...SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI SK KAMPUNG FIKRI SUNGAI TONG (SKK) 21500 SETIU TERENGGANU...~~~BERSATU..SETIA..BERJASA~~~
“Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu DERITA untuk mengenal erti BAHAGIA...sesekali kita perlu KECEWA untuk kita kenal erti KEJAYAAN...sesekali kita perlu MENANGIS untuk kita syukuri NIKMAT yang diberi...sesekali kita perlu TERHIRIS untuk kita kenal DIRI SENDIRI...."

Wednesday 31 August 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2016

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!! Sudah menjadi acara tahunan pada setiap kali tarikh keramat 31 OGOS tiba.Sambutan akan diadakan secara besar-besaran dan penuh gilang-gemilang.
Sepanjang Bulan kemerdekaan ini telah diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk mencipta buku skrap, menghias kelas tema patriotik,menggayakan pakaian beragam Jalur Gemilang dalam kalangan murid, selain dimeriahkan dengan pertandingan basikal berhias.
Tuan Guru besar, En.Zainuddin bin Dollah dalam ucapan perasmian berkata, program sebegini sedikit sebanyak berjaya menanam nilai kecintaan dalam diri warga sekolah terhadap tanah air dan membuktikan sambutan seperti itu perlu diteruskan di masa akan datang.
Katanya, persiapan dapat dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama warga SKKFST selain mendapat sambutan pihak ibu bapa yang bersemangat membantu anak-anak mereka mencipta baju jalur gemilang yang sangat cantik
.
“Tema Sehati Sejiwa sempena Hari Kebangsaan tahun ini juga merupakan cerminan kepada hasrat kerajaan untuk melihat seluruh rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira tempat lahir, latar belakang dan jantina.
Guru-guru tidak ketinggalan menunjukkan semangat kemerdekaan dengan pakaian masing-masing.
Kemeriahan barisan hadapan oleh murid-murid pra sekolah yang memperagakan pakaian jalur gemilang yang sangat cantik .
Barisan peserta basikal berhias oleh murid tahap 1 dan tahap 2.
Ucapan perasmian dan nyanyian lagu-lagu patriotik penuh semangat diiringi muzik.
Kategori pakaian beragam jalur gemilang oleh Murid-murid pra.
Antara persembahan oleh murid-murid dan guru serta kakitangan pada hari sambutan.
Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang bulan kemerdekaan.TAHNIAH kepada semua yang berjaya.
Majlis diakhiri dengan 3 kali laungan keramat yang begitu bersemangat oleh warga sekolah MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! 
"Semoga semangat  Sehati Sejiwa yang dipupuk dan ditanam akan terus segar dan subur selamanya,” 

LAWATAN SAMBIL BELAJAR MURID PRA SEKOLAH KE PUSAT SAINS DAN KREATIVITI TERENGGANU

29 Ogos 2016 ( Isnin )  - Lawatan sambil belajar guru, PPM dan murid prasekolah SKKFST ke Pusat Sains Dan Kreativiti Terengganu telah diadakan dengan jayanya.Lawatan juga turut di sertai beberapa orang lagi guru pengiring serta beberapa orang ibu bapa.

Tujuan Melancong: Memberi pengalaman sebenar dan bermakna kepada kanak-kanak prasekolah tentang dunia luar selain dunia persekolahan yang mereka lalui sebelum ini.

Ketibaan rombongan diperkarangan Pusat Sains tepat jam 9.15 pagi dan disambut mesra oleh kakitangan yang bertugas.
Taklimat daripada pegawai yang akan mengiringi rombongan sepanjang menerokai dunia sains yang akan memberi banyak pengalaman kepada murid-murid pra sekolah.
Aktiviti di sudut  ' science stage ' 
Murid-murid dibawa untuk menerokai dunia kreative yang sebelum ini tidak terfikir pun oleh mereka dan mereka sangat teruja melakukan aktiviti itu bersama-sama.
Keterujaan murid-murid lagi menyerlah bila mereka dibawa ke dunia Dinosour yang telah hidup beribu-ribu tahun dahulu.
Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti dirangcang.Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang sangat bermakna kepada murid-murid pra sekolah.

Wednesday 24 August 2016

UJIAN MENGHAFAZ AL-QURAN MURID-MURID SEKOLAH NEGERI TERENGGANU

Setiu - 24 Ogos 2016, SKKFST dijadikan pusat bagi program Hafazan Al-quran untuk sekolah-sekolah berhampiran.Program ini dianjjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Setiu.Seramai 120 orang peserta telah berkumpul di SKKFST yang mana melibatkan 4 buah sekolah iaitu SK Pak Ba, SK Kg Tayor, SK Kg Bukit dan SK KG Fikri Sg Tong.5 orang pegawai dari Pejabat Agama Setiu telah hadir untuk menjayakan program ini.
Peserta ditempatkan di bilik quarantin menunggu giliran masing-masing.

Monday 22 August 2016

PEMANTAUAN PBPPP

22 Ogos 2016 - Lawatan Pemantauan oleh Pegawai Bahagian Pembangunan Dan Penilaian Kompetensi KPM, En.Naszeri bin Md Nor ke SK Kampung Fikri Sungai Tong.

Sunday 21 August 2016

PELANCARAN SAMBUTAN ULANGTAHUN HARI KEBANGSAAN 2016

Pelancaran Sambutan Hari Kebangsaan 2016 peringkat sekolah telah di adakan pada 21 Ogos 2016 (Ahad) yang  telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Zainuddin bin Dollah
Dalam ucapannya,Beliau meminta agar murid generasi baru bersyukur dengan nikmat kemerdekaan yang membawa banyak kemajuan kepada negara. Generasi terdahulu hidup dalam serba kekurangan.

Majlis pelancaran tersebut diisi dengan Gimik Pelancaran, nyanyian lagu-lagu patriotik, Pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1 dan mencipta Jalur Gemilang Gergasi bagi murid Tahap 2.
Unit HEM turut menganjurkan beberapa pertandingan sepanjang bulan Ogos ini untuk memberi kesedaran dan memupuk semangat cintakan negara dikalangan murid. Antaranya ialah menghias basikal merdeka dan Pertandingan Hiasan Kelas Patriotik.
Bacaan doa memohon keberkatan majlis oleh cikgu Wan Izimi bin Wan Md Zin.
Nyanyian lagu-lagu patriotik oleh guru-guru dan semua murid.
Pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1.
Mencipta Jalur Gemilang Gergasi oleh murid Tahap 2 di bawah pimpinan guru-guru Tahap 2.
"Semangat jati diri kalangan murid untuk cintakan negara perlu disemai sejak usia muda di samping memberi kesedaran pentingnya hidup dalam negara yang aman dan harmoni.Merdeka!!!Merdeka!!!Merdeka!!!