...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Monday 31 July 2017

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA (PS1M) (Demostrasi Minum Susu-Program Susu 1M)

Pengenalan
Program Susu 1Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Program Susu Sekolah, PSS) dilaksanakan sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak 1983. Ianya merupakan sebahagian daripada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang bertujuan untuk menggalakkan amalan minum susu di kalangan murid-murid sekolah rendah. Pada 9 Julai 2010 program ini dimulakan dengan penjenamaan semula di bawah nama Program Susu 1Malaysia (PS1M).
Objektif
Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu/ sentiasa minum susu.
Demonstrasi Minum Susu - Program Susu 1 Malaysia
Pada pukul 8:00 pagi ini semua murid yang layak menerima susu 1Malaysia  telah berkumpul di Kantin SKKFST bagi mendengar taklimat berkenaan program susu 1Malaysia. Sepanjang demonstrasi, murid-murid diberi taklimat cara minum susu kotak yang dibekalkan dengan betul.
  Amalan Minum Susu Kotak - LIHAT , HIDU, RASA
 Selesai minum, murid diajar kemekkan kotak susu sebagai langkah pengurangan penggunaan plastik sampah.Murid masukkan kotak susu yang sudah dikemekkan ke dalam plastik sampah.
 Unit Kesihatan dan Program Susu 1Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Nik Mazlina dan GPK HEM  En.Mohd Sabri bin Mohd yang membantu dalam menjayakan demonstrasi ini. Diharap semua murid dapat mempraktikkan amalan minum susu kotak dengan betul selepas ini.

KARNIVAL NAK SIHAT & KEM KESIHATAN KLINIK KESIHATAN RAHMAT

  Tarikh : 27 Julai 2017
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Serbaguna Telaga Papan
Perasmian : Yang Berhormat Dato' Mohd Jidin bin Shafee  

 Senamrobik beramai-ramai sebelah pagi sebelum memulakan acara-acara lain
 Peserta bergambar bersama YB Dato' Mohd Jidin bin Shafee sebagai tanda kenang kenangan.
 Peserta dari SKKFST bersama guru Penasihat Doktor Muda Pn.Nik mazlina binti Nik Ab Rahman.
Peserta seronok melakukan pelbagai aktiviti sepanjang kem " nak sihat "


" TEMA : Cakna Tibi Bebas Tibi "

Wednesday 26 July 2017

PROGRAM : KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 2017


Penyelaras Program :Ustazah Siti Nooranizah binti Saloji
Program : Kem Bestari Solat Siri 1 2017
Tarikh  : 23 Julai 2017 ( Ahad )
Anjuran : Panitia Pendidikan Islam & J-QAF
Tempat : Surau An-Nur SKKFST
 
Aktiviti bermula pada pukul 2.00 - 4.30  petang turut dibantu beberapa orang guru agama KAFA. Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 adalah untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan.

Pelaksanaan aktiviti untuk tahun 1 memfokuskan kepada memperkenalkan anggota wuduk dan menyempurnakan wuduk dengan sempurna. Tahun 2 dan 3 lebih penekanan kepada pengukuhan niat solat, bacaan dalam solat dan amali solat.


                           Objektif Program :
                             Pada akhir program ini in sya Allah SWT murid dapat menguasai:
1.     Mengambil wuduk dengan cara yang betul dan dapat memahami segala  perbuatan wuduk.
2.        Memahami segala perbuatan solat, sama ada dari segi rukun, syarat-syarat sah solat, sunat dan juga perkara yang membatalkan solat.
3.       Melaksanakan solat dengan sempurna, sama ada secara individu mahupun berjemaah.
4.      Menguasai bacaan dan mengaplikasikannya ketika solat dengan betul dan lancar.
5.             Seronok dan suka melaksanakan ibadat  (halaawatul iman).

 Amali cara berwudhuk dengan betul dipimpin oleh Ustazah Norasikin.
 Amali bersolat dengan betul kepada peserta.
                                                         Amali Solat secara individu turut dinilai.



Sunday 23 July 2017

KARNIVAL BAHASA PERINGKAT DAERAH SETIU 2017

Setiu : 23 Julai 2017 -  SKKFST telah menyertai Karnival Bahasa Peringkat Daerah Setiu yang diadakan di SK Kampung Rahmat. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan pada karnival tersebut. Antaranya ialah Pertandingan Bercerita (Tahap Satu dan Tahap Dua), Pertandingan Pidato dan Action song.
Alhamdulillah, pencapaian terbaik SKKFST diperingkat Daerah menerusi Pertandingan Bercerita Tahap 1 yang diwakili oleh adik Wan Insyirah Sakina binti Wan Izimi (Tahun 3) yang mendapat tempat ke-2 dan pasukan Action Song yang turut mendapat tempat ke-2 peringkat Daerah Setiu.
 Persiapan sebelum memulakan persembahan
 Aksi-aksi persembahan daripada peserta SKKFST.
Salah seorang ibu murid yang turut hadir memberi sokongan ( tudung hijau )
Barisan panel hakim yang mengadili peserta.ketua Hakim pada hari itu adalah guru dari SKKFST iaitu En.Wan Izimi bin Wan Md zin.
Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SK Kampung Rahmat diiringi barisan guru-guru besar yang hadir.
 Yeeaaa....!!!terima cikgu belanja kitaorang makan kfc. Reward  untuk peserta setelah bersungguh-sungguh dalam pertandingan. Akhir sekali..admin mewakili pihak pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua guru dan staf yang telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung sepanjang perjalanan aktiviti yang melibatkan murid samada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Semoga jasa baik dan kerja buat kita mendapat keredhaan Nya jua.

Wednesday 19 July 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2017

  
Kepada semua guru, ibu bapa/penjaga dan murid Tahun 6

Peperiksaan Percubaan UPSR 2017 akan diadakan pada 24 hingga 27 Julai 2017.
Pihak sekolah memohon kerjasama tuan/puan untuk memastikan anak tuan /puan berada dalam keadaan bersedia dan sihat bagi menduduki peperiksaan ini. Harap maklum bahawa markah peperiksaan ini akan digunapakai semasa permohonan ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh, MRSM dan SMKA kelak.
Sekian. Selamat Maju Jaya.
"2017: 24 CALON..........PASTIKAN 6A"

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SETIU 2017

TARIKH : 18 JULAI 2017
TEMPAT : SK BUKIT PUTERA
KEPUTUSAN : TEMPAT KETIGA DAERAH
KATEGORI : POEM RECITATION

TAHNIAH diucapkan kepada peserta dan guru yang terlibat.



ADIK NURLISSA ALIA BINTI MARZUKI & ADIK NADHIRAH BINTI SULAIMAN


Monday 17 July 2017

KARNIVAL BAHASA INGGERIS 2017 PERINGKAT ZON SETIU TIMUR

Setiu - 17 Julai 2017, sekali lagi SKKFST telah menjadi tuan rumah bagi Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Zon Setiu Timur bagi Tahun 2017. Pelbagai acara yang dipertandingkan seperti Pertandingan Action Song, Poem Recitation, Story Telling, Scrablle dan Public Speaking. Pertandingan Scrabble bermula sejak pagi dan kategori lain bermula jam 2.30 petang.
Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas kepada semua murid yang berjaya dalam karnival tersebut.Tahniah  juga kepada Panitia Bahasa Inggeris khususnya guru-guru yang bertungkus lumus melatih murid-murid sehingga beroleh kejayaan yang cemerlang.Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh EN.SHAMSUL RAFIZI BIN RAMLI  ( Pen. PPD (BI Rendah) ).
 Pentas utama dan pentas bagi kategori-kategori lain yang dihias indah bagi keselesaan peserta dan pengunjung.
Kategori Scrabble - Tempat Ketiga ZST
 Kategori Poem Recitation - Johan ZST
Kategori paling meriah ' Action Songs ' - Johan ZST
Kategori Story Telling - Naib Johan ZST
Kategori Public Speaking - Naib Johan ZST
 Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana bagi setiap kategori.
Barisan tetamu yang turut hadir memeriahkan karnival bahasa Inggeris pada tahun ini. Jutaan terima kasih kepada semua kerana sudi meluangkan masa untuk bersama kami. Tahniah kepada semua barisan gerak kerja di atas komitmen dan kerjasama yang telah diberikan daripada awal hingga akhir karnival. Semoga segala kerja buat kita diredhai Nya jua.