...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 26 February 2014

KURSUS PELAKSANAAN KELAS MAYA

SKKFST - Kursus "Kelas Maya" telah diadakan dengan lancar seperti dirancang pada 25 Feb 2014
( selasa ).Kursus tersebut  telah disampaikan oleh pihak TOP-IT sendiri iaitu En.Syawari.Semoga kemudahan yang warga SKKFST perolehi ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin bagi merealisasikan hasrat kerajaan Negeri bagi memastikan kecemerlangan pendidikan murid-murid sekolah Negeri Terengganu khasnya.Diharap juga projek "Virtual Class" ini dapat memudahkan lagi guru-guru dalam menjalankan proses Pengajaran & Pembelajaran di sekolah.

Tuesday 25 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN eBOOK TAHUN 5 DUN LANGKAP

SETIU - 26 Feb 2014 ( Rabu ) telah berlangsung satu Majlis Penyerahan eBOOK DUN Langkap kepada semua murid Tahun 5 / 2014.Majlis yang telah disempurnakan oleh ADUN Langkap iaitu YB Dato' Sabri bin Mohd Noor telah berjalan lancar seperti yang dirancang. Terima kasih YB atas kesudian menghadiri majlis tersebut.
Pada hari ini sebanyak 490 unit eBOOK telah diedarkan kepada murid Tahun 5 DUN Langkap.Apa yang diharapkan adalah murid menggunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah diberikan dengan penuh manfaat dan sebaiknya.



PERSEDIAAN UNTUK PERKHEMAHAN PERINGKAT DAERAH


Saturday 22 February 2014

TERUJA !!

Teruja!!! itulah perasaan  yang dapat digambarkan sekarang kerana buat pertama kalinya SKKFST dapat menghantar wakil dalam acara Memanah.Hari ini 23 Feb 2014 telah berlangsung sesi pemilihan atlet memanah MSSD setiu di SMK Bukit Nenas.Atlet yang dimaksudkan ialah adik Wan Nur Anisah bt Wan Zakaria yang mana telah dilatih oleh jurulatih memanah kebangsaan iaitu Cikgu Zurina Azra bt Che Abdul Rashid.Warga SKKFST mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Adik Wan Nur Anisah.


" PROGRAM TUNAS CEMERLANG "


Program yang dimaksudkan dijalankan setiap hari jumaat yang dikelolakan oleh unit Kokurikulum sekolah.Semoga program yang dijalankan bertujuan mengasah bakat ini dapat memberi manfaat kepada murid-murid SKKFST.

Saturday 15 February 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSM SETIU 2014

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSM SETIU KALI KE-23 / 2014 AKAN  DIJALANKAN BERTEMPAT DI SMK BUKIT NENAS, SETIU BERMULA ESOK SEHINGGA 20 FEBRUARI 2014 ( ISNIN - KHAMIS )
SKKFST TURUT MENGHANTAR PESERTA DIKEJOHANAN TERSEBUT.PIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA ATLET YANG BERTANDING.

RENUNGAN AHAD

 
Hadis riwayat Abdullah bin Masud Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Seorang ulama Yahudi datang kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam dan berkata:

Hai Muhammad atau hai Abul Qasim! Pada hari kiamat, Allah menggenggam langit dengan satu jari tangan, bumi dengan satu jari, gunung dan pepohonan dengan satu jari, air dan tanah dengan satu jari, begitu pula semua makhluk yang lain dengan satu jari. Kemudian Dia menggoyangkan mereka semua sambil berfirman: Akulah Raja, Akulah Raja! Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tertawa kagum mendengar perkataan orang alim itu. Beliau membenarkan keterangan orang itu, kemudian membacakan ayat: Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.Hadits marfu'

Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Allah Taala menggenggam bumi pada hari kiamat dan melipat langit dengan tangan kanan-Nya, kemudian berfirman: Akulah raja! Manakah raja-raja bumi? Hadits qudsi

Hadis riwayat Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata:
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Allah Taala melipat langit-langit pada hari kiamat, kemudian menggenggam langit-langit itu dengan tangan kanan-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Kemudian Dia melipat bumi dengan tangan kiri-Nya, lalu berfirman: Akulah Raja! Manakah orang-orang penguasa yang suka menindas? Manakah orang-orang yang sombong? Hadits qudsi
Rujukan : google

Wednesday 12 February 2014

ALHAMDULILLAH...

NAIB JOHAN BOLA JARING ZON SETIU TIMUR.

Wednesday 5 February 2014

PROGRAM SIHAT BERSAMA COLGATE


KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT ZON SETIU TIMUR 2014

TEAM BOLA JARING SKKFST 2014
Briefing dulu sebelum game bermula oleh jurulatih cikgu Zurina Azra.....
Antara gambar-gambar menarik yang sempat admin snap semasa perlawanan berlangsung..

5-6 Februari ~ Pihak sekolah menghantar sepasukan pemain bola jaring untuk menyertai perlawanan yang diadakan di SK Seri Langkap. Perlawanan ini disertai oleh hampir keseluruhan sekolah di kawasan Zon Setiu Timur.
Pasukan SKKFST berjaya melayakkan diri untuk ke peringkat separuh akhir hari ini setelah semalam telah berhempas pulas mengalahkan pihak lawan.SKKFST telah berjaya memenangi 2 game sekaligus melayakkan team ke semi final.Selamat maju jaya untuk pasukan sekolah.


KEJOHANAN CATUR MSSD SETIU 2014

Setiu, 05.2.2014 - Kejohanan Catur peringkat MSSD Setiu 2014 telah diadakan di Dewan SMK Lembah Bindong. SKKFST telah menghantar 6 orang wakil ke Kejohanan tersebut iaitu 3 peserta lelaki dan 3 peserta perempaun.

Monday 3 February 2014

KEDATANGAN 'TETAMU' TIDAK DIUNDANG


Sunday 2 February 2014

KARNIVAL CATUR 2014

Unit Kokurikulum SKKFST sedang mengadakan Karnival Catur Peringkat Sekolah 2014 untuk murid Tahap 2 bagi mencungkil bakat dikalangan murid untuk mewakili sekolah ke peringkat Daerah nanti.

Pertandingan catur peringkat sekolah sedang dilaksanakan  seperti berikut:-
TARIKH: 3 - 4 Februari 2014
HARI : Isnin - Selasa
MASA :2.00 HINGGA 4.00 PETANG
TEMPAT: Kantin SKKFST

Admin  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Tahniah kepada Unit Kokurikulum  kerana melaksanakan tanggungjawab dengan berjaya. Syabas!!

6 HADIAH MENANTI PEMENANG.SELAMAT MAJU JAYA DIUCAPKAN.

PERARAKAN MAULIDUR RASUL 1435H / 2014M

30 Januari 2014 ( Khamis ), seawal jam 8.00 pagi peserta-peserta perarakan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SKKFST 1435H / 2014M  mula berkumpul di Tapak PerhimpunanSKKFST. 


Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah ini telah melibatkan Semua warga SKKFST. Objektif sambutan ini adalah untuk menanamkan lagi rasa kasih dan cinta terhadap junjungan besar Rasulullah s.a.w.  dalam diri warga sekolah. Walapun cuaca agak panas pada pagi itu, ia tetap tidak melunturkan semangat pelajar dan acara perarakan tetap dijalankan kira-kira pada jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 9.10 pagi. Selepas perarakan, para pelajar dikehendaki masuk ke dalam Masjid Ladang Fikriuntuk  mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Hamzah iaitu Penyelia KAFA DUN Batu Rakit. Kemudian acara pertandingan dijalankan bermula jam 11.00 pagi mengikut kategori yang telah ditetapkan sehingga jam 1.00 petang. Semoga dengan perarakan ini, semangat cintakan Rasulullah semakin marak dalam diri setiap warga SKKFST.