...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 31 July 2019

SELAMAT MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ialah ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’ bagi menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Tuesday 30 July 2019

KARNIVAL PRA SEKOLAH DAERAH SETIU

KARNIVAL PRA SEKOLAH DAERAH SETIU 2019
TARIKH : 27 JULAI 2019
HARI : SABTU
TEMPAT : MEWARNA ( SK LEMBAH JAYA ) 
                  BOLA SEPAK ( SUNGAI TAROM )

TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA CILIK PRA ADWAN..






Tuesday 23 July 2019

KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2019 KEPADA ANAK-ANAK FIRSTS..BERMULA 24-25 JULAI DAN 28-29 JULAI 2019
Warga sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid tahun 6.
Kejayaan Anda Kebanggaan Kami..

اَللَّهُمَّ نَوِّرْ قَلْبِيْ بِنُوْرِ هِدَايَتِكَ كَمَا نَوَّرْتَ ﭐلأَرْضِ بِنُوْرِ شَمْسِكَ أَبَدًا بِرَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
Terjemahan: “ Ya Allah, terangilah hatiku dengan cahaya petunjuk-Mu sebagaimana Engkau terangkan bumi dengan matahari-Mu selama-lamanya, Ya Allah Yang Maha Mengasihani. ”.

Sunday 21 July 2019

TAHNIAH...CEMERLANG DIPERINGKAT DAERAH

KARNIVAL BAHASA INGGERIS PERINGKAT DAERAH SETIU
TARIKH : 21 JULAI 2019
HARI : AHAD
TEMPAT : SK SAUJANA

PENCAPAIAN :
 STORY TELLING - JOHAN ( Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi )
PUBLIC SPEAKING : NAIB JOHAN ( Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi )
POEM RECITATION : NAIB JOHAN ( Nur Haslinda Wahida bt Mohd Faizol & Nurun Qistina Hannani bt Mohd hanif )
Pendaftaran peserta
4 orang mewakili Zon Setiu Timur Keperingkat Daerah
 Adik Nur Anis Sofiya bt Yusaimmi ( Public Speaking )

 Adik Wan Insyirah Sakina bt Wan Izimi ( Story Telling )
Adik Nur Haslinda Wahida bt Mohd Faizol & Adik Nurin Qistina Hannani bt Mohd Hanif
 ( Poem Recitation )

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh TUAN HAJI MOHD YASMIN BIN YUSOF
( Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Setiu )
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA

Tuesday 16 July 2019

LAWATAN PEMBUDIDAYAAN MGB ZON SETIU TIMUR

Barisan Guru Besar Sekolah Rendah Zon Setiu Timur
 Rombongan Disambut dengan persembahan 'War Cry'  sebelum membuat lawatan
 Taklimat oleh Tuan Rumah Cikgu Zainuddin bin Dollah
 
Lawatan di sekitar sekolah oleh MGB Zon Setiu Timur
 Para tetamu turut disajikan dengan persembahan robotik oleh Kelab Robotik Sk FirstS
Sedikit Cenderahati daripada pihka tuan rumah kepada para tetamu yang hadir. Terima Kasih sudi datang ke sekolah kami.

SAMBUTAN MINGGU SIHAT KELAB DOKTOR MUDA SEKOLAH SEKOLAH DAERAH SETIU 2019

 Tempat : SK Putera Jaya
Tarikh   : 16 Julai 2019
Masa    : 8.00pg - 3.30 ptg
PENCAPAIAN :
 PERTANDINGAN BUKU SKRAP - TEMPAT KE -5 DARIPADA 28 PESERTA
PERTANDINGAN BERCERITA : TEMPAT KE-9 DARIPADA 28 PESERTA

Sambutan Minggu Sihat dirasmikan oleh Dr. Gary goh chun chao, Pegawai Epidemiologi mewakili Pegawai Kesihatan Daerah Setiu dan turut hadir ialah
Tuan Hj Rosmadi Bin Haji Nasir, Penolong Pegawai Pedidikan (Pembangunan Sukan).
Cik Suryani Bt Ali, Penolong Pengarah Kanan (Pendidikan Kesihatan) , Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.
Sempena minggu sihat Kelab Doktor Muda yang disambut pada bulan Julai setiap tahun, Unit Promosi Kesihatan PKD Setiu telah mengadakan satu sambutan minggu sihat daerah setiu melibatkan 28 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah.

Antara aktiviti2 dan pertandingan yang dijalankan :

1. Senamrobik bertempat di dewan Besar PPD Setiu.
2. Bacaan Ikrar Doktor Muda Oleh Irfan darwisy bin mat suhaimi
Doktor muda SK Putera Jaya
3. Bacaan perutusan Minggu Sihat Doktor Muda Oleh Wan khairul aish bin wan khairul hakiman dari SM Imtiaz Setiu
4. Pertandingan Melukis Poster Sekolah Rendah.
5. Pertandingan Bercerita Sekolah Rendah.
6. Pertandingan Sketsa Sekolah Menengah.
7. Pertandingan buku skrap Sek. Rendah dan Sek. Menengah.
8. Demostrasi pemeriksaan Kesihatan Oleh Ahli Kelab Doktor Muda SK Putera Jaya.
9. Pameran- pameran dan Kuiz Kempen Cara Hidup Sihat,Tak Nak Merokok, Denggi, Lepto, TiBi Kusta, Hiv/Aids.
10. Persembahan lompat tali oleh SK Jelapang

Dengan tema 'Bergerak Aktif', para pelajar adalah digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti sedentari yang menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat.

KEJOHANAN MEMANAH B12 MSST

KEJOHANAN MEMANAH B12 MSST
TARIKH : 11-13 JULAI 2019
TEMPAT :LAPANG SASAR SK SEBERANG JERTEH

TAHNIAH KEPADA PESERTA DAN COACH ZURINA AZRA, Terima Kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang turut hadir menyokong kejohanan tersebut.

PERTANDINGAN CHORAL SPEAKING PERINGKAT DAERAH TAJAAN BANK RAKYAT

 TARIKH : 14 JULAI 2019
HARI : AHAD
TEMPAT : SK LEMBAH JAYA
PENCAPAIAN : TEMPAT KE-3