...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 23 August 2017

Cuti Pertengahan Penggal Kedua 2017

Sesi persekolahan akan ditangguhkan bermula 25 Ogos 2017 sehingga 03 September 2017 ( cuti am Negeri sempena hari raya aidiladha ) sempena cuti pertengahan penggal kedua persekolahan. Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 04 September 2017. Manfaatkan waktu cuti ini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Semoga sihat sentiasa di sisi keluarga.Peringatan mesra juga kepada 24 calon UPSR ye...jangan nak bercuti sangat..exam dah tak lama...muhasabah diri dan ingatlah bahawa " tiada orang lain yang akan mengubah nasib kamu kecuali diri kamu sendiri "

sudah tentu perasaan 'merdeka' dalam hati tetapi harus diingat kepada semua calon, kurang daripada 2 minggu sahaja lagi tempoh peperiksaan UPSR menjelang tiba. jadi, teruskan bertahan dan luangkan masa cuti dengan sederhana di samping membuat persiapan menghadapi peperiksaan seterusnya dengan sebaik mungkin.
kepada semua guru UPSR yang telah bertungkus lumus selama hampir 9 bulan sejak dari awal 2017, pastinya perasaan lega yang tak terucap dengan kata kata dapat dizahirkan. segala penat lelah, keringat, masa dan tenaga demi UPSR akhirnya tiba ke penghujungnya. bagaimanapun, selagi keputusan belum diumumkan selagi itulah perasaan masih tidak keruan. 
Akhir kata manis daripada admin, selamat bercuti dan rehatlah sebentar......

hati hati memandu di jalan raya, jaga kesihatan dan yang paling penting, jaga hati, jaga solat dan jaga iman.
Di kesempatan ini juga, warga SKKFST ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat muslimin dan muslimat, khususnya komuniti SKFIRST. Semoga segala amal dihitung mulia di sisi Tuhan.

Tuesday 22 August 2017

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2017
Tempat: Kantin SKKFST
Tarikh: 22 Ogos 2017 ( Selasa )
Masa: 10.30 Pagi

22 Ogos 2017 - Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan bertempat di Kantin SKKFST. Program dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku & Selamat Sultan, ucapan Tuan Guru Besar dan Seterusnya gimik pelancaran yang disempurnakan oleh para pentadbir. Persembahan khas iaitu deklamasi sajak oleh cikgu Sulaiman bin Salleh menyerikan lagi majlis itu.
Tahniah diucapkan.

Pelbagai Program dijalankan sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Antaranya Pertandingan mewarna, Pertandingan melukis poster, Hiasan kelas patriotik,Pertandingan basikal berhias dan pakaian beragam. Semoga program yang telah dijalankan berupaya menyemarakkan sambutan pada tahun ini seterusnya menanam rasa bangga dan cinta akan negara dalam kalangan murid-murid dan warga sekolah.
Negaraku #sehatisejiwa #60tahunmerdeka
 Nyanyian Lagu Negaraku,Selamat Sultan & Sehati Sejiwa
 Gimik Pelancaran
 Ucapan Perasmian oleh Tuan Guru Besar.

Warna-Warni 60 Tahun Merdeka
Tahniah kepada unit Kokurikulum dan pasukan di bawah bimbingan En.Faizal bin Din di atas kejayaan mengadakan majlis gilang gemilang ini.Semoga semarak kemerdekaan ini boleh ditanamkan ke dalam jiwa murid-murid dan seluruh warga SKKFST.

Monday 21 August 2017

KEM REHAT MINDA UPSR 2017

TARIKH : 17 - 19 OGOS 2017
HARI : KHAMIS - SABTU
TEMPAT : FELDA WILAYAH TEPOH, KUALA TERENGGANU

KEM REHAT MINDA UPSR 2017
Peserta mula mendaftar pada jam 2.30 petang di lobi utama Felda Trace Training Center.
Kem Rehat Minda UPSR telah diadakan pada diadakan selama 3 hari,para peserta telah diisi dengan pelbagai aktiviti bermanfaat seperti solat berjemaah dan qiamulail, program motivasi, Semoga kem ini memberi pelbagai manfaat kepada semua guru dan murid.
 
 Ucapan setinggi terima kasih diucapkan kepada pengurus Kilang Sawit Sungai Tong dan Ladang Sawit TDM Fikri kerana telah menyediakan van untuk murid-murid pulang.Semoga dengan kem yang telah dijalankan para peserta dapat lah mengambil iktibar dan kembali mengisi masa yang singkat untuk menghadapi UPSR dengan penuh manfaat.Selamat Maju Jaya kepada semua calon.