...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

SURAU AL-NUR



JAWATANKUASA SURAU AL-NUR

PENASIHAT 
En.Zainuddin bin Dollah

PENGERUSI 
En.Mohd Amri bin Hussain

SETIAUSAHA
Pn Maheran binti Muda

BENDAHARI
Pn.Aini Salmy binti Azam

AJK
 Pn.Siti Nooranizah bt Saloji
En.Wan Izimi bin Wan Md Zin
 En.Sulaiman bin Salleh
En.Azman bin Ali Akmal
 Pn.Maznah binti Ismail
Cik Nor Aini binti Ab Samad
Cik Ruzilaiha binti Ab Rahman


VISI & MISI SURAU  AL-NUR

VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT
MELAHIRKAN INSAN YANG KAMIL DAN CEMERLANG.
OBJEKTIF
MENJADIKAN SURAU SEBAGAI SATU TEMPAT MENGERATKAN SILATURRAHIM MELALUI SOLAT BERJEMAAH DAN AKTIVITI  KEILMUAN.

PIAGAM PELANGGAN
(1)   KAMI AKAN  MEMASTIKAN SOLAT BERJEMAAH
PADA SETIAP WAKTU ZOHOR.

(2)   KAMI AKAN MENGIMARAHKAN SURAU DENGAN MENGADAKAN PROGRAM KEAGAMAAN DI PERINGKAT SEKOLAH.

(3)   KAMI AKAN MEMASTIKAN SURAU SEBAGAI TEMPAT IBADAT YANG SELESA DARI SEGI KEBERSIHAN, KESELAMATAN DAN KETENANGAN SURAU.

(4)   KAMI AKAN MENGADAKAN SAMBUTAN HARI-HARI KEBESARAN ISLAM.



KENALI SURAU AL-NUR

Surau SKKFST telah mula beroperasi sejak 3 Mac 1988 hasil sumbangan ikhlas daripada ADUN Langkap iaitu Y.B Dato' Razali bin Abd Rahman.Idea asal membina surau telah diusulkan dalam mesyuarat PIBG sekolah hasil perbincangan Penghulu Kampung bersama Guru Besar sehinggalah sampai kepengetahuan ADO Y.B Ahmad bin Said.Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh En.Abdul Aziz bin Omar.Datuk Mohd Ghazali bin Abdul Rahman iaitu ADUN Langkap yang tjurut hadir merasmikan mesyuarat PIBG tersebut telah memberi sumbangan sebnyak RM1000 untuk pembinaan surau sekolah itu.

Surau mula dibina secara bergotong royong yang melibatkan ibu bapa bersama dengan Ajk-Ajk PIBG.Rekabentuk asal suaru Al-Nur adalah cetusan idea salah seorang Ajk PIBG sekolah iaitu En.Ali bin Abu Bakar yang juga merupakan seorang tukang rumah dan rekabentuk asal kekal sehingga kehari ini.Sekolah in i di bawah pentadbiran Guru Besar En.Amirudin bin Ibrahim semasa surau dibangunkan. Seindah dengan namanya yang gah iaitu "Al-Nur" yang membawa maksud "cahaya" telah dirasmikan oleh Guru Besar En.Amirudin bin Ibrahim pada masa itu, beliau berharap surau ini dapat terus menerus manabur bakti dan jasa kepada warga sekolah pada masa-masa akan datang.Sehubungan dengan itu, demi mewujudkan surau ibarat Taman Syurga  pelbagai kemudahan dan perancangan demi kepentingan sekolah telah diwujudkan di sekolah ini.Prasarana terbaru, juga hasil sumbangan daripada pihak PIBG,TDM Plantation dan orang perseorangan kepada sekolah,satu laluan
 ( susur gajah ) menghubungkan surau ke Blok Utama Pejabat telah dibina bagi memudahkan warga sekolah untuk ke surau jika hari hujan.Ia siap dibina pada Jun 2013.

Diharap semua warga sekolah akan dapat menjaga dan menyayangi surau Al-Nur dengan sebaiknya.

WAJAH BARU SURAU AL-NUR

AKTIVITI 2015 

PENILAIAN PERTANDINGAN SURAU IMARAH SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI TERENGGANU 2015

TARIKH : 19 OGOS 2015
HARI : RABU
MASA : 2.00 PETANG







1.TADARUS AL-QURAN SEMPENA PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PERINGKAT SEKOLAH 1436H


2.Tazkirah di Ambang Ramadhan

  • 15 Jun 2015 ( Isnin )

  • Surau Al-Nur SKKFST

  • Penceramah : Ustaz Azman bin Ali Akmal  ( KAFA )



3. Bacaan Yassin setiap pagi sebelum PDP bermula

4.Solat Berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal ( KAFA)






5. Projek keceriaan surau An-Nur

6. SOLAT SUNAT HAJAT & SUNAT DHUHA
Solat sunat hajat & sunat dhuha dilakukan oleh murid tahun 6 setiap hari.Peluang waktu rehat digunakan oleh mereka sebaik mungkin untuk memohon pada yang Satu agar segala usaha yang telah dilakukan mereka selama ini berbaloi dan mendapat hasil yang lumayan.In Shaa Allah...Kita sebagai manusia hanya mampu merancang Dia jualah yang menentukan segalanya....Amiinn....



Inovasi Surau Al-Nur SKKFST


KAEDAH MENGETAHUI WAKTU SOLAT TANPA BERPANDUKAN JAM WAKTU.

Huraian:

1. Waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari sehingga bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya.
2. Waktu asar bermula dari bayang seseorang itu lebih panjang dari tingginya yang sebenar sehingga matahari hampir terbenam.
3. Waktu maghrib bermula ketika tenggelam matahari sehingga hilang tanda-tanda merah (syafaq) di sebelah barat.
4. Waktu isyak bermula dari hilang tanda-tanda merah (syafaq) dilangit sehingga pertengahan dari setengah malam.
5. Waktu subuh ialah bermula dari naik fajar hingga terbit matahari
i










Hadith Muslim :
“Daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawasanya Nabi s.a.w bersabda
1.“waktu zuhur bermula dari tergelincir matahari di mana bayang seseorang itu sama panjang dengan tingginya selagi tidak masuk waktu asar, 
2. waktu asar pula berakhir sehingga cahaya matahari menjadi kuning (matahari hampir terbenam), 
3. waktu sembahyang maghrib pula akan berakhir sehingga hilang awan merah dilangit sebelah barat.
4.  Waktu isyak pula berakhir sehingga pertengahan dari setengah malam. 
5.  Waktu sembahyang subuh pula ialah dari terbit fajar sehingga terbit matahari”.


AKTIVITI IMARAH SURAU SEPANJANG TAHUN






TAKWIM & JADUAL SURAU  SKKFST




AKTIVITI 2014

 PENGLIBATAN KOMUNITI DALAM IMARAH SURAU



TAZKIRAH SELEPAS SOLAT ZUHUR

PROGRAM TADARUS AL-QURAN 2014

SOLAT HAJAT 2014 


GOTONG-ROYONG SURAU


NEW LOOK OF SURAU AL-NUR


AKTIVITI IMARAH SURAU

Solat berjemaah
Solat Sunat Dhuha
Ceramah sempena Israk Mikraj oleh Ustaz Azman bin Ali Akmal ( KAFA )




PROJEK MENAIKTARAF SURAU AL-NUR
Guru bersama murid bekerjasama dalam menaiktaraf Surau Al-Falah yang mana surau sekolah telah dipilih untuk bertanding keperingkat Kebangsaan dalam program  
" Imarah Surau Sekolah-Sekolah Bawah KPM"
Semoga segala usaha yang kita telah lakukan akan mendatangkan hasil.Insya Allah...


PRASARANA YANG DISEDIAKAN DI SURAU AL-NUR

Selipar untuk digunakan semasa mengambil wuduk
Beberapa naskhah Al-Quran disediakan kepada warga sekolah
Tabung untuk warga sekolah menderma
Kemudahan bekalan air yang sempurna
Rak untuk meletakkan kasut
Ruang imam yang selesa


Beberapa sudut di Surau untuk perhatian murid...

TAKWIM SURAU AL-NUR 2015


PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PENGIMARAHAN SURAU SEKOLAH 2015

BULAN
AKTIVITI
OBJEKTIF
TINDAKAN
SASARAN
CATATAN

JAN - NOV

-          SOLAT ZUHUR BERJEMAAH



-          Memastikan semua murid dapat menunaikan solat denhgan betul dan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.



-          GPI
-          GURU j-QAF
-          GURU KAFA

Murid-murid tahun 3,4,5,6







-          SOLAT SUNAT DHUHA


-          Memohon dimurahkan rezeki dan kejayaan di dunia dan akhirat.


-          GPI
-          GURU j-QAF
-          GURU KAFA

Murid tahun 6


JANUARI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H

-          Memperingati tarikh penting dalam sirah Nabi Muhd S.A.W.


-          Semua warga
SKKF (ST)

Semua murid
SKKF (ST)


APRIL-MEI

KEM BESTARI SOLAT I

          Dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
-           

-          GPI
-          GURU j-QAF
-          GURU KAFA

Murid-murid tahun 1,2,3


APRIL-SEPT


BACAAN YAASIN

-          Memohon barakah dalam pelajaran

-          Semua
warga
SKKF (ST)


Murid tahun 6




SAMBUTAN ISRAK DAN MIKRAJ

-          Menghyati dan merenungi kebesaran dan keagungan Allah S.W.T

-          Semua warga SKKF (ST)

Semua murid
SKKF (ST)


OGOS


SOLAT HAJAT

-          Memohon kejayaan dalam pelajaran.


-          Semua warga SKKF (ST)


Murid tahun 6


JULAI - SEPT

-          TADARUS AL-QURAN / IHYA’ RAMADAN

-          MAJLIS KHATAM AL-QURAN

-          SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN


-          Melahirkan murid yang berilmu pengetahuan dan menghayati cara hidup Islam yang sebenar.




-          Semua warga SKKF (ST)



Semua murid
SKKF (ST)






-          MOTIVASI KEROHANIAN

-          Memohon restu dan hidayah Allah.

-          Semua warga SKKF (ST)



Murid tahun 6


-          KEM BESTARI
SOLAT II

-          Dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.


-          GPI
-          GURU j-QAF
-          GURU KAFA

Murid-murid tahun 1,2,3


AKTIVITI IMARAH SURAU











Keratan Akhbar
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/exco-saran-imarah-surau-sekolah-di-terengganu-1.69380

LAWATAN KPM KE SURAU AL-NUR



KEM BESTARI SOLAT 2014


tinggal kenangan : wajah surau an-nur sebelum diupgrade


No comments:

Post a Comment