...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 21 September 2015

SALAM AIDILADHA 1436H


Salam 1Malaysia – Hari raya Aidiladha atau hari raya Korban merupakan salah satu peringatan hari besar Umat Islam, dimana sebahagian umat Islam yang mampu dan mandapat panggilan dari Allah melaksanakan salah satu rukun Islam yang ke – 5. Selain itu umat Islam di seluruh penjuru dunia juga melaksanakan solat sunat Aidiladha. Setelah itu ada momen ibadah  yang penting iaitu menyembelih haiwan Korban bagi mereka yang mampu .
Pada Tahun 2015 ini perayaan hari raya Aidiladha bertepatan dengan Aidiladha 1436 H. Perayaan hari raya Korban akan di laksanakan pada tanggal 10 Dzulhijjah 1436 H bersamaan 24 September 2015 M yang kini tinggal beberapa hari lagi. Untuk itu admin mewakili warga SKKFST ingin mengucapkan  SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam amnya dan pengunjung blog ini khasnya. Mohon maaf zahir dan batin.Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT.Amiinn...


" Semoga Allah beri keluasan rezeki kepada kita untuk memenuhinya dan menerima amal ibadah kurban kita. Aamiin. "

Wednesday 16 September 2015

Cuti Pertengahan Penggal Kedua 2015

Pihak Sekolah Mengucapkan Selamat Bercuti Kepada Warga Pendidik dan semua murid . Cuti akan bermula esok selama seminggu. Sepanjang percutian ini , murid-murid hendaklah membuat kerja rumah yang telah diberikan dan juga mengulangkaji pelajaran.
Sekian, terima kasih
" Selamat Bercuti...jaga diri... "

LANGSUNG DARI ALICE SMITH INTERNATIONAL SCHOOL,KUALA LUMPUR









Beberapa keping gambar sekitar lawatan pentadbir, guru-guru  bersama murid-murid SKKFST di Alice Smith  International School...Admin akan publish dilain masa untuk aktiviti-aktivi lain di sana.cukuplah untuk tatapan hari ini...Sekian..Harap Maklum...

" JAUH PERJALANAN....LUAS PERMANDANGAN..."

Monday 14 September 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA


TAKLIMAT SEKOLAH KAWALAN KEPADA IBU BAPA MURID TAHUN 6 2015

TARIKH : 14 SEPT 2015
HARI : ISNIN
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SKKFST
PENYAMPAI : PN ROSLIWATI BINTI SIDIK AHMAD ( GPK 1 )









" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "

Saturday 12 September 2015

SELAMAT BEKERJA...

Image result for selamat bekerja



Wednesday 9 September 2015

EXAM WEEK !!!

Image result for exam week




Sunday 6 September 2015

MAJLIS HALAL RESTU ILMU CALON UPSR SKKFST 2015

7 September 2015 - SK Kampung Fikri ( Sg Tong ) telah menganjurkan Majlis Halal Restu Ilmu Calon UPSR 2015. Objektif utama majlis ini ialah menzahirkan restu dan halal Ilmu yang semua guru SKKFST berikan  serta penyataan doa dan harapan guru kepada murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR 2015 pada 8, 9 , dan 10 September 2015.


Ucapan dan harapan serta doa restu oleh Tn Guru Besar En Zainuddin

Ucapan dan harapan serta doa restu oleh GPK1 Pn Rosliwati

19 orang calon UPSR 2015 yang diraikan dengan penuh harapan agar semuanya berjalan lancar dan memperolehi kejayaan.

Entah apa yang menyentuh perasaan seorang murid ketika memohon restu daripada guru kelas tahun 6 merangkap guru yang mengajar bahasa melayu penulisan... : (

Jamuan ringan disediakan sempena meraikan calon-calon UPSR 2015.

Ya Allah, Kami Guru Guru Merestui dan menghalalkan segala ilmu yang telah kami berikan kepada murid-murid tahun 6 ini... Berikanlah kejayaan kepada mereka. Amin


SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2015


IN SHAA ALLAH...BERKAT USAHA DAN DOA ...SEMUA CALON UPSR 2015 AKAN BERJAYA...SELEBIHNYA TAWAKAL KEPADA YANG MAHA ESA...

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2015


Menjelang 8 Sept 2015, maka bermulalah episod menilai tahap pencapaian pembelajaran murid-murid tahun 6 seluruh negara. Seramai 20,700 murid tahun 6 di Negeri Terengganu akan terlibat dengan UPSR yang akan berakhir 10 Sept 2015.

Sehubungan dengan itu,seluruh warga pendidik terutama warga SKKFST mengucapkan selamat menduduki ujian UPSR dengan hati yang tenang  dan tabah untuk 19 orang calon UPSR SKKFST.
ANDA PASTI BOLEH !!! YAKIN BOLEH!!!



" SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAK DIDIK SKKFST "

PENGHARGAAN KEPADA PEMAIN FUTSAL CILIK






Jurulatih futsal pra cikgu Sulaiman bin Salleh

TAHNIAH !!! kepada jurulatih dan pemain kerana berjaya mendapat tempat ketiga Zon Setiu Timur.

Saturday 5 September 2015

UNTUK PERHATIAN GURU DAN IBU BAPA !!!




KARNIVAL BIJAK PRA SEKOLAH ZON SETIU TIMUR 2015

Tarikh : 02 September 2015 ( Rabu )
Tempat : Gelanggang Futsal Dun Langkap Batu 28
Jenis Pertandingan : Futsal
Seramai 8 orang wakil Prasekolah SKKFST telah menyertai pertandingan futsal peringkat Zon Zetiu Timur pada hari tersebut.Mereka telah bermain dengan bersungguh-sungguh menentang pihak lawan.Diiringi guru pembimbing Pn. Nik Mazlina . Tahniah kerana memperoleh tempat ketiga Peringkat Zon Setiu Timur.
SKKFST VS SK SUNGAI TONG

SKKFST VS SK SERI LANGKAP

SKKFST VS SK PAK BA + SK SUNGAI LAS


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang

Pemain bersama guru pengiring Pn Nik Mazlina bt Nik Abd Rahman

Tahniah kepada SK Sungai Tong kerana telah berjaya menjadi Johan dalam acara futsal pada hari itu dan sekaligus akan mewakili Zon Setiu Timur ke Karnival Bijak Prasekolah Peringkat Daerah Setiu yang akan diadakan nanti.


" TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA ENTRY SAYA "