...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 31 January 2016

WELCOME FEBRUARY

Image result for welcome february

Saturday 30 January 2016

GOTONG ROYONG BANTERAS AEDES BERSAMA KOMUNITI

Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 30 Januari 2016 ( Sabtu )
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar Kawasan Luar Pagar Sekolah
Kehadiran: Murid-murid, guru-guru, ibu bapa / penjaga dan AJK - AJK PIBK.
 
Objektif gotong-royong:
Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid, guru-guru SKKFST bersama komuniti setempat.
Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes
Memupuk semangat cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.

Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Pada dasarnya program gotong royong ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan kawasan yang berisiko untuk menjadi kawasan pembiakan nyamuk Aedes. Program ini diharapkan dapat mencapai matlamat untuk meningkatkan kebersihan kawasan sekitar terutamanya kawasan yang berdekatan dengan kawasan persekolahan daripada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, program sebegini juga secara tidak langsung, dapat mengeratkan silaturrahim melalui penglibatan menyeluruh antara guru, murid, kakitangan sekolah dan komuniti Ladang Fikri.Jutaan terima kasih kepada semua yang telah memberikan komitmen padu dalam program tersebut.

UNIT KAUNSELING PPD SETIU BERJUMPA MURID TAHUN 6



28 Januari 2016 lepas sekolah telah dikunjungi oleh Unit Kaunseling Daripada PPD Setiu yang hadir bersama Pegawai Perhubungan Sekolah.Tujuan kedatangan beliau adalah untuk berjumpa murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini.Perjumpaan selama setengah jam itu diharapkan memberikan semangat baru kepada calon UPSR dan lebih komited dalam mencipta kejayaan.

Jutaan Terima Kasih kepada Pn Rizah Sulaiman kerana sudi hadir  berjumpa murid-murid SKKFST.

Wednesday 27 January 2016

LADAP PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BERSAMA PEGAWAI PPD SETIU


Tarikh : 27 Januari 2016

Masa : 2.00 ptg - 5.00 ptg

Tempat : Makmal Komputer SKKFST

Fasilitator : NURHANIS BINTI MOHD ( Pegawai SISC+ 

Bahasa Inggeris PPD Setiu )

Ladap yang telah dikelolakan oleh Pn.Nurhanis binti Mohd ( Pegawai SISC+ Bahasa Inggeris PPD Setiu ) bermula pada jam 2.00 dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Selain penerangan mengenai pembelajaran Abad ke-21 oleh beliau, guru-guru turut mengikuti aktiviti berkumpulan dan membentangkan hasil kerja masing-masing.Semoga ilmu yang diperolehi dalam LADAP kali ini dapat memberikan suntikan semangat buat guru-guru dalam melaksanakan kaedah pembelajaran Abad ke-21 di dalam bilik darjah.

Ucapan Jutaan terima kasih kepada pegawai SISC+ atas ilmu yang diberikan.








VERIFIKASI MAKMAL TERBAIK 2015

27 Januari 2016 - Setelah beberapa kali pemantauan dibuat daripada pegawai JPNT akhirnya Makmal Komputer SKKFST tercalon dalam Pertandingan Makmal Komputer Terbaik Tahun 2015 Kategori Sekolah Rendah. Hari Rabu lalu SKKFST telah dikunjungi 2 orang pegawai daripada Bahagian Teknologi Pendidikan  Negeri Terengganu ( BTPN ) bersama 2 orang pegawai daripada Pusat Kegiatan Guru ( PKG ) Langkap.Tujuan kedatangan pegawai-pegawai tersebut adalah untuk melihat Makmal Komputer berdasarkan instrumen yang telah diberikan.

Monday 25 January 2016

TIADA AEDES...TIADA DENGGI..


KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH SETIU 2016

Tarikh : 25 Januari 2016
Hari : Selasa
Tempat : SMK Bukit Nenas,Setiu
TAHNIAH kepada 8 orang peserta dari SKKFST kerana berjaya menamatkan larian dengan jayanya.


SELAMAT MAJU JAYA !!!

Selamat maju jaya kepada pasukan merentas desa SKKFST peringkat Daerah 2016

Saturday 23 January 2016

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2016

24 Jan 2016 - SKKFST telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Pra Sekolah Hingga Tahun 6.Program telah diadakan di Tapak Perhimpunan SKKFST.Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor. 

Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.




Tahniah- mentor-mentor yang menerima watikah pelantikan masing-masing yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SKKFST En.Zainuddin bin Dollah.


MENTOR MENTEE PRASEKOLAH ADWAN

MENTOR MENTEE TAHUN 1 KENANGA

MENTOR MENTEE TAHUN 2 CENDANA

MENTOR MENTEE 3 MAWAR

MENTOR MENTEE 4 SEROJA

MENTOR MENTEE 5 ORKID

MENTOR MENTEE 6 MELATI


NOTA KAKI : 

Program mentor mentee adalah satu aktiviti di bawah Pelaksanaan Guru Penyayang. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermaksud Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian terhadap perkara yang berkaitan dengan muridnya dengan mengamalkan nilai kasih saying, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabra. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid ibubapa, komuniti dan masyarakat.


PROGRAM HAPUS AEDES DI SEKOLAH 2016

19 Januari 2016 - Unit 3K SKKFST telah mengadakan satu progaram " Hapus Aedes Di Sekolah " di sekitar kawasan SKKFST.
                 Dalam program ini melibatkan seramai 149 orang murid yang terdiri daripada murid Pra Sekolah hingga murid Tahun 6 bersama-sama guru-guru,kakitangan serta warga SKKFST mengumpulkan bekas-bekas sisa makanan yang boleh menakung air.
Program ini diharap dapat memberikan pengetahuan kepada murid tentang pentingnya menjaga bekas- bekas yang dapat menakung air supaya tidak terdedah yang memudahkan pembiakan nyamuk aedes. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk beberapa orang AJK PIBK Sekolah yang turut hadir bersama sepanjang program tersebut berjalan.
 Unit 3K juga berharap program sedemikian dapat dijalankan lagi dimasa akan datang.

Ucapan aluan daripada GPK HEM merangkap pemangku GPK Pentadbiran SKKFST tentang bahaya Aedes & Denggi sekaligus merasmikan program pada hari itu.

Murid-murid telah dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing bersama guru mengikut kawasan yang telah ditetapkan.

SKUAD “CARI DAN MUSNAH “ YANG TERDIRI DARIPADA SEMUA WARGA SEKOLAH DIGERAKKAN DALAM USAHA MENGANYANG NYAMUK AEDES



" Rawatan awal dapat menyelamatkanm nyawa "