...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Sunday 27 January 2019

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE DAN AMALAN GURU PENYAYANG

Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Sehubungan itu, SKKFST telah melancarkan program mentor mentee dan amalan guru penyayang di bawah pengelolaan Unit HEM pada ahad yang lalu.
Melalui program ini diharapkan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee. Sekaligus dapat  membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil daripada bimbingan dan sentuhan mentor yang sentiasa mengambil berat 'caring' terhadap kebajikan mentee.

FRIENDLY MATCH : BOLA TAMPAR

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi, SK First masih mencipta nama dan masih garang seperti dahulu dalam arena sukan bola tampar.
Terima kasih kepada pemain-pemain yang berusaha keras berlatih sehingga sekarang dan tidak lupa juga kepada bekas pelajar SK First yang telah mencurahkan pelbagai teknik buat adik-adik pelapis. 


SKKFST - SK LEMBAH JAYA - SK SUNGAI TONG
 
Bertempat di SKKFST pada waktu petang dalam lingkungan 3:00-4:30ptg, Objektif perlawanan persahabatan adalah untuk mempraktikkan apa yg telah diajar oleh jurulatih dan merapatkan hubungan silaturrahim.
-MAJULAH BOLA TAMPAR UNTUK FIRST-

PERKHEMAHAN LENCANA KERIS EMAS ( PENGAKAP KANAK-KANAK ) MSSD

 TARIKH : 24-25 JAN 2019
HARI : KHAMIS-JUMAAT
 TEMPAT : KEM MERBAU MENYUSUT
PESERTA : 4 ORANG

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK FIRST

24 Jan 2019 - Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah bagi tahun 2019 telah diadakan. Acara tahunan yang menjadi pembuka tirai bagi kalendar Kokurikulum pada tahun ini telah melibatkan penyertaan semua murid SKKFST. Kejohanan pada tahun ini juga masih menggunakan laluan yang sama dalam usaha pihak sekolah menjamin keselamatan murid-murid di sepanjang kejohanan berlangsung. Sekalung penghargaan buat guru-guru dan warga SKKFST yang bersama-sama berganding bahu dalam memastikan kelancaran kejohanan ini. Tidak lupa kepada ibu bapa, anggota TDM  yang turut sama-sama melancarkan kejohanan pada tahun ini. Tahniah kepada para pemenang. 
 Acara memanaskan badan sebelum larian bermula.
Peserta telah dilepaskan oleh Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Zainuddin bin Dollah mengikut kategori masing-masing.
gambar-gambar peserta larian yang sempat admin rakamkan.
Tahniah diucapkan kepada pasukan rumah Hijau kerana telah merangkul Johan keseluruhan dalam kejohanan merentas desa pada tahun ini.

Monday 21 January 2019

MAJLIS PENUTUP PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


Khamis -  17 Januari 2019 yang lalu, Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 SKKFST telah mengadakan Majlis Penutup Program Transisi Tahun 1. 
Majlis Penutup ini adalah acara kemuncak kepada Program Transisi Murid Tahun 1 yang berlangsung selama 3 minggu bermula 1 Januari 2019 hingga 17 Januari 2019. Program Transisi ini merupakan satu inisiatif untuk mempersiapkan murid-murid tahun 1 dan membiasakan diri mereka dengan aktiviti harian dan persekitaran sekolah sebelum memulakan sesi pembelajaran sebenar.
Kepada semua murid Tahun 1, warga SKKFST mengucapkan
selamat memulakan sesi pembelajaran di sekolah rendah.
Semoga terus cemerlang dan menempa pelbagai kejayaan dan pengalaman berguna
sepanjang berada di SKKFST.
 

Sunday 20 January 2019

34 ORANG PEMIMPIN MUDA DIIKTIRAF

AHAD ( 20 JANUARI 2019 ) - Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber SKKFST telah diadakan dengan jayanya bertempat di Kantin sekolah. Gimik pelancaran dimulakan dengan persembahan pasukan koir sekolah di bawah bimbingan Cikgu Mohd Sabri bin Mohd sekaligus merasmikan lagu baru sekolah.
Majlis bermula dengan iringan doa oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh, seterusnya ucapan daripada Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Zainuddin bin Dollah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Inspektor G/219988 Mohd Syukri bin Ramli ( JPJKK IPD SETIU ), diikuti dengan acara penyampaian watikah kepada para pengawas sekolah.
Sebaik selesai acara penyampaian watikah kepada semua pemimpin muda bagi sesi 2019, para pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah yang dilantik telah melafazkan ikrar pengawas dengan disaksikan oleh semua guru dan murid SKKFST. Semoga semua pengawas dapat menjalankan tugas dengan baik supaya boleh menjadi contoh kepada murid-murid lain.
 Warga SKKFST bersama Tuan Inspektor G/219988 Mohd Syukri bin Ramli ( JPJKK IPD SETIU )
 Ketibaan Tuan Inspektor G/219988 Mohd Syukri bin Ramli ( JPJKK IPD SETIU ) disambut oleh Tuan Guru Besar dan para pentadbir
 Persembahan daripada kumpulan Koir sekolah di bawah bimbingan cikgu Mohd Sabri bin Mohd
 Bacaan doa meminta majlis dipermudahkan oleh Nya jua..oleh Ustaz Rasidi bin Mat Salleh
 Ucapan alu-aluan daripada Tuan Guru Besar SKKFST Cikgu Zainuddin bin Dollah
 Ucapan dan amanat daripadaTuan Inspektor G/219988 Mohd Syukri bin Ramli 
( JPJKK IPD SETIU )
 Bacaan ikrar oleh pengawas dipimpin oleh ketua murid adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi
 Terima kasih diucapkan kepada Tuan Inspektor G/219988 Mohd Syukri bin Ramli ( JPJKK IPD SETIU ) kerana sudi meluangkan masa datang meraikan majlis kami. Sedikit cenderahati tanda ingatan daripada warga SKKFST
 Pengawas Sekolah sesi 2019
 Pengawas Pusat Sumber sesi 2019
 TAHNIAH..JALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG
 KETUA PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS 
PUSAT SUMBER SESI 2019
 TAHNIAH..JALANKAN TUGAS DENGAN CEMERLANG
KETUA PENGAWAS DAN PENOLONG KETUA PENGAWAS SESI 2019

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA WARGA KERJA YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SESI 2019.

p/s : banyak lagi gambar admin akan konsikan di laman FB rasmi sekolah dalam masa terdekat.