...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

Sunday, 27 April 2014

SELAMAT HARI PEKERJA 2014

 1 Mei 2014 ( Khamis ) umum mengetahui tarikh tersebut akan diraikan setiap tahun sempena Hari Pekerja di Malaysia. Seperti yang termaktub dalam hari kelepasan AM, hari pekerja atau dikenali sebagai hari buruh yang diraikan pada setiap 1 Mei yang juga merupakan cuti umum bagi seluruh negeri di Malaysia. Hari pekerja diraikan bagi menghargai jasa seorang pekerja dalam perkembangan ekonomi negara. Oleh itu selamat hari pekerja kepada seluruh individu yang bergelar pekerja di Malaysia.

Wednesday, 23 April 2014

PERTANDINGAN SMART ENGLISH PIALA DIRAJA SULTAN MIZAN 2014

23 April 2014 (rabu) -  Pertandingan Smart English 2014 Yayasan Diraja Sultan Mizan Peringkat Zon Setiu Timur telah diadakan di SK Seri Langkap.Pertandingan ini bermula pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 2.30 Petang.Seperti kelazimannya SKKFST menghantar peserta untuk setiap kategori.Seramai 12 orang peserta tahap 2 dan 8 orang peserta tahap 1. Walaupun rezeki tidak menyebelahi SKKFST semalam namun warga SKKFST tetap berbangga dengan semua peserta kerana telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.
Ragam peserta sebelum pertandingan dimulakan
 
Taklimat hakim kepada peserta
Peserta berada diruang menunggu sebelum dipanggil ke section masing-masing
Pasukan 'action song' yang sentiasa bersemangat
Barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana
yeahhh!!!!barisan guru pengiring merangkap jurulatih yang sentiasa sporting


Tuesday, 22 April 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT MSS TERENGGANU 2014

TEMPAT:
POLITEKNIK DUNGUN

TARIKH:
17-19 APRIL 2014
ANJURAN:
PEJABAT PELAJARAN DAERAH SETIU
Aksi menarik yang ditunjukkan oleh pasukan Setiu..
yeahhh!!!!payung jangan tak payung!!!
Aksi hebat yang lensa rakam pada perlawanan kategori lelaki B12
KEPUTUSAN : 
L12 - HANYA PENYERTAAN 
P12 - TEMPAT KETIGA
Belakang tabir : Gelagat jurulatih,pengurus dan cepron serta penyokong yang sempat dirakam lensa

SETINGGI-TINGGI  TAHNIAH DIUCAPKAN KERANA BUKAN MUDAH SEBENARNYA UNTUK SAMPAI KETAHAP INI.KITA CUBA LAGI DIMASA AKAN DATANG.


KEM BESTARI SOLAT 2014


TEMPAT:
SK KAMPUNG FIKRI ( SG TONG ) SETIU

TARIKH:
14 APRIL 2014 ( ISNIN )

ANJURAN:
UNIT j-QAF DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

1.0 PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan salah satu daripada modul yang terdapat dalam program j-QAF sejak sessi 2005. Aktiviti ini dilaksanakan untuk memastikan murid-murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perbuatan, ilmu pengetahuan dan penghayatan. Program ini juga merupakan salah satu aktiviti pengukuhan dalam bentuk amali yang diketengahkan kepada murid-murid  sekolah rendah.

2.0 OBJEKTIF
            2.1 Murid dapat melakukan rukun wuduk dengan sempurna.
            2.2 Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang   
                  betul (perbuatan dan bacaan) berdasarkan rukun dan syarat-syarat
                  yang telah ditetapkan.
            2.3 Memberi peluang kepada murid untuk mengetahui cara solat yang 
                  sempurna sama ada secara bersendirian mahupun berjemaah.
2.4 Menekankan kepada murid tujuan dan hikmah pelaksanaan solat dalam  
      kehidupan seharian.

3.0 MATLAMAT
Kem Bestari Solat ini dilaksanakan bagi memastikan semua murid mendapat pendedahan serta mengaplikasikan ibadah solat dalam kehidupan seharian dengan sempurna dari segi tujuan solat, bacaan, rukun, ilmu pengetahuan dan penghayatan solat.

4.0 KUMPULAN SASARAN
Semua murid.

Saturday, 19 April 2014

STORYTELLING PERINGKAT DAERAH SETIU 2014

Pada 17  April 2014 ,peserta dari SKKFST iaitu Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri telah melayakkan diri kePeringkat Daerah Setiu dalam kategori Storytelling setelah bergelar Johan diperingkat Zon Setiu Timur yang lalu. Karnival telah diadakan di SK Kampung Fikri (Pantai ). Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu 'story telling', 'public speaking'dan 'action song'.Di Karnival Peingkat Daerah Setiu, Adik Muhaimin telah memenangi Tempat Kedua bagi kategori Storytelling. Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kerana anda telah membuktikan kejayaan anda sebaris dengan orang-orang hebat yang lain.

Bersama pengurus yang juga merupakan bapa kepada Adik Muhaimin iaitu Cikgu Mohd Amri bin Hussain.  
Aksi bersahaja menyampaikan tajuk ceritanya "Aladdin "
Menunggu giliran
Gaya seorang 'Aladdin' menjulang kemenangan
  



KARNIVAL KOAKADEMIK BAHASA MELAYU ZON SETIU TIMUR 2014

TARIKH : 17 APRIL 2014
HARI : KHAMIS
TEMPAT : SK KAMPUNG BUKIT ( HN )

Pendaftaran Peserta
Naib Johan - Adik Nadhirah bt Sulaiman dengan tajuk cerita
" Seruling Sakti "
Tempat Ketiga - Adik Nur Alea Syahira bt Surhan dengan tajuk pidato "Disiplin Asas Kecemerlangan Diri "
Tempat Ketiga - Adik Ahmad Shafi bin Saifuddin dengan tajuk cerita " Orang Tua Dalam Bakul "
Dikurung dalam bilik 'kuarantin' sebelum kategori bercerita spontan
Penyampaian hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Yusoff bin Sulaiman ( Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Menengah )
Pemenang bergambar bersama Guru Besar SKKFST yang turut hadir Ke Karnival tersebut.
Setinggi-tinggi Tahniah untuk pemenang.





Wednesday, 16 April 2014

EAST SETIU ZONE CO-ACADEMIC ENGLISH CARNIVAL 2014

10 April 2014 ( Khamis ) - Karnival Ko-Akademik Bahasa Inggeris Zon Setiu Timur telah diadakan di SKKFST selaku tuan rumah pada tahun ini. 3 Kategori telah dipertandingkan sepanjang program berjalan iaitu Public Speaking, Storytelling dan Action Song. Program pada hari itu telah dirasmikan oleh En.Shamsul Rafizi bin Ramli ( Pen.Peg Pelajaran Daerah Setiu Unit Bahasa Inggeris ).
Alhamdulillah seperti biasa SKKFST tidak ketinggalan untuk memenangi dalam setiap kategori  yang bertanding. Berikut adalah Kategori yang telah dirangkul oleh peserta SKKFST :
JOHAN - Storytelling
NAIB JOHAN : Public Speaking
NAIB JOHAN : Action Song
Ucapan daripada Puan Guru Besar dan En.Shamsul (PPDS )
Pendaftaran peserta
Johan Storytelling - Adik Ahmad Muhaimin bin Mohd Amri
( Tahun 5 )
 
Naib Johan Public Speaking - Adik Khalil bin Fikri ( Tahun 6 )
Naib Johan Action Song - Tahun 3
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PESERTA.KITA CUBA LEBIH BAIK DIMASA AKAN DATANG!!!



Monday, 7 April 2014

KEJOHANAN BOLA TAMPAR P12 MSSD 2014

TARIKH : 7 APRIL 2014
MASA : 9.30 PAGI – 2.00 PETANG
TEMPAT : GELANGGANG BOLA TAMPAR SKKFST

 Persiapan tempat
TAHNIAH kepada pasukan bola tampar P12 SKKFST kerana sekali lagi berjaya mengekalkan kedudukan pertama setelah bergelar JOHAN MSSD Setiu 2014 dengan mengalahkan SK Banggol 2-0 dalam perlawanan akhir semalam.
Berikut adalah keputusan kejohanan Bola Tampar MSSD Setiu 2014 kategori  P12
1.SK Kampung Fikri Sg Tong ( Johan )
2.SK Banggol ( Naib Johan )
3.SK Sungai Tong ( Ketiga )
 TAHNIAH diucapkan kepada jurulatih dan semua yang terlibat.

KEJOHANAN BOLA TAMPAR L12 MSSD 2014

Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki SKKFST, sekali lagi pasukan bola tampar lelaki SKKFST  telah mengharumkan nama sekolah dengan kemenangan dalam kategori Pertandingan Bola Tampar L12 MSSD Setiu 2014!
Pertandingan Bola Tampar MSSD Setiu 2014 telah berlangsung di SKKFST pada 6/4/14.Beberapa buah pasukan sekolah telah menyertai pertangdingan kali ini seperti SK banggol,SK Kampung Buloh,SK Jelapang dan banyak lagi.Semua pertandingan dijalankan di gelanggang bola tampar SKKFST.
Berikut adalah keputusan kejohanan bola tampar kategori L12  MSSD Setiu 2013:

1. SK Banggol ( Johan )
2. SK Kampung Fikri Sg Tong ( Naib Johan )
Taklimat 'budak milo'oleh pengerusi teknik Setiu
Taklimat kepada peserta sebelum perlawanan dijalankan oleh pengerusi teknik bola tampar Setiu
TAHNIAH diucapkan kepada pemenang.