...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 25 January 2017

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2017

Antara program pertama yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah PROGRAM TRANSISI MURID TAHUN 1 SESI 2017.😍😍
Minggu ini dirancang khas kepada murid tahun 1 bertujuan untuk mendedahkan dan membiasakan murid dengan suasana persekitaran  sekolah. Mereka akan diperkenalkan dengan mata pelajaran, guru - guru, para pentadbir dan persekitran sekolah. Tempoh bagi melaksanakan program ini adalah selama seminggu.
TAHNIAH diucapkan kepada UNIT BIMBINGAN DAN  KAUNSELING  serta penyelaras tahun 1 2017 SKKFST kerana dapat menjayakan program ini dengan jayanya. 
Program ini diharapkan dapat membantu murid baru tahun satu mengenali lebih dekat dengan suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah. Ia juga diharapkan dapat membina murid untuk berdikari dan mempunyai perkembangan mental dan fizkal yang sihat.
🙌           🙌             🙌

Monday 9 January 2017

SELAMAT DATANG DAN SELAMAT BERTUGAS

Warga SKKFST mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Puan Norasyikin binti Mohd Noor ( Guru Agama ) yang baru memulakan tugas di sekolah ini bermula Januari 2017.Beliau menggantikan Puan Rosmaniyah binti Abd Razak yang telah berpindah ke SK Maras.
Semoga dengan kehadiran beliau akan menambah mutu dan meningkatkan prestasi murid di sekolah ini. Tidak lupa juga diucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang telah berpindah ke sekolah baru dengan ucapan, semoga guru-guru lebih sukses di sekolah baharu.

Saturday 7 January 2017

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2017 ..

Assalamualaikum semua...mungkin agak terlewat untuk admin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan..Bismilahirrahmanirrahim...Guru-guru SKKFST mengalu-alukan kehadiran murid-murid TAHUN SATU HINGGA TAHUN ENAM ke sekolah bagi sesi persekolahan 2017 yang telah pun bermula pada 01 Januari 2017 yang lalu.Pihak sekolah berharap semoga semua murid akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kecemerlangan dalam kokurikulum. Semoga tahun 2017 menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Selamat Memacu Kegemilangan dan Kecemerlangan!