...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 30 December 2015

SELAMAT TAHUN BARU!!!!

Image result for selamat tahun baru 2016

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2016

Kurang lagi 3 hari sesi persekolahan tahun 2016 akan bermula.Diharap semua murid telah bersedia daripada semua aspek.Kembali bersemangat bagi meneruskan persekolahan untuk mencapai pelbagai kejayaan.SELAMAT DATANG diucapkan kepada murid-murid TAHUN 1  & PRASEKOLAH dan SELAMAT KEMBALI  kepada murid-murid TAHUN 2 - TAHUN 6 .Kami Warga SKKFST berbesar hati dan sangat mengalu-alukan kedatangan kalian semua.
Adalah diharapkan, 2016 bakal membawa satu titik perubahan yang besar di bumi SKKFST  tercinta. Seperti kata pepatah “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.”
Kita kembali ke sekolah untuk sesi 2016 dengan penuh keazaman menempah kecemerlangan dunia dan akhirat.
 Ucapan selamat kembali ke sekolah juga ditujukan kepada semua warga guru, pentadbir, staf, murid dan juga ibu bapa/ penjaga SKKFST.

Tuesday 29 December 2015

HARI SUAIKENAL DAN TAKLIMAT MURID PRA SEKOLAH

30 Dis 2015
Rabu
Prasekolah Adwan SK Kampung Fikri ( Sg Tong )

Ojektif Program : 
1. Mendedahkan bakal murid-murid prasekolah kepada suasana pembelajran sebenar 
2. Memberi penerangan kepada ibu bapa / penjaga mengenai hal ehwal prasekolah yang perlu mereka ketahui.

AM
1.
 
Monday 28 December 2015

KURSUS DALAMAN (LADAP) BAGI DSKP MATA PELAJARAN TAHUN 6 KSSR 2015

28 - 30 DIS 2015 
Kursus Dalaman Peringkat Sekolah bagi mata pelajaran Tahun 6 KSSR telah diadakan bertempat di makmal komputer SKKFST dengan kehadiran 100% guru.Program ini bertujuan untuk menyebarkan serta berkongsi maklumat dengan semua warga sekolah agar dapat difahami dengan harapan proses PdP Tahun 6 KSSR pada tahun 2016 berjalan lancar.Program telah  berlangsung dengan jayanya dan setiap guru lebih memahami konsep KSSR yang dimaksudkan.Semoga program ini banyak memberi manfaat baru kepada setiap guru. Terima kasih kepada semua guru yang sudi hadir.

Sunday 27 December 2015

PERSIAPAN MINGGU AKHIR

 Surirumah, Hafiza Baharom, 36 tahun membantu anaknya, Hazrin Shah, 11 tahun mencuba baju sekolah ketika membuat persiapan akhir menjelang pembukaan sesi baru persekolahan 2016 awal Januari tidak lama lagi. foto SAFWAN MANSOR. 24 DISEMBER 2015
gambar hiasan sahaja
Kurang seminggu lagi sesi persekolahan 2016 akan bermula dan ibu bapa juga sudah mula sibuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak mereka.Ramai ibu bapa yang sedang berbelanja untuk keperluan sekolah anak-anak mereka di saat-saat akhir.Namun bukan semua barang keperluan persekolahan perlu dibeli baharu kerana ramai ibu bapa memilih berbelanja secara berhemah selain bijak dalam membuat perancangan perbelanjaan mereka.

 Assalamualaikum..... Hari ini admin ingin memberi tips dalam berbelanja secara berhemah.....
Krisis harga barang menyebabkan ramai yang gagal dalam menguruskan kewangan sehingga berlaku pelbagai krisis terutamanya krisis rumah tangga. Bagi mengelakkan situasi ini daripada berlaku, terdapat beberapa tips yang boleh dijadikan amalan :
1. Ubah gaya hidup, Jika dulu gemar membeli barang import, sekarang gunalah produk tempatan. Produk tempatan bukan sahaja lebih murah malah boleh memberi pulangan yang baik kepada ekonomi Negara. Berikan peluang kepada produk tempatan untuk berkembang. Elak terlalu bersikap bergantung kepada produk luar sehingga menjejaskan ekonomi Negara.
2. Tunjukkan contoh kepenggunaan yang baik kepada anak-anak. Ibu bapa perlu didik dan memberi teladan yang baik untuk dicontohi. Elakkan pembaziran secara tidak sedar seperti pembaziran air, elektrik dan penggunaan telefon bimbit.
3. Tingkatkan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan pendapatan dan berjimat. Setiap suri rumah wajar mempunyai kemahiran seperti menjahit atau membuat kuih bagi membantu suami menambahkan sumber pendapatan. Selain itu, praktik perkara yang sebelum ini tidak pernah dibuat misalnya menanam sayur-sayuran di laman rumah hatta di dalam pasu sekalipun.
4. Rancang perbelanjaan secara berhemah. Dianggarkan berlaku pembaziran antara 20 hingga 25 peratus bagi perbelanjaan setiap isi keluarga. Ramai yang gemar berbelanja tanpa merancang. Buat perancangan awal dan senaraikan jenis barang sebelum membeli. Utamakan barang keperluan dan hadkan barangan yang tidak diperlukan.
5. Jangan panik atau terlalu emosi. Sebaliknya guna hak sebagai pengguna. Membeli secara bijak dan elak dimanipulasikan golongan peniaga yang cuba ambil kesempatan.

| TERIMA KASIH DAUN KELADI |

Wednesday 25 November 2015

20 CADANGAN AKTIVITI DIMUSIM CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah tiba lagi!!! Masa cuti yang panjang seeloknya dimanfaatkan dengan berkesan oleh adik-adik di rumah. Di sini cadangan 20 Aktiviti Cuti Sekolah Yang Paling Popular dan Bermanfaat untuk adik-adik lakukan sepanjang cuti sekolah ini. Buat ibu bapa pula, laburkanlah sedikit wang anda bagi pengisian yang bermakna buat anak-anak. Semoga cuti sekolah ini dapat terisi dengan sebaiknya!

Image result for aktiviti masa cuti
gambar sekadar hiasan
 
01. Kem Motivasi
02. Kem Ibadah
03. Klinik Sukan
04. Belajar ICT
05. Kursus Pendek Bahasa
06. Kemahiran Bertukang
07. Kraf dan Anyaman
08. Belajar Alat Muzik
09. Belajar Berenang
10. Belajar Memasak
11. Belajar Menari
12. Berkebun
13. Melancong
14. Sukan Ekstrem
15. Bekerja Sambilan
16. Membantu Datuk dan Nenek di Kampung
17. Menolong Ibu Bapa di Rumah
18. Melakukan Kerja Amal
19. Baca Novel / Buku Ilmiah
20. Ulangkaji dan Persediaan Tahun Depan

Ini lah serba sedikit 20 cadangan aktiviti cuti sekolah yang berguna dan bermanfaat kepada adik-adik dan juga ibu bapa. Manfaatkan cuti sekolah adik-adik dengan sebaiknya dengan sasaran mempunyai sekurang-kurangnya satu nilai tambah baru kepada adik-adik tahun depan. Kepada ibu bapa juga, tak perlu manjakan anak pada musim cuti sekolah dengan hanya membiarkan mereka menonton tv, bermain games dan melayari Internet sepanjang masa. Cubalah salah satu daripada aktiviti di atas, inshaAllah anda dan anak akan perolehi sesuatu yang bermakna cuti sekolah ini!

Monday 23 November 2015

2015 TOH ENG HWA CUP UNDER 11 VOLLEYBALL CHAMPIONSHIP

TARIKH : 20-22 NOV 2015
TEMPAT : MUAR,JOHOR BAHRU

KEPUTUSAN RASMI 

LELAKI
1.SJKC Pin Hwa 1, klang
2.SJK Tung Hua, sibu
3.Qi Fa Primary Singapore
4.SJKC Chung Hwa Ke-3,Muar
5. SK KG Fikri, Setiu
6. SJKC Mentakab 1, temerloh
7. SJKC Pei Yang Muar A
8. SJKC Soon Cheng Muar
9.Sk Sri Paka Terengganu
10. SK Parit Hj Adnan Pontian
11. SJKC Chung Hwa Presbyterian Muar
12. SJKC Pei Yang Muar B

PEREMPUAN
1. Pasir Dusun Volleyball team
2. QI FA PRIMARY SCHOOL
3. SJKC Pei Yang Muar
4. SJKC Tung Hua Sibu
5. SK KG Fikri setiu
6. SJKC TMN Rashna Klang
7.The Blaze Kuantan
8. SK SRI Paka Terengganu
9. Sk Lembah Jaya terengganu

Sunday 22 November 2015

HOLIDAY IS HOLIDAY!!!! TEACHER IS TEACHER!!! WORK IS WORK!!!

PERMOHONAN BANTUAN DANA TTB

Permohonan rayuan bantuan boleh di buat secara online atau manual. Berikut adalah langkah-langkah permohonan :-

  • Secara Online - melayari Portal Negeri Terengganu pada pautan iDANATTB  (http://danattb.terengganu.gov.my).
  • Secara Manual - pergi ke Pusat Bestari.com yang berdekatan  di DUN masing-masing.

Syarat Kelayakan
  • Rakyat Terengganu atau Pemastautin yang tinggal sekurang-kurangnya 10 tahun di Negeri Terengganu
  • Pemilih yang berdaftar di Negeri Terengganu
  • Pemohon yang memenuhi syarat kelayakan sebagaimana di menu Syarat
    Kelayakan

Kategori Permohonan
1. Dana Raya
  • Ibu Tunggal
  • OKU
  • Warga Emas
  • Orang Miskin
2. Bakti Remaja
3. Bantuan Persekolahan

Jumlah Bantuan
  • Bantuan raya sebanyak RM300 seorang bagi kategori orang kurang upaya (OKU), warga emas, bapa atau ibu tunggal yang tiada anak 
  • RM400 bagi kategori miskin, bujang, berumur 41 tahun ke atas dan bergaji RM1,500 ke bawah dan bapa atau ibu tunggal yang mempunyai anak
  • Dana Bakti Remaja, RM200 akan diberikan kepada mereka yang belum berkahwin yang berumur 21 hingga 40 tahun

Saturday 21 November 2015

UPSR: RM500 bagi murid cemerlang di Terengganu

Image result for MAJLIS APRESIASI UPSR BERSAMA MENTERI BESAR TERENGGANU 22 November 2015 - Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak - Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan memberikan RM500 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 2,558 murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 yang telah diumumkan beberapa hari yang lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta sebagai tanda penghargaan kepada murid yang cemerlang dan menaikkan nama Terengganu.
"Selain meraikan calon dan ibu bapa murid yang cemerlang, majlis istimewa itu turut meraikan guru, sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah yang cemerlang.
"Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kerajaan negeri kepada mereka yang menaikkan nama Terengganu sebagai antara negeri yang cemerlang dalam bidang pendidikan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Pelancaran Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2015 di Dataran Batu Burok, di sini, hari ini.
Kuala Terengganu: Kerajaan negeri akan memberikan RM500 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) kepada 2,558 murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ia membabitkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta sebagai tanda penghargaan kepada murid yang cemerlang dan menaikkan nama Terengganu.
Beliau berkata, majlis penyampaian SSPN itu akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus pada 22 November ini.

Artikel dipetik daripada harian metro khamis : 19 Nov 2015

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/94250#sthash.hZa6mCKu.dpuf

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 November 2015 @ 3:32 PM