...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“"Orang tua kerja untuk menghidupi anaknya, anaknya sekolah agar mendapatkan kehidupan yang lebih layak di kemudian hari. Dengan belajar dan mendapatkan nilai baik adalah cara jitu pelajar untuk membahagiakan orang tuanya."

SEKAPUR SIREH ~~ KATA ALU-ALUAN GURU BESAR ~~


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Alhamdulillah, masa berlalu begitu pantas dan kini kita telah memasuki sesi baru persekolahan bagi tahun 2017.Sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala di atas rahmat dan nikmatNya kepada kita.  Semoga kita bertambah taqwa kepadaNya.  Marilah kita sama-sama sebagai satu kumpulan yang mantap, berusaha terus memberi khidmat yang terbaik dan cemerlang dengan penuh  kesedaran, kejujuran, bertanggungjawab, dedikasi serta komited.  Jadilah diri kita sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap tugas profesional kita yang tinggi dan berfokus.Pastikanlah kita merealisasikan harapan dan hala tuju matlamat pendidikan negara disamping melihat tanggungjawab ini sebagai satu ibadah. Dengan keizinan Allah Taala, saya berpeluang berkongsi harapan dan aspirasi serta bekerjasama dengan tuan/puan yang merupakan ini tahun ke-empat saya di SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG.

“Kecemerlangan adalah pilihan bukannya satu kebetulan. Ia bukan suatu yang ditunggu tunggukan tetapi perlu diusahakan dan dicapai. Adalah jelas bahawa para pendidik mampu mencorakkan warna dan masa  depan anak didik kita, jika kita jujur menunaikan tuntutan tanggungjawab yang diamanahkan. Mulai tahun 2015 dan seterusnya program yang menjurus kepada penghayatan tugas, peningkatan responsibility profesional dan kesedaran akauntabiliti akan diberikan keutamaan.  Satu aspek yang akan diberikan penekanan utama kepada setiap guru di SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG. ialah kepentingan semua bidang tugas yang dipertanggungjawabkan.Tahniah kepada GPK Pentadbiran, GPK HEM, GPK Ko-ku dan semua guru yang telah menjalankan tugas dalam semua jawatankuasa yang kita bentuk dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah, justeru saya amat berharap guru-guru akan terus malaksanakn bidang tugas masing-masing demi meningkatkan pencapaian sekolah dalam semua aspek. Alhamdulillah setakat ini SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG berada di tahap yang sangat baik.
Guru-guru sekalian,
Saya berkeyakinan guru-guru telah lengkap dengan ilmu-ilmu pendidikan.Sudah tentu tugas utama tuan/puan ialah dalam bidang PdP.Tugas mengajar dan mendidik adalah mainan kita.Mantapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan, ilmu psikologi, kaedah dalam PdP, ilmu memenangi hati murid, hati ibu bapa, hati rakan sekerja dan untuk kepuasan sendiri sebagai kerjaya seorang Guru yang profesional.
 Sekian,
 Selamat Bertugas
En.Zainuddin bin Dollah
Guru Besar SKKFST

No comments:

Post a Comment