...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 27 January 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SETIU 2018

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Setiu telah diadakan di SK Felda Chalok Barat pada 25 Jan 2018, bersamaan dengan hari Khamis. Kejohanan ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan bertujuan untuk melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan. Kejohanan ini juga diharapkan dapat membentuk murid yang progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis.
 Kejohanan pada tahun ini menyaksikan penyertaan yang amat menggalakkan daripada SKKFST yang teleh menghantar wakil seramai 11 orang iaitu 6 orang murid lelaki dan 5 orang murid perempuan.Kedudukan terbaik adalah daripada seorang peserta perempuan iaitu 46/477 kategori B12. Apapun tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah berusaha sedaya upaya menamatkan larian dalam edisi kali ini.






" Majulah Sukan Untuk SKKFST "

Monday 22 January 2018

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1


Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program dan aktiviti yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun 1 sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun 1 yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun 1 pada tahap pencapaian yang hampir sama.
TUJUAN PROGRAM
1.Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah, guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.
2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di tahun 1.
3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah dengan perasaan yang gembira serta tidak takut dengan suasana yang baru.

 

Saturday 20 January 2018

JAMUAN SANJUNG BUDI CIKGU AMRI & CIKGU SITI

KUALA TERENGGANU -  Satu majlis sanjungan budi lambaian kasih sempena pertukaran dua orang guru SKKFST telah berlangsung dengan jayanya pada petang Khamis 18 Jan 2018 yang lalu.
Dua orang guru yang diraikan itu ialah CIKGU MOHD AMRI BIN HUSSAIN  yang telah dinaikkan pangkat sebagai Guru Besar Dan CIKGU SITI ROKIAH BINTI SIDEK yang telah bertukar ke SK Tengkawang. 
Majlis diraikan dalam satu jamuan makan tengahari yang diadakan di Sri Aman Seafood Restaurant yang telah dihadiri semua warga SKKFST untuk meraikan insan yang dirai itu, Turut hadir ialah YDP PIBG Tuan Haji Dollah.Warga SKKFST mengucapkan selamat maju jaya kepada Cikgu Amri & Cikgu Siti. Anda dalam kenangan kami selamanya. Semoga ikatan silatulrahim kita kekal sampai bila-bila.


Kata orang.. biarlah gambar berbicara..

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018


 Khamis - Kejohanan Merentas Desa SKKFST 2018 telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Januari 2018 (Khamis) bermula jam 8.30 pagi. Kejohanan in mempertandingkan empat kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Tahap Satu dan Lelaki dan Perempuan Tahap Dua. Kategori utama yang dipertandingkan adalah antara rumah sukan iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau.
 Kejohanan dimulakan dengan acara memanaskan badan selama setengah jam.
Peserta dilepaskan oleh Tuan Guru Besar SKKFST mengikut kategori.
 Semoga kejohanan ini dapat menggalakkan murid-murid bersukan secara berkesan dan membentuk persaingan yang sihat di kalangan ahli rumah sukan.