan pasti terjadi

3. Kesabaran adalah hal terbaik yang musti dilakukan oleh orang yang sedang dalam ujian ALLAH.

4. Bila aku tidak dapat bersikap sabar, apalagi yang bisa aku lakukan, karena kesedihan tidak akan pernah bisa menolong diriku.

5. Bisa jadi aku tertimpa sesuatu yang lebih buruk dari ini.

6. Dari waktu ke waktu aku hanya menikmati kegembiraan.

SUBHANALLAH..

Betapa indahnya urusan kaum muslim itu. Jika ia mendapat nikmat ia besyukur, itu terbaik baginya. jika ditimpa musibah ia bersabar, itu yang terbaik baginya.

Saudaraku, selalu ada hikmah dibalik musibah. Dan selalu ada balasan dari tiap kesabaran. Mari senantiasa berbaik sangka pada ALLAH, karena sungguh, ALLAH lah yang paling mencintai kita. CintaNya tidak hanya lewat suka dan tawa kita, tapi juga lewat musibah dan bencana. Dan yakinlah, ALLAH yang menguasai segalanya tidak akan zalim pada umatNya.

“kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” ( QS. 23:62 )

“karena sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya beserta kesulitan itu ada kemudahan.” ( QS 94: 5-6 )

Sahabat Abi Hurairah ra berkata, bahwa Rasulullah saw telah bersabda: Allah swt telah berfirman: “Aku adalah tergantung dalam zhan (prasangka) hamba-Ku kepada-Ku. Sesungguh-nya Aku selalu beserta hamba-Ku selagi dia berdzikir kepada-Ku.” (HR. Bukhari dan Muslim).


Segala puji bagi ALLAH, semoga kita termasuk orang-orang yang bersabar.

Tuesday 19 November 2013

MUSIM TENGKUJUH AKAN TIBA

 
*Gambar sekadar hiasan
 
Kita sudah sampai ke penghujung tahun 2012.  Sudah tentunya semua sedia tahu bila tiba hujung tahun maka bermulalah musim tengkujuh yang akan mengakibatkan banjir dibeberapa kawasan terutama kawasan rendah. 
Kepada masyarakat di negeri-negeri pantai timur Semenanjung,  musim tengkujuh sudah menjadi satu perkara biasa.  Mereka sudah tahu apa yang harus dilakukan.  Mereka sedar musim ini juga membawa pelbagai bala bencana.  Mereka sudah sedia menghadapinya.
Mungkin kepada ramai,  terutama yang bergantung rezeki kepada menangkap ikan di laut atau di sungai,  aktiviti mereka akan terhad.  Mereka akan mencari kaedah alternatif untuk menampung kehidupan keluarga.  Berusaha tetap mereka laksanakan.
Bagi mereka, ketibaan dan kehadiran musim tengkujuh ini membawa pelbagai kesusahan.  Mungkin yang perlu menyeberangi sungai untuk kebandar atau anak-anak mereka ke sekolah,  keadaan ini agak membimbangkan.  Akan tetapi jika kesedaran dan keperihatinan akan bahaya yang mungkin mendatang,  mereka tetap akan berjaga-jaga.
Sebelum ini tempat permainan
Tahun demi tahun mereka mengalami keadaan ini.  Tahun demi tahun juga mereka dinasihatkan oleh agensi-agensi berkaitan,  mengenai langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku banjir.  Mereka masih dan tetap ingat akan rukun keselamatan yang disampaikan kepada mereka.
Apa pun ketibaan musim tengkujuh,  terutama di negeri-negeri di pantai timur Semenanjung adalah satu peristiwa yang perlu diambil kira dan dititik beratkan oleh masyarakat dalam menjalani hidup seharian mereka..  ’Sentiasalah berjaga-jaga … malang tidak berbau.  Jagalah keselamatan diri dan anggota keluarga.’

Wednesday 13 November 2013

KEPUTUSAN UPSR 2013

  
Umum mengetahui keputusan UPSR 2013 telah pun diketahui pada hari ini. SKKFST sekali lagi mencipta kejayaan apabila lulus 100% semua matapelajaran walaupun calon yang mendapat 5A hanya 3 orang. Namun begitu SKKFST berjaya menaikkan kembali band sekolah  (BAND 2) ke BAND 1.Tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang terlibat terutamanya guru-guru tahun 6 samada secara langsung atau tidak langsung.
Bersama guru-guru yang telah membimbing sehingga mendapat keputusan hari ini.Syabas dan Tahniah!
Inilah wajah-wajah cemerlang SKKFST tahun 2013
Wajah 5A Dari kiri ( Afiqa,najihah,Syahira ).TAHNIAH kepada ibu bapa dan juga guru yang banyak membantu mencipta kejayaan kami hari ini.

SELAMAT BERCUTI

Selamat Bercuti Sekolah....

Esok secara rasminya bermulalah cuti sekolah penggal akhir tahun bagi sesi persekolahan 2013. Dan sudah tentu jalanraya akan sedikit lengang.  Legalah sedikit ye tak...
Namun begitu.. mak ayah dah tentu kelam kabut ingin memikirkan mana nak letak anak2... nak tinggalkan di rumah .. bimbang pulak.. nak di letakkan kat kampung.. susahkan nenek dan tok pulak... hmmmm macam2 kan..
Apa2 pun selamat bercuti kepada semua dan jangan lupa jaga diri yer.... dan mak ayah pulak ini jugak kesempatan untuk bercuti jugak... jalan2 bawak anak2.. mak boleh lah rehat sikit... :)



MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI PRASEKOLAH 2013

SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG )-12 NOVEMBER 2013: Majlis yang ditunggu- tunggu oleh semua murid untuk dijulang antara murid terbaik telah berjaya diadakan dengan penuh meriah di kantin SKKFST. Majlis yang telah dirasmikan oleh En.Anuar bin Ishak ( Unit ICT PPDS ) merangkap Pegawai perhubungan  Sekolah SKKFST bermula jam 9:00 pagi.

Ucapan alu-aluan daripada Puan Guru Besar SKKFST Puan Zakiah bt Hasshim
Ucapan daripada Ketua Murid  - Adik Syahira bt Shamsuddin
Nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan
Terima Kasih diucapkan kepada tetamu VIP yang sudi hadir memeriahkan Majlis Anugerah 2013
Para ibu bapa juga hadir bagi melihat anak masing-masing menjulang hadiah kecemerlangan
Graduasi prasekolah yang telah disempurnakan oleh En.Anuar bin Ishak.
Tahniah kepada yang telah berjaya.Bagi yang kurang berjaya cuba lagi ditahun hadapan.
Beberapa persembahan murid yang memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.

PIHAK PENGURUSAN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA KOMITMEN WARGA SKKFST DALAM MENJAYAKAN PROGRAM-PROGRAM PADA TAHUN 2013.
 
JUMPA LAGI DITAHUN 2014.








PEMUSNAHAN SARANG SANG LEBAH

Sarang lebah yang dikesan
Terima Kasih kepada Jabatan Bomba Daerah Setiu...

Sunday 3 November 2013

SALAM MA'AL-HIJRAH 1435


PENYERAHAN ID VLE-FROG KEPADA MURID

Taklimat ringkas daripada penyelaras VLE-FROG iaitu cikgu Md Hesham bin Ismail

KEM MEMBACA 1MALAYSIA

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: "One Nation Reading Together" telah diadakan secara rasmi pada 28 Oktober bertempat di kantin SKKFST oleh PKKO En.Mohd Sabri bin Mohd.Program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara ini berakhir pada 30 Oktober 2013.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.