...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Saturday 30 March 2019

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM 2019

TAHNIAH...WARGA SK FIRST DENGAN BANGGA MENYAMBUT KEPULANGAN WIRA-WIRA BOLA TAMPAR YANG TELAH BERJUANG HABIS HABISAN DALAM KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSM YANG DIADAKAN PADA  22 HINGGA 29 MAC 2019 YANG LALU. BERTEMPAT DI DEWAN SUKAN KLANG MPK TAMAN SRI ANDALAS (L/P BAWAH 12 TAHUN), tahun ini merupakan pencapaian terbaik team Bola Tampar Terengganu L12 apabila mendapat gelaran Johan dalam kategori "Johan Plate"...manakala team P12 berada dikedudukan 12 Kebangsaan pada tahun ini.
 Adik Muhammad Affan bin Rasid
 Adik Muhammad Airell Ashraf bin Abdul Rani
Dari Kiri : Adik Nur Dini Afrina binti Mohd Kamaruzaman, Adik Nur Ayrien Saffiyyah binti Norazlan Shah O'brien, Adik Nur Haslinda Wahida binti Mohd Faizol dan Adik Nurin Qistina Hannani binti Mohd Hanif.
TAHNIAH... TERENGGANU NELANG!!!!

Sunday 24 March 2019

KEJOHANAN SUKAN KALI KE-10 SK FIRST

Olahraga adalah merupakan teras kepada sukan di sekolah yang secara tradisinya diadakan pada setiap tahun. Sebagai acara penting yang menjadi tunjang kepada aktiviti sukan di sekolah maka olahraga perlulah dirancang dan disempurnakan pada masa yang sesuai.
Aktiviti sukan sekolah yang diadakan penting bagi menyemarakkan semangat kesukanan dalam diri murid. Selain itu, ia mampu menonjolkan dan mengembangkan bakat dalam diri murid.
SK FIRST telah selesai melaksanakan nya pada 20-21 Mac yang lalu dengan jayanya. 
 Acara pemanasan badan ( warm-up ) dijalankan sebelum kejohanan bermula.
 Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah.
Disusuli dengan bacaan Ikrar kejohanan dan perarakan keluar peserta ke khemah masing-masing. Ikrar telah diketuai oleh Adik Tengku Ahmad Amirul Wafiq bin Tengku Ahmad Nordin.
Acara yang dipertandingkan pada kejohanan kali ini adalah seperti lompat jauh, lontar peluru, 100M, 50M, 4x100M dan 4x200M.
Olahragawati dan olahragawan daripada tahap 1 dan tahap 2 yang telah diumumkan pada kejohanan kali ini. JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN SUKAN KALI KE-10 dirangkul oleh RUMAH BIRU.
Majlis penyampaian hadiah telah di sempurnakan oleh barisan Pentadbir dan Tetamu jemputan iaitu YDP PIBG sekolah dan pengurus-pengurus ladang yang dijemput selaku rakan strategik sekolah. 



 TAHNIAH DAN SYABAS diucapkan kepada semua pemenang. JUTAAN TERIMA KASIH kepada warga SK FIRST di atas komitmen yang diberikan dalam menjayakan dan melancarkan perjalanan KEJOHANAN SUKAN KALI-10 SK FISRT.

Saturday 16 March 2019

MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF

Selamat pagi dan salam sejahtera...
Pertama sekali, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemain Bola Tampar sekolah yang telah tersenarai untuk mewakili Negeri Terengganu dalam Kejohanan Bola Tampar peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Selangor pada tahun ini.Terima kasih juga kepada jurulatih, pengurus pasukan, guru-guru dan ibubapa kerana telah turut memainkan peranan yang penting dalam kejayaan para pemain yang diraih. 

Pada pagi ini, 17 Mac 2019 satu Majlis Penyampaian Insentif Kepada Pemain Bola Tampar yang Akan Ke MSSM 2019 telah diadakan semasa perhimpunan pagi disaksikan semua guru dan murid.

Walaupun insentif berupa kewangan yang diberikan tidaklah begitu besar jumlahnya namun diharapkan sedikit sebanyak memberikan dorongan kepada para pemain untuk berusaha dengan gigih. namun, ianya tidak dapat dibandingkan dengan rasa yang membanggakan pihak sekolah apabila seramai 5 orang telah terpilih daripada SKKFST untuk mewakili Terengganu berbanding tahun sebelumnya.Saya berharap agar pemain yang cemerlang ini dapat menjadi satu penanda aras dan inspirasi, bahkan idola bagi murid-murid  lain.
Para pemain yang disayangi...
Padamu seluruh warga SK FIRST menaruh harapan untuk mengharumkan nama Sekolah yang telah dikenali dan disegani dalam arena sukan Bola Tampar sejak sekian lama.

Saturday 9 March 2019

LATIHAN KEBAKARAN KALI PERTAMA


 SKKFST - Pada 7  Mac 2019 (Khamis), latihan kebakaran adalah aktiviti tahunan SKKFST yang akan dilaksanakan 3 kali dalam setahun. Masa yang di ambil oleh murid serta warga SKKFST untuk mengosongkan kawasan sekolah untuk berkumpul di tempat berkumpul pada sesi latihan kebakaran kali ini adalah lebih kurang 5 minit, catatan masa amat memuaskan kerana semua murid dapat berkumpul di padang dengan cepat dan teratur. Tiada kecederaan dilaporkan untuk sesi latihan kebakaran kali ini.
 Ianya bertujuan mendidik murid-murid dan warga sekolah agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul sekiranya berlaku kebakaran. Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid dan warga sekolah dengan pengetahuan dan tindakan serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan atau kebakaran. Sememangnya sesuatu bencana, kemalangan atau musibah boleh berlaku bila-bila masa tanpa diduga. Justeru semua warga sekolah perlu memahami dengan jelas mengenai langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kebakaran atau bencana alam serta dapat bertindak secara spontan.
 Guru Penolong Kanan HEM, Cikgu Mohd Sabri bin Mohd berkata, latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran dan cara menyelamatkan diri ketika kebakaran serta pencegahan kebakaran. Ketika sesi latihan berlangsung, ahli jawatankuasa latihan akan memastikan semua murid telah berkumpul di tapak perhimpunan
 latihan kebakaran ini juga dapat memberi maklumat awal kaedah mengawal kebakaran dan memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang bahaya kebakaran.

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-21

Rabu - 6 Mac yang lalu SKKFST telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21 dengan jayanya. Majlis yang bermula pukul 3.00 petang itu telah dihadiri oleh semua ibu bapa serta ajk-ajk PIBG. Pendaftaran ibu bapa bermula seawal jam 2.00 petang lagi.
Pada petang itu kehadiran KPPD Setiu, TUAN HAJI MOHD YASMIN BIN YUSOF turut memeriahkan lagi majlis. Pegawai perhubungan sekolah, EN.SHARUDDIN BIN A. RAZAK turut hadir sama berjumpa dan beramah mesra dengan ibu bapa pada petang itu. 
Mesyuarat Agung kali ke-21 telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mustafa bin Abdullah ( wakil YB Senator Datuk Hj Razali bin Idris ). Turut diadakan pada hari itu adalah pengagihan bantuan awal persekolahan kepada ibu bapa. Semoga memberi manfaat kepada semua.

Pendaftaran ibu bapa / penjaga
Ketibaan KPPD Setiu Tuan Haji Mohd  Yasmin bin Yusof.
Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran yang disampaikan oleh adik Ahmad Sauqi bin Saifuddin.
 Ucapan aluan daripada Tuan Guru Besar Cikgu Zainuddin bin Dollah.
 Ucapan daripada YDP PIBG Tuan Haji Dollah bin Mat Ali.
 Ucapan Daripada KPPD Setiu Cikgu Mohd Yasmin bin Yusof.
 Ucapan perasmian oleh Tuan Haji Mustafa bin Abdullah ( wakil YB Senator Datuk Hj Razali bin Idris )
 Barisan tetamu VIP yang turut hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21.
 Gimik pengagihan bantuan awal persekolahan
 Cenderahati kecemerlangan UPSR dan UPKK 2018.
 Terima kasih kerana sudi datang ke sekolah kami..tanda kenangan pihak sekolah kepada tuan.
Sesi mesyuarat bermula
Pengagihan bantuan awal persekolahan mengikut kelas masing-masing.

" Terima kasih kepada semua warga SKKFST yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-21. "

corat - coret ajk pelaksana yang ceria....