...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 22 September 2018

RINGKAS TAPI BERMAKNA..

23 Sept - Ahad...Satu majlis ringkas telah diadakan pagi ini bertempat di Kantin SKKFST. Majlis yang dimaksudkan adalah Majlis Pra Persaraaan En.Mohd Safie bin Mohamed Noor atau lebih mesra dipanggil "Pok Awang ". Beliau akan bersara secara rasmi pada 1 Oktober ini. Majlis diadakan untuk memberi peluang kepada Pok Awang menyampaikan amanat terakhir beliau kepada warga SKKFST secara khusus dan juga sebagai penghargaan murid serta warga sekolah kepada beliau bagi mengenang segala jasa beliau sepanjang berkhidmat di SKKFST.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar
Ucapan terakhir insan yang dirai diiringi Tuan Guru Besar
 Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Pok Awang sebagai tanda ingatan tulus ikhlas daripada warga sekolah. Terima Kasih kepada Pok Awang atas segala jasa dan komitmen sepanjang berkhidmat di SKKFST.
Murid Tahun 6 turut bersalaman memohon restu daripada semua warga termasuk Pok Awang.
 Gambar kenang-kenangan bersama warga SKKFST
 SELAMAT BERSARA POK AWANG...SEMOGA TERUS DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN DAN DIMURAHKAN REZEKI...SEMOGA POK AWANG JUGA BERADA DI DALAM LINDUNGAN ILAHI.

UCAPAN DARIPADA PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


USAHA TERAKHIR...SEMOGA DIPERMUDAHKAN

SOLAT HAJAT PERDANA UPSR 2018
TARIKH : 20 SEPT 2018
HARI : KHAMIS
TEMPAT : MASJID BUKIT NENAS


Sunday 16 September 2018

SAMBUTAN MA'AL HIJRAH 2018 / 1440H

 13 Sept 2018 - Tahniah diucapkan kepada Panitia Agama Islam kerana telah berjaya mengadakan sambutan Ma'al Hijrah tahun 2018. Majlis dimulakan dengan ceramah mengenai peristiwa Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh. Seterusnya Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan seperti playdoh bertemakan padang pasir, mengeja jawi dan nasyid. Tujuan sambutan diadakan adalah untuk mendedahkan murid peristiwa yang membawa kepada penghijrahan dan mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasulullah.
" MENYANTUNI UMMAT MEMBAWA BERKAT "

Tuesday 11 September 2018

KAMI NAK SIHAT !!!

 PROGRAM PENURUNAN BERAT BADAN DIKALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
TARIKH : 6 SEPT 2018
HARI : KHAMIS
TEMPAT : KLINIK KESIHATAN SUNGAI TONG
AKTIVITI : - SENAMROBIK
- MASAK MAKANAN SIHAT

Monday 3 September 2018

SINGGAH SAYANG TUAN KPPD SETIU

 3 Sept - Isnin...SKKFST telah dikunjungi oleh Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu, Tuan Haji Mohd Yasmin bin Yusof. Tujuan utama beliau adalah untuk berjumpa calon-calon UPSR 2018 bagi memberi sedikit motivasi dan semangat bagi menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Terima Kasih Tuan.
 SENTUHAN SAYANG DAN KATA SEMANGAT  DARIPADA TUAN KPPD.
 SK First sangat kondusif katanya...terima kasih tuan kerana sudi datang ke Sekolah kami
Santai...sempat sembang santai bersama guru-guru tahun 6 sebelum berangkat pulang.

Sunday 2 September 2018

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DISAMBUT MERIAH

Sambutan hari kebangsaan di peringkat sekolah diadakan  bagi memupuk rasa cintakan tanah air serta kesedaran tentang hari kemerdekaan dalam kalangan murid. SKKFST telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-61 pada 30 Ogos 2018 yang lalu memandangkan 31 Ogos adalah hari cuti. Sambutan pada tahun ini sangat meriah kerana telah mendapat sambutan tinggi daripada semua murid serta ibu bapa.
Sebelum sambutan pelbagai pertandingan telah diadakan seperti mewarna poster bagi tahap 1, mencipta poster bagi tahap 2 dan menghias basikal bertemakan hari Kebangsaan.
 Aktiviti yang dijalankan sebelum sambutan hari Kebangsaan.
 Gimik pelancaran yang telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, En. Zainuddin bin Dollah.
Acara bermula jam 9.00 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu-lagu patriotik dan lagu Tema 2018.
Pertandingan pakaian beragam bertemakan bendera Malaysia. Inilah wajah-wajah anak merdeka yang bakal memimpin Negara satu hari nanti.
Majlis tamat pada pukul 1.00 tengah hari dengan  nyanyian lagu Jalur Gemilang dan  jamuan ringan.  Sambutan kali ini  sungguh meriah dan bersemangat.