...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tidak jauh dari mereka. Inilah yang dijanjikan kepadamu, iaitu kepada setiap hamba yang selalu kembali pada Allah lagi memelihara semua peraturan-peraturan-Nya. Orang yang takut kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, sedang Dia tidak kelihatan olehnya dan dia datang dengan hati yang bertaubat. Masukilah syurga itu dengan aman, itulah hari kekekalan. Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki dan pada sisi Kami ada tambahannya.” (Al-Quran, Qaaf: 31-35)"

Sunday, 29 December 2013

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH 2014

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKKFST. Rabu ini akan  bermulanya sesi persekolahan untuk tahun 2014. Selamat datang diucapkan kepada seorang guru baru yang memulakan tugas di SKKFST  iaitu Pn.Zurina Azra binti Che Abdul Rashid dari SK Taman Panglima Taiping,Perak. Semoga dengan kehadiran cikgu akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi para pelajar di sekolah ini.

Namun begitu, terima kasih juga diucapkan kepada seorang bekas guru yang pernah berkhidmat di SKKFST ini iaitu Pn. Nor Mastura binti Setapa yang telah pun bertukar ke SK Mengabang Telipot bermula 01.01.2014 nanti. Segala jasa baik cikgu  akan kami kenang hingga ke akhir hayat.

Sunday, 22 December 2013

3 TANDA BERSYUKUR....

Selalulah bersyukur,
Bersyukur dengan apa yang ada,
Bersyukur dengan apa yang diberi...
BUKAN MENYALAK....

Wednesday, 18 December 2013

SELAMAT JALAN 2013 SELAMAT DATANG 2014

Pejam celik...pejam celik...tanpa kita sedari Tahun 2013 perlahan-lahan meninggalkan kita.Beberapa hari lagi Tahun 2014 pula bakal menjelma melakarkan pelbagai cerita samada suka atau duka. Apakah tahun 2013 sudah melakarkan pelbagai sejarah kepada kita???? Wallahua'lam.....

SELAMAT TINGGAL 2013....SELAMAT DATANG 2014

Tuesday, 17 December 2013

PENYEJUK HATI


MANUSIA HANYA AKAN BEROLEH KETENANGAN APABILA FITRAH ATAU ROHANINYA TERISI,SUBUR DAN SIHAT....IA MAHA MENGETAHUI AKAN SEGALA RAHSIA-RAHSIA YANG TERSEMBUNYI.SEGALA SESUATU YANG DI DALAM HATI MANUSIA ADALAH MILIKNYA JUA..BERSERAHLAH KEPADANYA UNTUK MENCAPAI KETENANGAN HIDUP DIDUNIA DAN KEBAHAGIAAN DI AKHIRAT.

Wednesday, 11 December 2013

" BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGI BAHU MEMIKUL "



TAKRIF BENCANA
   "Sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat."
"melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."
- Semoga mereka yang terlibat bencana tabah menghadapi dugaan ini. " Berat mata memandang Berat lagi bahu memikul " 

SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAH DISEBALIKNYA



Sunday, 1 December 2013

SALAM ISNIN 28MUHARRAM