...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Tuesday 28 February 2017

KARNIVAL BALAPAN DAN PADANG MSSD SETIU 2017

Setiu - Karnival telah berlangsung selama dua hari iaitu 27-28 Feb 2017 bertempat di SMK Bukit Nenas, Sekolah Sukan Negeri Terengganu.
Karnival kali  ini telah melahirkan ramai jaguh-jaguh sukan dalam kalangan pelajar. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang pada tahun ini. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar lain.  
Muhammad Solahuddin bin Samanuddin - Pemenang pingat PERAK acara lompat jauh kategori lelaki B11 yang mana mencapai tahap kelayakan negeri iaitu 4.14 m. Tahniah dan Syabas diucapkan.

Saturday 25 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSST TERENGGANU 2017

 wajah-wajah ceria selepas dinobatkan sebagai JOHAN MSST 2017
Marang - 25 Feb 2017, " Setiu Nelang "...bertempat di Gelanggang Terbuka SK Bukit Jejulong, Marang, sekali lagi pasukan bola tampar L12 Setiu menunjukkan taringnya apabila bergelar JOHAN MSST 2017.Pasukan Setiu dinobatkan JOHAN apabila menang mudah dengan pasukan hulu terengganu 21- 16 diperingkat akhir.
 
Setiu vs dungun 21-13
Setiu vs hulu terengganu 21-15
Setiu vs kemaman 21- 10

Separuh akhir 
Setiu vs kuala terengganu 21- 13

Final
Setiu vs hulu terengganu 21- 16

Manakala Pasukan bola tampar P12 Setiu hanya sekadar penyertaan apabila tewas ditangan pasukan hulu terengganu dengan mata 14-21

Setiu vs besut 17- 21
Setiu vs knerus 21- 14
Setiu vs hulu terengganu 14-21
Setinggi-tinggi perhargaan dan tahniah kepada pasukan...jurulatih..guru-guru penyokong...dan semua sokongan padu daripada pelbagai pihak.

MENCIPTA SEJARAH TERSENDIRI

Pasukan Bola Tampar Lelaki dan Perempuan B12 SKKFST Melakar Sejarah Tersendiri..
SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA KEDUA-DUA PASUKAN DAN WARGA SKKFST...

Monday 13 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN B12 MSSD SETIU 2017

SETIU - 13 Februari 2017 ( Isnin ), bertempat di SMK Bukit Nenas, pasukan bola tampar perempuan B12 SKKFST turut menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu .
Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah juga mengikut jejak langkah pasukan Lelaki B12 dengan mempertahankan gelaran JOHAN DAERAH dalam Arena Bola Tampar 5 tahun berturut-turut sejak tahun 2012. Menurut Cikgu Mohd Sabri merangkap jurulatih pasukan, beliau tidaklah meletakkan harapan yang tinggi kepada pasukan ini namun berkat sokongan padu dan doa dari semua pihak pasukan perempuan B12 membuktikan bahawa mereka layak bergelar JOHAN.Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Satu pembukaan yang baik bagi tahun 2017.
Tahniah!!!!
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh EN MOHD KHALIL BIN ABDUL RAHMAN (Penyelia Sukan PPD) yang turut hadir .
Antara aksi-aksi dan semangat juang yang tidak putus serta tidak gentar dengan pihak lawan daripada sang juara yang sempat dirakam lensa kamera.Dan akhirnya JOHAN DAERAH dikalungkan pada mereka pada tahun ini.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR LELAKI B12 MSSD SETIU 2017

SETIU - 12 Februari 2017 ( Ahad ), bertempat di SMK Bukit Nenas, pasukan bola tampar lelaki B12 SKKFST telah menyertai Kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu .
Berkat usaha gigih jurulatih dan pemain, pasukan sekolah terus mempertahankan gelaran JOHAN DAERAH dalam Arena Bola Tampar sejak 2012. Semoga pencapaian ini akan menjadi titik tolak untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada kejohanan akan datang. Satu pembukaan yang baik bagi tahun 2017.
Tahniah!!!!
 Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST sendiri En.Zainuddin 
bin Dollah.
Antara aksi sang juara yang sempat dirakam lensa kamera admin.Sekali lagi setinggi-tinggi syabas dan tahniah diucapkan.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2017

Pada 9 februari yang lalu telah diadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Semua telah berkumpul seawal pukul 7.30 pagi di dataran perhimpunan untuk aktiviti memanaskan badan. Mereka kemudiannya dilepaskan pada pukul 8.00 pagi mengikut kategori masing-masing.
 Aktiviti senamrobik selama setengah jam.
Murid dilepaskan di garisan permulaan mengikut kategori masing-masing oleh Tuan Guru Besar SKKFST.
Barisan petugas yang menjaga check-point sekaligus keselamatan para peserta.
Pelbagai aksi dan gelagat yang admin dapat lihat sepanjang trek merentas desa.Turut kelihatan Tuan GB juga bersama murid-murid merentasi trek disekitar Ladang TDM Fikri.
Acara merentas desa tamat kira-kira jam 10.00 pagi. Murid rehat dan PDP berjalan seperti biasa. Penyampaian hadiah diadakan pada jam 12.30 tengahari.
Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan di Kantin yang disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKKFST bagi setiap kategori.
 Tahniah diucapkan kepada rumah BIRU kerana terus mengekalkan gelaran Johan Keseluruhan dalam kejohanan tahun  ini.
 Tahniah juga diucapkan kepada semua murid dan guru yang telah sama-sama menjayakan kejohanan ini.